Bab 9

Romance Series 5336

Bab 9

Farisya tercari-cari kelibat Ammar. Dari kafe hingga perpustakaan dia gigih mencarinya. Tapi hampa, dia tidak dapat mengesan Ammar. Dia perlu menjalankan misinya. Misi... Misi memikat hati Ammar!.

Keluar dari perpustakaan,Farisya turun menggunakan tangga ke lobi. Kaki menapak ke laman utama bangunan fakulti .

Buntu dengan pencariannya yang tiada jawapan, Akhirnya Farisya terduduk lemah di atas kerusi batu berbentuk huruf L. Dia terduduk sambil mengeluh panjang. Ammar, mana awak?

"Awak cari orang ke? "Sapaan suara itu buat Farisya terkejut. Pantas dia memandang ke depan. Lelaki itu berdiri sambil tersenyum. Ehh.. macam pernah nampak..

Lelaki itu duduk disebelah Farisya.

"Hai, jumpa lagi. "

"Err... hai"

"Ehh... takkan dah tak kenal kut? tak ingat muka hensem saya ni? " Soalnya apabila melihat wajah gadis itu kelihatan terpinga-pinga.

Farisya memandang ke arah lelaki itu. Ehh... Mamat ni perasan la pulak.

"Ermm.. maaf saya tak kenal. Kita pernah jumpa ke? "

"Pernah jumpa la.. Ingat tak? minggu lepas awak terjatuh atas trek masa awak lari haritu saya tolong awak. ingat tak? "

Farisya menayang muka pelik.
"Maaf, saya tak berapa pasti dengan apa yang awak cakap ni. Mungkin awak salah orang kut? "

Tengku Shahran terkedu. Salah orang? Masakan tersalah?. Minah ni saja-saja buat tak kenal ke?.

"Takkanlah saya salah orang. Memang saya yang bantu awak waktu awak jatuh haritu tapi saya masih cam dan hafal muka awak walaupun tak sampai 10 minit kita berbual"...Tengku Shahran memandang gadis dihadapannya..

Sudah lama dia perhatikan tindak tanduk gadis ini tadi..Betul la gadis ini yang aku cari sejak seminggu lalu..

Takkan aku salah orang kut. Gadis ini yang telah membuatkan hati aku yang dulu macam ais batu terus menjadi cair setelah melihat senyuman cantik dari gadis itu. Dalam makna yang lain, Tengku Shahran telah jatuh cinta !.

"Oh... Mungkin pelanduk dua serupa kut "Farisya cuba menafikannya. Dia tak nak lelaki itu mengecam dirinya. Nanti tak pasal-pasal masalah lain akan muncul.

Tengku Shahran tak puas hati. Ini memang saja buat buat lupa atau aku yang memang tersalah orang?.

"Cuba awak ingat betul-betul, dalam minggu lepas.... pukul 4.30 petang dekat Tasik taman anis, masa tu awak... "Tengku Sharan cuba memberi maklumat bagi membantu ingatan Farisya.

"Oh, oh.... saya ingat! saya ingat! " Cepat-cepat Farisya memotong. Kang panjang pula informasi yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Baik mengaku jelah.

Tengku Shahran senyum. "Ha ingat pun!."

"Maaf sebab lupa.. Btw terima kasih atas pertolongan awak" Farisya tersenyum.

Alamak, ini yang aku lemah ni. Senyuman dia tu cantiklah. Nak luruh jantung hatiku ini. desis hati Tengku Shahran.

"Btw, Boleh kita berkenalan?. Nama saya Tengku Shahran. Dari Fakulti undang-undang. "

Senyum lagi! Tahulah senyuman awak tu manis cik adik oi..

"Saya Nur Farisya, Dari fakulti seni bina "

"Seni bina? Wow. bakal Arkitek la ni? "

"Lebih kurang la... "

"Jadi, apa kata kalau saya belanja awak makan tengahari ni? "

Belanja makan?Nak buat apa? Tiba-tiba nak belanja makan pulak!

"Don't worry. Saya cuma nak belanja awak makan tengahari sebagai tanda persahabatan ,Tak salahkan kalau saya nak belanja makan? "

Farisya hanya tersenyum. Beberapa saat mencari idea. Kan baru saja cakap? Tak pasal-pasal nak belanja makan. Kalau terserempak dengan Ammar macam mana?

"Maaflah, Saya tak boleh sebab lepas ni ada kelas"Bohong Farisya. Harap mamat ni percaya la.

"Hrmm.. okey la kalau macam tu"

"Tapi.. Esok bolehkan? please "Ahh.. sudah. Baru sahaja Farisya mahu menarik nafas lega tapi masalah lain pula muncul. Mamat ni tak nak putus asa pulak.

Farisya senyum"Insyaallah. Tpi saya tak janji sebab jadual saya minggu ni padat sangat"

Tengku Shahran melihat seperti memikirkan sesuatu. "Hrmm.. okeyla.. Janji ada masa makan dengan awak. Sekejap pun jadi la"

"Insyaallah.. Urm... Saya dah nak pergi ni.. Nanti terlambat pula masuk kelas. "Baik aku cau dulu sebelum mamat ni melalut tak tentu pasal.

"Ouh... okey lupa pula awak ada kelas. Btw, Saya sngat berterima kasih kepada awak sebab sudi jadi kawan saya"

Farisya hanya senyum. 'Aku ada cakap nak jadi kawan dia ke? Aku rasa tak ada. '

"Tak ada masalah. Okey la, Saya minta diri dulu. Assalamualaikum "Tanpa menunggu Tengku Shahran menjawap salam dia terus berlalu pergi.

"Waalaikumsalam "Jawap Tengku shahran perlahan. Dari pemerhatian dia tadi, dia tahu bahawa Farisya tidak selesa dengannya. Farisya seolah-olah mahu melarikan diri daripada berbual dengannya.

Tengku Shahran senyum. Tak apa awak, Saya akan berusaha untuk memikat hati awak sampai awak jadi milik saya yang sah!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience