Bab 6

Romance Series 3993

Makanan di dalam piring hanya digaul. Makan pun tidak, asyik termenung je.
"Reen, are you ok?" tanya Rania. Belakang Hazreen digosok perlahan. Ibu kata, kalau ada orang sedih, gosok belakang badan, dan dia akan berasa lega.
"Kak, akak pasti ke keputusan Reen ni betul? Reen tak.. tak boleh la"
"Reen, Reen.. look. I know, ye akak faham susah untuk Reen terima kenyataan ni, tapi Umi cakap benda betul. Benda baik tak elok dilambatkan. Reen dengan Zakuan dah macam couple. Perfect together!"
"Because of kitaorang nampak sepadan, korang terus nak kahwinkan kami berdua? Sebab tu je ke?"
"No Reen. Actually, Umi tak suka Syasya jadi menantu dia. And sebab tu Umi pilih Reen. Tolong la Reen. Persiapan kahwin semua dah siap, jangan la macam ni"
"Huh? Tak suka Syasya. What! Tapi Syasya mesti marah nanti kalau Zakuan dah kahwin"
"Jangan kisah pasal dia. Kisahkan Reen dengan Zakuan je"
Hazreen hela nafas. Sukar untuk dia terima semua ni. Dia belum boleh terima kehadiran mana-mana lelaki dalam dunia ni. Hampir seminggu Hazreen banyak diamkan diri. Umi pula tidak sabar-sabar. Asyik menukar tarikh perkahwinan. Katanya sudah tidak sabar, dan minggu depan dia akan bergelar isteri. Ini la tarikh paling singkat yang diberi.
"Syasya ok, Syasya akan ok. Yes! Dia akan ok!" . Zakuan menarik nafas panjang. Syasya berada di New York atas urusan kerja. Pergi untuk 1 bulan. Zakuan cukup bersyukur Syasya tiada di Malaysia ketika hari pernikahannya. Allah permudahkan urusan aku!

Seminggu berlalu, tiba masa untuk Hazreen bersiap sedia untuk menjadi seorang isteri. Begitu juga dengan Zakuan. Hazreen sudah berubah sedikit. Tidak seperti minggu lalu, asyik berdiam diri dan banyak berkurung. Dia hanya menatap baju nikahnya yang disangkut di tingkap.
"Reen, cepat bersiap. Pakai baju nikah, make-up and turun. Ibu dengan Ayah pergi masjid dulu, nanti Isya and Rania akan damping Reen ke sana" tegur Puan Azlina. Hazreen membalas dengan senyuman. Dia bangun untuk mendapatkan baju nikah. Tak lama lepas Puan Azlina keluar, Kamal, bapa Hazreen pula masuk.
"Reen, ayah doakan yang baik-baik untuk rumah tangga Reen. Lepas ni, Reen bukan lagi tanggungjawab ayah. Dengar cakap Zakuan, jangan banyak melenting. Ayah sayamg Reen" . sebak bunyinya. Hazreen peluk erat ayahnya itu. Kenapa sedih sangat hari ni?!

"Kak, jom. Jalan sesak nanti. Ambil masa nak sampai masjid" Isya masuk ke dalam bilik, membelai perlahan wajah kakaknya. Dia faham, dia tahu Hazreen tidak suka dengan apa yang terjadi.
"Isya masuk la kereta dulu. Kejap lagi akak ikut"
"Ok, tapi jangan lama"

Zakuan sudah sampai di pagar masjid. Yang dijemput hanyalah kawan rapat dan ahli keluarga. Majlis bersanding akan diuruskan nanti.
"Zakuan, dah sedia?" tanya Dato Habir. Zakuan yang berada di seat belakang, memandang Dato Habir dengan senyuman. Ikhlas atau tak, tak pasti.
"Mungkin dah. Zakuan dah sedia nak ambil tanggungjawab ni" katanya perlahan. Dato Habir balas dengan senyuman. Driver dan Hilman turut tersenyum
"Everything will be ok bang, just lupakan benda lama. Percayalah, kak Reen adalah masa depan terbaik abang" kata Hilman. Dia menepuk perlahan bahu Zakuan. Hanya untuk melegakan abangnya.
"I will do the best for Reen"

Hazreen datang agak lambat. Masing-masing sudah menunggu. Hampir setengah jam. Datin Hazmia sudah mula risau, takut kalau Hazreen tidak mahu berkahwin dan lari. Zakuan hanya memandang pintu masjid, menunggu kehadiran Hazreen.
'Reen, mana awak ni? Awak tak nak kahwin dengan saya ke'

Tiba-tiba, keluarga Abang Man datang memasuki ruang masjid. Hazreen berada di belakang mereka bersama Isya dan Rania. Semua tersenyum melihat kehadiran Hazreen. Begitu juga dengan Zakuan, lebar senyumannya.
"Assalamualaikum"

Hazreen duduk di belakang Zakuan bersama Puan Azlina dan Datin Hazmia. Zakuan yang berada di depan, menoleh untuk melihat wajah Hazreen, tok kadi di depan pun sudah dilupakannya. Tak lepas senyuman di bibir. Hazreen memandang Zakuan dan tersenyum.
"Encik Zakuan, nak nikah ke tak nak? Dari tadi asyik pandang pengantin perempuan saja" tegur Tok Kadi. Masing-masing tergelak. Wajah Zakuan sudah mula memerah.
"Err, kahwin tok"
"Baiklah, kita mulakan ye.. Zakuan Bin Habir"
"Saya!"
"Aku nikahkan dikau dengan Hazreen Aliesya Binti Mohd Kamal, dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai"
"Aku terima nikahnya Hazreen Aliesya Binti Mohd Kamal dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai" . Sah! Zakuan menoleh memandang Hazreen dengan senyuman yang bangga. Hazreen tidak senyum, tidak sedih. Wajahnya rata, tiada reaksi. Pandang Zakuan pun tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience