Bab 7

Romance Series 5336

Bab 7

Bosan pula duduk sorang-sorang dalam bilik ni. Ah, menyesal betul tak ikut Afiqah dan Husna pergi mall tadi. Asyik terperap dalam bilik aje.Perut pun lapar. Aduh! Lupa pula nak suruh mereka belikan aku makanan. Alamatnya kena turun cari makanan sendiri la.

Cepat Farisya capai baju sejuk serta shawl. Atur langkah ke pintu bilik. Selepas kunci pintu. Dia terus berjalan menuju ke lif. Waktu lif terbuka, dia terpaku seketika ketika melihat lelaki dihadapannya. it's Ammar. 'Aduh. kenapa la masa aku tak ready lagi nak jumpa dia. dah la aku ni pakai selekeh. aduh.. '

"Err... Awak nak masuk ke?. lif dah nak tertutup " Tegur Ammar ketika melihat gadis itu kelihatan termenung.

"Hah?.. err... ye.. " Apehal aku jadi gagap ni. Farisya terus melangkah masuk ke dalam lif.

Suasana hening dan sunyi. Masing-masing mendiamkan diri.

"Err.. Awak dah makan? " Aduh kenapa kau tanya soalan macam tu Ammar?!. Kalau ye pun nak tegur. Tegur la dengan cara lain!.

"Ermm... Belum... Saya baru nak pergi kedai mamak kat bawah"

"Ouh... kalau awak tak keberatan.. boleh saya ikut sekali.. saya pon kebetulan nak le kedai mamak jadi dah kita sehaluan ni boleh la makan sama-sama. "

Farisya sedang memikirkan sesuatu. 'Bagus jugak klau dah dia ajak aku pegi makan. boleh laksanakan misi aku ni awal-awal. '

Farisya tersenyum "Okey.. boleh je"

Ammar terpaku melihat senyuman Farisya. 'Masyaallah!, cantiknya dia. '

"Hai, Nak order apa? "kata pembantu mamak itu.

"Erm.. bagi saya char kuey teow goreng satu! " Farisya dan Ammar sama-sama berpandangan. Dah kenapa order cakap serentak?. Malu pun ada apabila melihat PA mamak tu dah tersengih.

"Ok!, Char kuey teow goreng 2!!..minum? "

"Milo ais! " Lagi sekali mereka cakap serentak.. Macam ada telipot ape entah.. (tak ingat)..

"Ok! char kuey teow goreng dan milo ais siap! " laung PA mamak lalu pergi menuju ke dapur.

"Tak sangka pulak kita order menu serentak. " kata Ammar

"Ha'a kan,Tak sangka awak suka char kuey teow goreng.. sama macam saya"ujar Farisya.. Sebenarnya Farisya sudah sedia tahu tentang apa jua yang disukai oleh Ammar. Dia sengaja buat-buat tak tahu.

"Ouh, Yeke?.. Saya Sebenarnya tak suka sangat makan makanan ni dulu tapi.. Masa saya tingkatan 4 saya dipaksa oleh seorang budak perempuan. Tak sangka pulak sedap dan makanan ni dah jadi salah satu favorite saya. "

Farisya terkesima. 'Budak perempuan? Dia lah budak perempuan itu, dia yang paksa Ammar supaya memakan makanan itu kerana dulu ammar tidak begitu menggemarinya. oleh itu, dia masak char kuey teow goreng untuk ammar semata-mata untuk membuat ammar menggemari makanan yang juga dia gemari!. adakah Ammar masih ingat tentang aku? Tapi sekarang ini aku sudah berubah 100% dari yang dulu. jadi macam mana Ammar nak ingat? '

"Budak perempuan?. Siapa budak perempuan tu? "

"Saya tak berapa ingat la budak perempuan tu... cuma saya ingat nama dia.. urmm.. eisya? sya?... entah lah.. "Ammar mengerutkan dahinya. Memang dia tidak mengingati budak itu kerana dia telah lama tidak bertemu dengannya kerana selepas tamat tingkatan lima dia terus berpindah ke kuala lumpur.

'Kau tak ingat aku, Ammar? Sampai begitu sekali kau nak hapuskan ingatan kau dan aku. Kalau begitu ,kau mesti tak ingat pahit, duka dan derita yang pernah aku alami! kau memang kejam, Ammar, terlampau kejam! '

Ammar memandang ke arah Farisya yang kelihatan termenung. 'Dia ni dah kenapa asyik termenung je? '

"Awak tak apa-apa ke? Awak ada masalah? kalau awak sudi.. share la dekat saya.. Mana tau saya boleh tolong. "

"Tak... tak ada apa-apa... mungkin terlalu fikirkan tentang assignment yang banyak tu" Farisya berbohong. 'kau nak tolong aku Ammar? Nak tolong macam mana kalau masalah itu berpunca daripada kau! '


"Ouh... biasa lah tu..assignment banyak sekarang ini.. Tak apa lah.. insyaallah kalau awak bersabar sikit pasti hasil kerja awak akan tip top "

"Hrmm.. okey"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience