Sejak hari itu, mereka berdua mula berkawan. Mereka sering bantu-membantu antara satu sama lain. Salah satu contoh yang dapat dilihat ialah dalam pelajaran. Adam yang mahir dalam Kesusasteraan Melayu memberi tunjuk ajar kepada Nadia dalam mata pelajaran tersebut sementara Nadia mula memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran yang merupakan kepakarannya, iaitu Matematik. Adam secara perlahan-lahan mula berubah daripada seorang yang murung kepada seorang yang sentiasa tersenyum. Daripada seorang yang nakal kepada seorang yang mempunyai sikap yang terpuji di samping mengekalkan gaya pemakaiannya yang tidak terlalu skema. Perasaannya terhadap Nadia juga mula berubah daripada sekadar tertarik kepada perasaan angau. Setiap malam, dia asyik teringatkan Nadia dan mula mempertimbangkan niatnya untuk meluahkan perasaan terhadap gadis idaman buat kali ke-4.
“Dia tu lawa. Baik pula tu. Apa lagi yang aku ragu-ragu. Mungkin sudah sampai masa untuk aku meluahkan perasaan ku kepadanya. Tapi kalau aku ditolak lagi macam mana? Apa yang harus aku buat. Aku ingin hubungan kami lebih daripada hanya sekadar kawan. Tapi dalam masa yang sama aku takut hubungan kami terjejas hanya kerana aku meluahkan perasaanku. Jadi, macam mana?” fikir Adam sendirian.
Keesokan harinya, seperti biasa Adam menghabiskan masanya bersama satu-satunya rakan baiknya yang juga merupakan gadis idamannya, Nadia. Dia memberitahu Nadia sesuatu.
Share this novel