Bab 3

Romance Series 5336

Bab 3

Seorang gadis berjalan Ayu ke arah dua pemuda yang sedang rancak berbual.
gadis itu tersenyum sinis.

'mission start! '

"Asalamualaikum "

Perbualan dua pemuda itu terhenti apabila disapa suara halus memberi salam.

'Mak ai bidadari mana yang sesat ni? cantik gila! ' desis hati Hakimi. Terpaku melihat wajah gadis itu cantik bak bidadari.

Begitu juga Ammar. Memang dia tidak menafikan bahawa gadis itu mempunyai rupa paras yang menawan. semua lelaki yang melihat wajah gadis ini pasti akan goyah imannya.

Gadis itu tersenyum manis. "Tumpang tanya, tempat pendaftaran pelajar baru dekat mana, yea? "

"Err.... ohhh... pelajar baru ye? Tempat pendaftaran dekat tingkat atas ...."ujar Hakimi sambil menujukan jalan kepada gadis itu..

"Ouh... Terima kasih ye. " ujar gadis itu lalu menghadiahkan senyuman yang menawan. lalu meminta diri melangkah ke tempat pendaftaran.

'Masyaallah, cantiknya' Hakimi sudah ternganga melihat gadis itu.

"Woi!, tutup mulut kau tuh, " Ammar tersenyum kecil melihat sahabatnya. '

"Cantik gila weyh, aku rasa aku dah falling in love dekat dia lah" ucap Hakimi sambil memegang dadanya.

"Ehh, kau ni cepat betul falling in love. kau jangan nak rosakkan dia weyh, aku nampak dia macam budak baik je. "

"Aku takkan buat macam tu la, tapi kali ni aku nak serious."

"Apa-apa je la kau ni. "

'Tapi kenapa wajah gadis tadi nampak familiar je? Dan kenapa dengan jantung aku ni? dari tadi berdegup kencang. 'desis Ammar.

"woi!, kau jadi tak nak pergi makan ni? "Hakimi menepuk bahu sahabatnya yang termenung jauh itu.

"Hah?... err.. jom lah.. aku dah lapar ni" ujar Ammar sambil mengusap perutnya.

*******

"Mission complete " ujar Farisya perlahan sambil tersenyum sinis.

"well, Ammar ,kau mesti terpegun melihat kecantikan aku sekarang kan? " farisya ketawa kecil.

'Permainan baru nak bermula, ammar, baru je nak bermula. selepas aku berjaya dapatkan kau. aku akan pastikan hidup kau akan menderita! '

just wait and see...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience