Bab 7

Romance Series 3993

Majlis selesai tepat pada waktu Asar, sekarang sudah pun masuk waktu maghrib. Kali pertama Zakuan menjadi iman kepada Hazreen. Perangai Hazreen normal seperti hari-hari sebelum disatukan. Alhamdulillah Hazreen dapat menerima Zakuan sebagai suami.
"Awak, dah sedia ke? Saya nak start dah ni"
"Dah, boleh start dah"
Zakuan tersenyum. Sepanjang hari ni, dia hanya senyum. Senyum, senyum dan senyum. Hazreen pandangnya pelik sambil tangannya galak melibas telekung.

"Haih pengantin baru, tak masuk bilik lagi ke? Dah tengah malam ni, tengok netflix buat apa?" tegur Isya. Marah bunyinya. Dia mahu ' me time' layan netflix seorang tanpa gangguan. Tiba-tiba muncul Zakuan dan Hazreen di sofa.
"Eh, Kak Reen ni ha tak nak masuk bilik. Katanya nak tengok movie. Abang pun join sekali la" jelas Zakuan. Hazreen yang dari tadi hanya mengupas kuaci, mula bersuara.
"Awak nak tidur, pergi la. Saya nak join Isya"
"Mana boleh masuk bilik seorang"
Terpekik terlolong, apa lagi, Isya menyampuk la.
"Kak, tonight, kak Reen and abang Zakuan punya malam. Go to your bedroom. Sekarang ni Isya nak duduk tengok movie sorang-sorang"
Zakuan menjungkit kening berkali-kali. Bangga dia dapat adik ipar yang bijak seperti Isya ni. Hazreen mengeluh perlahan. Ye la! Dia mengalah.
"Ok fine! Kak Reen naik dulu" Hazreen bangun meninggalkan sofa begitu juga dengan Zakuan. Sampai di tangga, Zakuan terus mengangkat Hazreen. Terkejut juga Hazreen masa tu. Isya? Sudah mengekek ketawa.
Sampai di bilik, Hazreen cepat-cepat turun dan berdiri di hadapan Zakuan. Mukanya sudah memerah.
"Awak ni kenapa? Pergi dukung saya depan Isya! Malu tau!" Hazreen mencebik.
"Dah tu takkan saya nak biar princess saya ni jalan sendiri. Prince dia kena la ada disisi. Sweet kan. Tak gitu?"
"Sweet la sangat. Cubit pinggang tu baru tau!"
"Elelele, ada orang tu nak cubit kita la! Takutnyaa. Grrr"
Terbuntang biji mata Hazreen mendengarkan ayat tu dari mulut Zakuan. Geli geleman!
"Apa grr, grr?! Ingat comel la buat macam tu?"
Zakuan ketap bibir dan terus gelak dengan kuat. Azreen ni garang rupanya.
"Baru saya tahu perangai sebenar awak"
"Apa yang awak tahu?"
"Entah"
"Eh eh. Nasib suami, kalau adik atau abang, dah lama disikukan"
Bebel Azreen. Zakuan mengikut gerak-geri Azreen dan semestinya dia akan ajuk apa yang Azreen cakap. Nakal!

Puan Azlina, Datin Hazmia dan ahli keluarga yang lain duduk di meja makan untuk makan malam. Semasa menghidangkan makanan, mereka terdengar, bebelan Azreen dan gelak tawa Zakuan. Bahagianya dengar.
"Isya, pergi panggil kak Reen dengan abang Zakuan. Cepat sikit eh, makanan mula sejuk dah ni"
"Ok bu"

Azreen dan Zakuan berbalah manja. Ye kut. Azreen marahkan Zakuan kerana mengajuk dia, Zakuan marahkan Azreen kerana memarahnya.
"Eee, awak ingat awak tu hensem sangat ke?"
"Awak tu bukan cantik sangat"
"Eeeeee"
Azreen menumbuk-numbuk dada Zakuan. Zakuan pula menjelir-jelir lidah tanda tidak heran dan tidak sakit.
Sedang seronok mencari gaduh, pintu bilik diketuk kuat oleh Isya.
"Eh"
"Haaa pergi la tengok siapa tu. Ke tak puas lagi nak tumbuk dada saya ni? Kalau nak tumbuk lagi, nanti saya bagi" eee cringenya ayat.
"Tak hingin!"
"Eleh, sembang"
Buka sahaja pintu, Isya sudah tercegat di hadapan mereka berdua.
"Nak apa?" tanya Azreen geram. Bukan geramkan Isya, dia geramkan Zakuan.
"Turun makan. Ibu panggil" balas Isya.
"Ok, nanti kami turun"
"Eh, sekarang la. Makanan nak sejuk dah tu"
"Hurm, ye la"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience