Bab 4

Romance Series 3993

Dari tadi mereka berdua asyik menyalahkan satu sama lain. Hampir semua kedai mereka lalu, tapi masih tidak nampak bayang keluarga mereka.
"Eee, mana diaorang ni?" Hazreen sudah garu kepala.
"Kita tak cari lagi dekat food court. Mana tau diaorang ada dekat situ. Kan sekarang waktu lunch" jelas Zakuan. Hazreen jegilkan matanya.
"Kenapa awak tak cakap awal-awal?!"
Baru mahu pusing mencari food court, Zakuan sudah menarik tangannya.
"Eh, nak pergi mana ni?"
"Awak, food court sebelah kita je ni. Yang tadi pusing jauh-jauh tu nak kemana?"
Hazreen gigit bibir. Malunya!

Lega! Mereka ada di sini. Tapi semuanya tersenyum. Macam kera dapat bunga.
"Huh! Dari tadi cari, dekat sini rupanya!" tangan Zakuan masih menggenggam erat tangan Hazreen. Dia sedar atau separuh sedar atau langsung tak sedar ni?!
"Err, Zakuan! Lepaslah! Yang lain tengok tu!" Bisik Hazreen.
Pantas saja tangan Zakuan beralih ke belakang.
"Kenapa senyum-senyum ni? Makanan dah order?" Zakuan cuba untuk mengubah topik.
"Dah. Kamu berdua pergi la order makanan sendiri" jelas Datin Hazmia.
"Oh, ok. Reen, nak ikut tak?" pelawa Zakuan. Hazreen yang berada di sebelahnya sudah tercunggap-cunggap mencari alasan.
"Err.. boleh la"
Setelah mereka dua pergi memesan makanan, ahli keluarga masing-masing sibuk tersenyum sinis, dan sepakat untuk menyatukan mereka. Tapi, masih terlalu awal.

"Kenapa tak call Reen tadi? Penat tau pusing satu Mall" keluh Hazreen.
"Sebenarnya, kami semua nampak yang Reen dengan Zakuan tengah cari kami. Isya cari Reen tadi. Ternampak pula Reen tengah jalan dengan Zakuan. So, Isya biarkan je la" kata Puan Azlina sinis. Zakuan yang berada di sebelah Hazreen sudah terbatuk.
"Ehh, minum la air tu. Ibu! Kan dah tersedak Si Zakuan ni" . Riak wajah Hazreen tampak risau. Itu membuatkan keluarga mereka lebih suka! Senang kerja kalau macam ni!
Hari sudah lewat petang, masing-masing sudah mula penat dan berkemas untuk pulang.
Hazreen dan Isya sedang sibuk mengemas bonet kereta untuk memasukkan bekalan mereka. Manakala yang lain, sibuk mengemas tempat berkelah.
Usai bersalaman, masing-masing masuk ke dalam perut kereta. Ada yang sudah terlelap. Cermin tingkap kereta diketuk perlahan oleh Zakuan. Baru saja mahu lena! Perlahan-lahan Hazreen menurunkan tingkap.
"Ye ada apa?"
"Can u give me ur number?" mintanya lembut.
"For what?"
"Untuk berbual, berkenalan? Boleh?"
Hazreen mengeluh rimas dan mengangguk.
"Ok, 014..."
"Thank you"
"Ok. Bye"
Laju saja Hazreen tutup tingkap. Entah kenapa dengan mamat ni. Buang tebiat agaknya!

Dalam keadaan penat, mandi dan baring atas katil, fuhh! Nikmat habis! Rasa macam nak lena terus. Tapi lain pula yang dirasa Zakuan. Dia mula menggoyang-goyangkan ibu jarinya. Nak chat, segan. Nak call lagi la segan! Tapi dia kan lelaki. Gentleman la sikit!
"Assalamualaikum, dah tidur ke tu?"

Arghhh! Baru nak lena! Siapa pula yang mesej malam-malam ni?
"Uknown number? Siapa dia ni?" kata Hazreen perlahan. Tapi dia jawab juga. Tak ada la orang yang memulakan perbualan itu tertunggu-tunggu.

"Waalaikumsalam, belum. By the way, siapa ni?"
"Cuba teka"
Ayat ni, geram betul! Tak suka la main teka-teka ni. Tak boleh mengaku terus ke?!
"Susah la nak teka. Lagipun dah malam ni. Otak tak berfungsi, asyik fikir nak tidur je"
"Oh. Mengantuk dah eh. Sorry kacau"
Serba salah pula mahu teruskan perbualan. Hazreen sudah mengantuk. Penat kan. Dia pun terasa sengal-sengal badan dan mengantuk. Esok, dia ada meeting. Lepas meeting, jumpa Syasya. Dia sudah berjanji dengan Syasya.
Satu pesanan mesej diterima. Hazreen masih ok untuk berbual.
"It's ok. Saya pun mengantuk ni. Awak tidur la. Esok lusa tau la tu. Atau cuba awak ingat balik dekat siapa awak bagi nombor awak tu" mungkin Hazreen akan tau bahawa itu ialah Zakuan.
"Oh, betul ni? Kalau macam tu saya end chat la. Bye"

Malam telah berganti siang. Zakuan masih terbaring di katil. Berat untuk bangun. Penat!
Dia menetekan butang call. Dia tidak dapat untuk berjumpa dengan Syasya. Meeting pun Hilman yang akan gantikan tempatnya. Nasib adik boleh diharap.
"Zakuan, tak nak makan ke?" datang suara yang menyergah dari pintu bilik. Zakuan mengangkat sedikit kepala dan tersenyum. Dia duduk di bucu katil.
"Tak nak la Umi. Zakuan tak ada selera. Umi makan je la. Nanti kalau Wan lapar, Wan makan" Datin Hazmia sudah mengeluh.
"Az, jom makan. Biar la Zakuan tu" tegur Dato Habir.
"Ye la abang. Az nak pergi makan la ni"
Setelah Umi dan Abi pergi, Zakuan kembali terbaring. Entah kenapa dia rasa tidak berapa sihat hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience