Bab 1

Romance Series 3993

Dari jam 9 sehingga sekarang, 11 pagi. Masih lagi membelek novel yang sama. Nasib saja Hazreen seorang diri. Kalau pergi dengan Ina pasti dia sekarang sedang menadah telinga. Huh! Tak mau la jalan-jalan dengan Ina.
"Aduh!" dibawahnya ada beberapa buku yang tadi jatuh di atas kepalanya. Siapa pula yang ambil buku sampai jatuh ni? Hazreen pandang ke kiri, tiada siapa. Pandang kanan ada seorang lelaki yang tubuhnya tidaklah sesasa seperti lelaki lain. Muka sedikit jambu!
"Excuse me! Awak dah jatuhkan buku ni, tak nak kutip balik ke?" tanya Hazreen sambil mencebik. Lelaki itu menoleh sekilas, dan tidak mengendahkan Hazreen.
"What?! Seriouslah? Orang cakap dengan dia, dia boleh buat bodoh je!" Hazreen tunduk dan mencangkung, mengutip buku-buku yang jatuh itu.
"Cik adik, tolong ketepi. Biar saya buat. Saya buat tak endah, sebab awak betul-betul duduk depan buku tu. So, yah. Takkan nak duduk rapat-rapat pula" kata lelaki tersebut. Dihujung bibirnya, ada senyuman sinis yang cukup membuatkan hati Hazreen bergendang laju.
"Kalau ye pun, cakap la sorry ke apa! Sakit tau tak kepala ni!" balas Hazreen laju walau anak matanya tak dapat mengalihkan pandangan dari terus melihat senyuman itu.
"Ok, saya minta maaf" Zakuan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Hazreen. Hazreen tergelak kecil.
"Kenapa gelak?"
"Tadi, bukan main sembang cakap tak boleh rapat-rapat. Sekarang ni, ni apa? Nak berjabat? Nak salam? Hahaha! Lawak juga awak ni"
Pantas Zakuan sembunyikan tangannya. Zakuan tersenyum malu.
"Err, sorry" kata Zakuan perlahan.

"Sayang, what are you doing here? I cari U dari tadi. Tengok-tengok dekat sini" sampuk satu suara.
Pantas sahaja Hazreen dan Zakuan alihkan pandangan ke arah suara tersebut.
"Oh, baby. Well, macam biasa. Kalau pergi mall, mesti la I akan ada dekat sini sementara tunggu U cari baju" kata Zakuan tersenyum. Mata gadis tersebut tak lepas dari memandang Hazreen.
"Who are you?" tanya gadis itu sambil menghulurkan tangan ke arah Hazreen.
"Oh, saya Hazreen" Hazreen menyambut mesra tangan gadis tersebut.
"Kenal Zakuan ke?" tanyanya lagi.
"Eh tak! Saya tak kenal pun. Tadi buku yang dia tarik terjatuh atas kepala saya, jadi tu yang sa.." belum sempat habis ayatnya, gadis tadi sudah tersenyum dan memotong ayat Hazreen.
"Oh i see, faham, faham! Sayang, minta maaf dengan dia sekarang! Apa la U ni!" gadis itu menepuk lengan Zakuan dengan perlahan.
"Dah I dah minta maaf tadi, lepas tu U terus sampai sini"
"Ye ke Hazreen? Betul dia dah minta maaf?" tanya gadis itu tanda tidak percaya.
"Eh, dia dah minta maaf dah. Er, saya pergi dulu. Nice to meet you guys"
Gadis itu tersenyum. Betapa baiknya gadis itu. Beruntung juga lelaki itu, dapat kekasih yang mempunyai hati yang sangat baik.

Bunyi enjin kereta sudah kedengaran. Tanda Hazreen sudah pulang. Hasratnya untuk membeli sebuah novel untuk dijadikan bahan bacaan ketika cuti panjang ini tidak kesampaian. Semua ni gara-gara Zakuan!
"Lambat Reen balik, buat apa je dekat MPH? Satu buku pun tak ada ni" tanya Puan Azlina. Matanya sudah melilau melihat setiap kerusi di dalam kereta yang kosong.
"Sorry ibu, jalan sesak. Reen tak sempat nak beli buku tadi, sebab Reen lapar. Perut dah sakit so Reen pergi la kedai makan. Lagipun, macam tak menarik je novel-novel yang baru tu, so Reen tak beli la"
"Hurm. Kalau macam tu, jomlah. Pergi gazebo, ayah dengan Isya dah tunggu tu untuk minum petang"
"Ok, sekejap lagi Reen pergi. Reen nak mandi dulu" kata Hazreen perlahan. Puan Azlina mengangkat ibu jari tanda ok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience