“Petang nanti jumpa saya di taman,”.
“Boleh,” Nadia menjawab ringkas.
Petang itu mereka berjumpa. Adam membelanja Nadia minuman yang dibelinya di kedai runcit sebelum dia datang ke taman.
“Ada apa awak nak beritahu saya sampai kena jumpa di sini pula?”.
“Saya…saya…” Adam tergagap-gagap untuk menyuarakan apa yang tersimpan di hatinya.
“Awak apa?”
“Sebenarnya saya suka pada awak. Jadi sudi tak kalau awak menerima saya sebagai teman istimewa awak,” berjaya juga Adam meluahkan perasaannya. Nadia hanya tersenyum, dan kemudiannya menganggukkan kepala. Itu membuatkan Adam melompat kegembiraan.
Keesokan pagi, mula kecoh dalam kalangan pelajar tentang Adam yang berjaya memikat seorang perempuan buat pertama kali. Adam dan Nadia masuk ke kelas bersama diiringi dengan tepukan gemuruh oleh rakan sekelas mereka. Nadia hanya tersenyum sementara Adam pula control macho. Salah seorang rakan mereka bersuara kepada Adam.
“Tahniah, bro. Berjaya juga kau akhirnya setelah tiga kali kena reject!” diiringi gelak ketawa oleh rakan-rakan yang lain. Namun, Adam sedikit pun tidak marah kerana dia akhirnya dapat juga merasa nikmat bercinta.
Namun kebahagiaan Adam itu ternyata hanya sementara. Keesokan harinya pula kecoh satu berita tentang kejadian yang bakal mengubah hidup Adam buat selama-lamanya. Dalam majlis perhimpunan pada hari tersebut, seorang guru mengumumkan sesuatu yang amat menyedihkan.
“Semalam pelajar kita yang bernama Nadia binti Rosman telah menghadapi kemalangan jalan raya. Dia dikejarkan ke hospital tapi sebelum sempat sampai ke hospital, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir,” semua pelajar terkejut mendengar berita mengejut tersebut, terutamanya Adam yang akhirnya jatuh pengsan. Dia dikejarkan ke hospital.
Sebaik saja dia sedar, dia mendapati kedua ibu bapanya berada di sisinya.
“Adam, Adam dah sedar?! Adam tahu tak risau mak dibuatnya bila dapat tahu Adam masuk hospital,”.
“Mak jangan risau. Tak ada apa-apa. Adam cuma terkejut. Kawan baik Adam dah meninggal, mak,” mata Adam mula berkaca.
“Adam tidak boleh bersedih. Semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Kita sebagai manusia hanya boleh menghadapinya,” bapa Adam memberikan nasihat. Tiba-tiba mereka didatangi seorang pelawat. Pelawat itu merupakan gadis yang pernah menolak cinta Adam, Ila.
Share this novel