BAB 5

Romance Completed 8594

“Boleh Aku temankan kau ?” satu suara menyapanya dan dikalihkan pandangannya pada arah suara itu, tanpa sedar dia serta merta gugup melihat sosok tubuh lelaki yang menyapanya itu.

“Afghan? Kau pun ada di sini? Sorang?”’tanya Scha lagi.

“Amboi, tanya tu kalahkan polis, tanya satu-satu boleh tak. Kecilnya dunia, tak sangka kita berjumpa di sini.” Ujar Afghan.

“Eloklah kau ada di sini, sekurang-kurangnya ada juga teman Aku bersembang.” Jawab Scha.

“’Mana Enot?”

“Jangan tanya pasal Ayka boleh tak? Dia tengah busy berdating dengan kekasihnya. Dia lagi suka aku duduk kat rumah daripada sakit hati tengok pasangan kekasih kat luar,” jawab Scha selamba.

”Ha Ha Ha sampai hati Ayka tinggalkan kau . Oh Ya Imeran masih di India ke? Tak pulang cuti semester ke? Sebab kalau tak silap sekarang ni cuti semester, aku tahu pun sebab ada sorang member aku study di U yang sama dengan Imran.” Jelas Afghan lagi.

“Éntahlah, dah lama aku tak dengar khabar dari Imran, nak call pun susah.”

“Mungkin tengh sibuk, fikir yang baik-baik sahaja.”

“Aku dah biasa dah dengan positive thinking tu, kalau ikutkan hati dah lama aku putuskan hubungan ini namun kau mahu belajar untuk setia.” Jawab Scha sambil menyisip kopi.

“Alangkah bertuahnya dapat kekasih setia seperti kau Scha, tapi just nak tanya je, bagaimana kalau Imran curang dengan kau?”

“Aku tak tahu, aku langsung tak terfikirkan hal itu. Kenapa? Kenapa semua orang asyik mempersoalkan kesetiaan Imran sedangkan aku ni kekasihnya ini tenang sahaja?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience