Bab 6

Romance Series 5336

Bab 6

"Sampai bila kau nak dia menderita? Kau tak nampak ke yang dia tengah bahagia tu? Kau tak patut rosakkan hubungan diorang. Berdosa kau tau tak?! "

"Tak, Aku tak rasa diorang bahagia. Kau tak kenal ke perempuan tu? Dia tu pisau cukur kau tau tak?!. Aku tak nak Ammar hidup dengan perempuan tu! Aku tahu memang aku nak hancurkan hidup Ammar tapi bukan dengan adanya pihak ketiga! Aku nak hancurkan hidup dia selepas rancangan aku berhasil! "

"Ye, Aku tahu tu, Tapi macam mana kau nak jauhkan Aliya daripada Ammar. Aku nampak Ammar tu sayang gila dekat perempuan tu"

Farisya tersenyum sinis "Aku ada rancangan untuk halau perempuan tu Dari hidup Ammar. Just wait and see"

Nik Afiqah memandang Farisya sambil mengangkat bahu.

"Apa-apa lah. Asalkan ia tidak memudaratkan diri kau. Keadaan kau tak stabil lagi. Kau jangan ingat yang kau dah sihat walafiat! " Pesan Afiqah kepada Farisya

"Ye, Aku tahu.. Tapi Kau kena ingat! Kalau apa-apa pun yang terjadi kepada aku. Kau jangan beritahu Baba aku. Faham?! "

"Ye, Aku faham, kau ni memang la. "Afiqah menggeleng kepala .Bukan dia tidak tahu yang Tan Sri Rudzlin tu macam mana. Kalau dia dapat tahu apa-apa yang berlaku dekat anak tunggalnya itu pasti dia akan buat apa sahaja asalkan anaknya tidak disakiti.

Farisya walaupun dia anak orang-orang berada, dia tak tunjukkan kekayaannya kepada orang dan dia juga tidak sombong. Disebabkan itu lah, Nik Afiqah senang apabila berkawan dengannya. Orangnya yang suka tersenyum, ketawa, suka buat orang sekeliling dia bahagia ..Tapi Disebabkan oleh Cinta Farisya sudah tidak tahu apa ertinya senyum dan ketawa. Farisya sekarang bukan lagi farisya yang dulu. Hati nya bagai ditikam oleh pisau yang sngat tajam. Disebabkan oleh Lelaki itu juga Farisya lupa apa ertinya cinta. Cinta akan membuatkan seseorang itu jadi gila! Gila kepada cinta orang yang tak pernah hargai apa yang dia pernah lakukan. Cinta itu tidak lagi dapat disembuhkan melainkan Lelaki itu mendapat balasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience