BAB 6

Romance Completed 8594

“Bukan nak menuduh atau ragu-ragu cuma bertanya dan dalam masa yang sama mahu berwaspada sahaja, kalau ada apa-apa boleh saja kita serang India.” Gurauan Afghan itu disambut dengan hilai tawa Scha.

“Sibuk pasal aku, kau pula kenapa tak berkapel lagi?” tanya Scha.

“Aku sedang tunggu seseorang.” Balas Afghan ringkas.

“Wah, siapakah gerangan gadis bertuah itu? Dia ada kat mana sampai kau setia menunggu?”

“Dia tak ke mana-mana hanya sahaja aku masih menunggu saat yang tepat untuk datang kepadanya.” Jawab Afghan sambil matanya merenung Scha.

Scha perasan yang Afghan sedang memandangnya. Sengaja dia memandang ke bahagian luar café bagi mengurangkan kejanggalan anatara mereka.

Namun saat itu juga pandangan matanya terlekat pada sesosokntubuh yang cukup dikenalinya sedang duduk di sudut luar café itu.

Scha berjalan ke arah orang itu dengan penuh rasa ingin tahu tanpa mengendahkan Afghan yang berkali-kali memanggil namanya. Afghan juga membisu seribu bahasa saat dia sudah tahu ke mana arah tujuan Scha.

“Im.. Imran? Kau ada di sini? Tapi macam mana kau ada di sini? Bila balik dan kenapa tak bagitau aku yang kau balik?” tanya Scha pada lelaki yang selama ini dirindukannya.

“Scha ! Kau pun ada di sini?” Imran juga kaget dan panik melihat Scha sedang berdiri di hadapannya.

“Se..Sebenarnya aku..”

“’Hai baby dah lama tunggu I?” sapa seorang gadis yang datang menyapa Imran tanpa melihat ke arah Scha yang sedang memerhatikan tingkahnya mencium pipi Imrann. Dan sosok tubuh itu juga cukup buat jantung Scha jatuh.

“Enot? Siapa yang kau panggil baby ni? Tanya Scha serentak membuat Ayka terkejut, pucat bagai tiada darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience