Bab 5

Romance Series 3993

"Dia ok je la ibu. Reen kena pergi juga ke?" tangannya memegang bekal makanan. Kata Puan Azlina, makanan itu untuk Zakuan. Jadi, Hazreen kena pergi ke rumah Keluarga Zakuan.
"Eh! Pergi je. Ibu dah cakap dengan Umi yang kamu nak datang. Pergi cepat! Umi dengan Abi dah tunggu tu" Hazreen mengeluh panjang. Nanti kalau terjumpa dengan Syasya macam mana?! Mati!
Kedatangan Hazreen disambut mesra oleh Umi dan Abi Zakuan. Haih, tiba-tiba rasa macam menantu Umi dan Abi. Eh! Stop berangan!
"Assalamualaikum Umi" Hazreen mencium kekura tangan Datin Hazmia. Lembut sekali kucupannya.
"Waalaikumsalam. Ha Reen pergi la masuk, Zakuan ada dekat dalam bilik. Naik tangga belok kiri, bilik paling depan" minta Datin Hazmia.
"Reen masuk dulu ye Umi, Abi"
Datin Hazmia tersenyum melihat tingkah Hazreen. Beruntung siapa yang jadi suami Hazreen.

Pintu diketuk perlahan. Tiada jawapan. Hazreen ketuk lagi. Tiada jawapan lagi. Masuk je la!
"Zakuan? Mana awak?" . Zakuan tiada di katil. Kemana dia? Kata Umi, dia ada di bilik. Dijenguk-jenguk setiap ruang bilik. Tiba-tiba Zakuan masuk ke dalam bilik. Membawa segelas air.
"Eh. Reen" terkejut beruk dia. Hazreen bercekak pinggang. Dia panggil Zakuan untuk duduk di penjuru katil.
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Zakuan pelik. Hazreen buka bekal makanan dan mengambil mangkuk yang berada di sebelah Zakuan.
"Saya datang ni nak suruh awak makan. Ibu and Umi cakap awak sakit. Jadi, diaorang suruh saya datang sini"
Zakuan sudah tersenyum gatal. Memandang Hazreen yang sedang memenuhkan mangkuk dengan bubur. Tenang. Dia tersenyum lagi.
"Kenapa pandang saya macam tu?"
"Tak ada apa. Salah ke?"
"Tak salah. Nah, makan ni. Nanti cepat sembuh. Dah saya nak balik" Hazreen hulurkan mangkuk berisi bubur itu. Zakuan tidak mengambilnya. Dia masih memandang Hazreen tanpa berkelip.
"Apa?" tanya Hazreen pelik
"Suap boleh?"
Haa? Serious la? Rasa macam nak pitam! Ibu tolong!
"Suap la sendiri. Ada tangan kan? Nah ambil. Saya nak balik!" tanpa berfikir. Hazreen letak mangkuk tersebut di tapak tangan Zakuan. Nasib tak jatuh mangkuk tu. Kalau tumpah, sampai malam la Hazreen dekat sini kena lap sampai licin.
"Kedekut tangan la dia ni" Zakuan menyuap sesudu bubur dengan muka geram.
"Mengada. Awak tu dah ada Syasya. Tak payah nak mengada dengan orang lain! Behave sikit"
Hampir dia terlupa tentang Syasya! Behave Zakuan. Behave!
"Ok, kalau awak nak balik, balik la. Saya ok je"
"Ok. Saya balik dulu"

Rasa murung sehari tak dapat berjumpa dengan kesayangan! Zakuan tak sihat. Syasya sudah pujuk Zakuan untuk biarkan saja dia datang ke rumahnya. Tapi, Zakuan tetap tidak beri!
"Baby, i miss you! Get well soon" Syasya menghantar satu mesej untuk Zakuan. Tapi.. tidak dibalas. Last seen.. beberapa jam yang lepas.

Pintu ditutup perlahan tidak mahu mengejut penghuni rumah. Dia pulang lewat ke rumah, selepas pulang dari rumah Zakuan, dia singgah ke rumah Ally untuk berbincang tentang hal kerja. Tak sedar pula sudah lewat malam.
"Haih kak, lambat balik" sergah Isya. Dia ni kan! Ada yang mintak nak makan penampar malam-malam ni.
"Mana yang lain? Dah tidur?"
"Ada dekat ruang tamu atas. Kak pergi honeymoon terus ke tadi?" selamba saja dia cakap. Nak je dicilikan mulut tu!
"Pandai-pandai je kau ni. Dah sana! Akak nak mandi"
Isya tersenyum sinis memandang Hazreen. Honeymoon? Honeymoon apa kalau bakal suami ada dekat sini!
Menonong saja Hazreen jalan. Dia berhenti apabila Puan Azlina menegurnya.
"Reen, lambat balik. Pergi mana?"
"Reen pergi ru.." membulat biji mata dia. Umi, Abi ada dekat sini! Zakuan! Apa diaorang buat malam-malam dekat sini?
"Reen pergi rumah Ally. Umi, bila sampai?" pantas dia menyalami tangan Umi. Takkan nak tercegat dekat tangga kut.
"Dalam 26 minit yang lepas, Umi ingat nak jumpa Reen"
"Kenapa? Ada hal mustahak ke?" Hazreen sudah menggaru kepala yang tidak gatal.
"Reen, Umi tau benda ni masih baru bagi Reen tapi.." belum sempat Datin Hazmia menghabiskan ayat, Puan Azlina sudah memotong.
"Reen, pergi mandi dulu. Nanti duduk sini, kita bincang"
Hazreen telan liur. Kenapa jantung dia berdegup laju?

Selesai mandi, dia terus bersiap dan sarungkan tudung. Dia keluar dengan senyuman dan duduk di sebelah Isya. Dia perasan, Zakuan hanya senyap dari awal. Biasanya dia la paling bising.
"Apa yang nak dibincangkan tu?"
"Reen, Umi nak Reen terima, benda baik tak elok lambat-lambatkan" kata Datin Hazmia. Kejap! Ayat tu.. 'benda baik tak elok dilambat-lambatkan' . Kahwin?
"Reen boleh terima Zakuan sebagai suami Reen?" sambung Datin Hazmia lagi. Hazreen tersentak. Dia terdiam, membisu. Semua mata sedang memandangnya termasuk Zakuan. Hazreen tunduk. Wajahnya ditutupi dengan bayang, jadi orang tidak nampak wajahnya.
"Reen..."
"Reen, Ibu tau Reen tak selesa.. tapi.."
"Reen tak tau Ibu. Kalau Zakuan ok dengan semua ni, Reen pun ok juga" katanya perlahan. Apa akan jadi dengan Syasya? Syasya pasti marah bila dia tahu tentang ni! Mendengarkan jawapan Hazreen, masing-masing beralih ke arah Zakuan pula.
"Umi, Ibu.. Kalau Reen setuju, Zakuan setuju. Kalau Reen tak setuju, Zakuan akan setuju juga" katanya lemah. Matanya hanya tertumpu pada Hazreen yang dari tadi hanya menunduk. Tidak tahu apa reaksi Hazreen tapi, pastinya terkejut! Semua gembira mendengarkan jawapan itu. Mereka akan disatukan tidak lama lagi!

'Reen it's ok. Lupakan Syasya, bina hidup baru'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience