Rate

BAB 2

Drama Completed 380

“Kalau aku cakap tak boleh, macam mana?! Kau nak buat apa?!” rakan sekelas Adam itu bertindak mencabarnya.
Tanpa berkata apa-apa lagi, Adam menghayunkan buku limanya ke arah rakannya itu. Pergaduhan antara mereka mula berlaku dimana Adamlah yang paling banyak membuat serangan. Pergaduhan itu kemudiannya terlerai apabila guru disiplin melintasi kelas tersebut. Kedua-dua mereka dibawa ke bilik guru dan dirotan seterusnya nama mereka dicatat sebagai pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Ini pertama kali Adam dicatat namanya sebagai pelajar yang melakukan kesalahan disiplin. Satu rekod sebagai pelajar yang dilihat skema pada pandangan pelajar lain.
Keesokan harinya, Adam datang ke sekolah seperti biasa. Wajahnya hanya murung seperti semalam. Hadirnya dia pada hari itu kelihatan seperti mayat hidup. Tidak berkata-kata, tidak mendengar. Hanya diam membisu. Entah apa yang difikirkannya, hanya Tuhan yang tahu. Hari itu, seorang pelajar baru masuk ke kelas Adam. Terdapat seorang guru yang mengiringinya.
“Perhatian pelajar-pelajar sekalian, hari ini kelas kamu menerima pelajar baru. Sila perkenalkan diri kamu,” setelah membuat pengumuman tak rasmi pada pelajar-pelajar kelas tersebut, guru yang bernama Encik Razilan itu meminta pelajar baru itu memperkenalkan dirinya.
“Nama saya Nadia binti Rosman. Saya berasal dari Kuala Lumpur. Ibu bapa saya merupakan ahli perniagaan,”. Pelajar baru itu memperkenalkan dirinya. Adam agak tertarik dengan pelajar tersebut tapi dia tidak menzahirkan apa yang dirasainya, sebaliknya menyambung menungannya.
“Nadia, awak duduk di belakang sana,” jari Encik Razilan menunjukkan tempat duduk di belakang Adam. Nadia berjalan menuju ke tempat duduk yang ditunjukkan oleh Encik Razilan. Tanpa bersuara dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk tersebut. Setelah kelas Encik Razilan berakhir, Nadia memanggil-manggil Adam dengan nada yang perlahan.
“Awak! Awak!” Adam menoleh ke belakang.
“Nama awak siapa?” Nadia mengajukan soalan. Terdapat rakan sekelas mereka yang menyampuk.
“Cik Nadia, tak payahlah cakap dengan dia. Dia tu mayat hidup. Silap-silap dia gigit Cik Nadia jadi spesis macam dia,” rakan-rakan lain ketawa bersama-sama mendengar lawak yang langsung tidak lucu bagi Nadia dan Adam.
Pada waktu pulang, Adam menunggu bas sekolahnya sambil duduk di pondok berhampiran. Kebetulan Nadia juga menunggu bas yang sama di pondok yang sama. Apabila bas sampai, kedua-dua mereka mengangkat punggung dan menuju ke bas tersebut. Tanpa sengaja, kedua-dua mereka cuba masuk ke bas serentak, namun sebagai lelaki yang merasakan dirinya gentleman, Adam membiarkan Nadia naik masuk dahulu. Adam duduk di tempat duduk hadapan Nadia, sama seperti waktu di dalam kelas. Kelihatan Adam cuba menulis sesuatu sambil diperhatikan Nadia. Apabila dia sedar tentang mata Nadia memerhatikannya , dia terus menyimpan apa yang ditulisnya ke dalam beg. Nadia pula menghulurkan gula-gula getah yang dibelinya kepada Adam. Adam dengan rasa segan-silu mengambil sebungkus gula-gula getah tersebut. Nadia hanya tersenyum melihat Adam menerima pemberiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience