Rate

BAB 5

Drama Completed 380

“Assalamualaikum, Pak Cik, Mak Cik,”.
“Mak, ayah…boleh tak tinggalkan kami sebentar,” Adam bersuara perlahan. Ibu dan bapanya lalu beredar kerana mahu menenangkan hati anak kesayangan mereka.
“Awak jangan salah faham. Saya datang bukan sebab saya risaukan awak. Saya cuma bersimpati pada awak. Dan saya nak jelaskan sebab kenapa saya menolak cinta awak dahulu. Bukan sebab saya tak suka awak. Bukan sebab awak ni skema aje masa tu. Tapi sebab saya tak boleh terima awak hanya meluahkan perasaan awak melalui panggilan telefon. Itu menunjukkan awak seorang lelaki yang pengecut kerana tidak berani mengambil risiko untuk meluahkan perasaan awak untuk memenangi hati saya. Tapi awak lihat sendiri bila awak meluahkan perasaan awak kepada Nadia. Dia menerima awak kerana awak berani meluahkan perasaan awak tu di depannya, bukan hanya melalui sms mahu pun panggilan telefon. Jadi apa yang saya nak beritahu awak ialah saya respek terhadap awak kerana telah berubah menjadi seorang lelaki yang lebih berani,” setelah berbicara panjang lebar, Ila terus beredar untuk pulang. Penerangannya yang panjang lebar itu telah membuatkan Adam sedar kenapa pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya memandangnya dengan wajah yang penuh dengan kebencian. Semuanya berpunca daripada dirinya sendiri yang tidak mempunyai keyakinan diri dan jarang bergaul dengan golongan seperti mereka.
Setelah sembuh, Adam kembali semula ke sekolah dengan sikap yang berbeza. Dia mula menjadi seorang yang peramah dan bergaul dengan ramai orang terutamanya yang sebaya dengannya. Hal itu menjadikan dirinya seorang yang berkarisma dan menarik perhatian orang lain sekali gus meningkatkan keyakinan dirinya. Kononnya dia mula menerima banyak surat cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience