Bab 8

Romance Series 5336

Bab 8

Angin petang bertiup perlahan menghasilkan udara yang menggesel halus wajahnya. Peluh yang membasahi mukanya dibiarkan. Farisya belari tanpa henti sejak 20 minit lalu diatas trek pejalan kaki disekeliling kawasan tasik taman Anis. Walaupun nafasnya semakin menderu, dia masih berlari tanpa mengendahkan masa berlalu. Dia hanya ingin berlari sepantas mungkin.

Sejak Pertemuan Farisya dan Ammar, Farisya dihantui oleh kenangan yang lalu. Kenangan yang dia anggap sebagai mimpi ngeri yang tidak ingin diingati. Kehidupan masa lalunya yang amat Farisya benci untuk diputarkan kembali sebagai memori. Semakin kuat dia berusaha untuk melupakan lelaki bernama Ammar itu, Semakin kuat perasaannya buat Ammar.
Langkahnya yang cuba meninggalkan kenangan itu semakin laju namun Farisya semakin penat. Bukan penat kerana berlari tetapi penat kerana cinta!.

Mana mungkin dia dapat melupakan Ammar sedangkan Ammar ialah cinta pertamanya!.Ammar yang mengajarnya erti percintaan dan mainan perasaan. Ammar yang mencorakkan kehidupan remajanya menjadi berwarna-warni. Lelaki itu juga yang mengajarnya erti tabah, berani dan berdiri dengan pendirian yang kukuj walaupun bersendirian. Kisah hidupnya juga terasa baru sahaja bermula hanya selepas menemui Ammar.


Farisya bahagia. Kali pertama dia terasa mahu menyanyangi seorang lelaki yang begitu istimewa di hatinya. Apa sahaja halangan yang datang, dia tetap mahu mempertahankan hubungan itu.

Namun, akhirnya, Ammar juga yang membawa Farisya ke dunia yang penuh kelukaan. Kebahagiaan yang selama ini ditunjukkan pada Farisya hilang dan pudar sekelip mata. Harta dan kedudukan menjadi lurah dalam memisahkan mereka. Kehidupan mereka yang telah dirancangkan untuk masa hadapan punah tanpa bekas.


Lebih 3 tahun selepas Farisya ditinggalkan tanpa kata putus, dia menjadi perempuan yang berbeza. Farisya lebih gemar bersendirian.


"Cik tak apa-apa? "Suara yang tersa dekat dengannya. Farisya kembali ke dunia sebenar. Tidak disangka dia sudah bertiarap di atas tanah tanpa dia sedari. Lelaki itu membantu Farisya untuk bangunn.

"Auch! "Terasa telapak tangannya kebas. Kulit telapak tangannya juga tercalar dan berdarah.


"Saya rasa cik perlu ke klinik. Takut nanti luka cik tu masuk kuman."Lelaki yang membantu farisya tadi memandangnya dengan riak risau.

Farisya senyum


"Tak apa. Thanks. "Ucapnya sambil melangkah perlahan menuju ke laluan tempat letak kereta. Farisya tertawa kecil sendiri. Dia mencari penyakit dan menyusahkan diri sendiri. Dia ketawa namun matanya bergenang air mata. Sukar untuk mentafsirkan apa yang dia rasakan ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience