Rate

BAB 1

Drama Completed 380

“Kenapa, Ila? Kenapa?” Adam bertanya lagi dalam perbualan telefonnya dengan Ila.
“Saya tak suka awak. Sorrylah, ya?! Bye,” Ila terus menekan butang merah pada telefon bimbitnya. Itu menjadikan Adam sangat kecewa. Masuk kali ini, sudah tiga kali dia meluahkan perasaannya pada perempuan tapi sering saja dia ditolak. Dia tidak tahu kenapa gadis idamannya susah untuk menerimanya. Mungkin kerana dia tidak kacak. Mungkin kerana dia tidak mempunyai karisma. Mungkin juga kerana dia terlalu skema. Itulah sebab yang difikirkan olehnya.
Keesokan harinya di sekolah, dia meluahkan masalah remehnya itu kepada kawan-kawannya di sekolah namun luahan itu dibalas dengan gelak ketawa kawan-kawannya itu.
“Engkau tak dapat sebab kau tak pandai mengurat!”. Begitulah kata seorang rakannya.
“Ah, semua perempuan sama saja! Sibuk kejar lelaki yang handsome aja. Aku yang ada di depan mata ni, langsung mereka tak pandang!”. Adam terus beredar dari situ. Sambil itu, kawan-kawannya tadi yang tidak begitu rapat dengan dia terus mentertawakannya.
Semasa Adam duduk di tempatnya, Ila yang merupakan pelajar di kelas bersebelahan melintasi koridor kelas Adam. Rakan-rakan Adam tadi mula mengusik mereka berdua dengan menyanyikan lagu jiwang beramai-ramai. Telinga Adam amat sakit mendengarnya sementara Ila pula terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan Adam dan rakan-rakannya.
Waktu balik pula, Adam terserempak dengan Ila dan kawan-kawannya. Tanpa berkata apa-apa Adam terus berlalu dari situ. Sekali sekala dia menoleh ke belakang dan dia melihat sendiri kawan-kawan Ila memandang tajam padanya. Air muka mereka jelas sekali menzahirkan kebencian dan kemarahan terhadap Adam.
Sejak peristiwa itu, Adam mula menanam sifat anti-pergaulan terhadap pelajar perempuan dalam dirinya. Dia merasakan kesemua pelajar perempuan di sekolahnya tidak menyenangi kewujudannya di sekolah tersebut. Di dalam kelas, Adam mula berubah menjadi seorang yang pendiam. Penampilannya mula berubah daripada seorang yang skema kepada gaya yang dimiliki oleh pelajar nakal. Rambut yang sebelum ini disikat kemas menjadi tercacak. Tali lehernya pula tidak dipakai sampai ke butang atas, sebaliknya kelihatan seperti digantung pada leher saja. Seorang rakan di kelasnya mula menegurnya.
“Wah, handsomelah kau sekarang ni. Mesti lepas ni Ila terpikat,”. Tiba-tiba Adam meninggikan suaranya.
“Hoi, kau jangan sebut-sebut pasal dia, boleh tak?!” rakan-rakan lain hanya melihat drama yang sedang berlangsung di dalam kelas tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience