BAB 2

Romance Completed 8594

Scha mulai membuka bekas makanan bekala tengahari yang disiapkan oleh bibiknya dan mulai menyantap hidangan tersebut di belakang kampus bersama sahabat baiknya itu.

Namun Ayka nyata khusyuk membaca buku hinggatak sedar Scga sedang bercakap dengannya. Lantas Scha menarik tocangan rambut Ayka membuatkan Ayka menjerit terkejut.

“Sakitlah gila! Kau kalau dah naik gila jangan ajak aku jadi gila sekali boleh tak?” balas Ayka protes.

“Siapa suruh kau, dah tahu kawan sedang susah hati kau boleh selamba buat tak kisah pula,”

“Apa yang kau nak risaukan sangat ni? Imran tu ke India nak study jadi doktor, jadi dah tentu dia busy dengan kuliah dan assignment kat sana bukan nak tengok wayang atau menari tarian Hindustan dengan Priyanka Chopra! Standardlah kalau dia sibuk tak dapat di call dan sebagainya.” Jelas Ayka berapi-api menyokong Imran.

“Okay fine, ada benar juga kata-kata kau tu. AKu cuma risau dan rasa tak sedap hati dia dah enam bulan kat sana tapi baru dua kali berutus khabar dengan aku, normal ke macam tu nak-nak lagi di zaman teknologi makin canggih ni? Ada keterbasan ke dalam berkomunikasi? Atau memang jadualnya sangat ketat di sana?” Scha menatap kosong skrin handphonenya lalu mengehla nafas panjang merenung gunung ganang yang menghijau di hadapannya dan di sebelah kanan pula kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola keranjang, ya satu panorama normal baginya.

“Scha watch out!” Tak semena-mena ada suara dari jauh memberi teriakan amaran pada Scha.

DEBUKKK!

Sebiji bola keranjang mengena tepat ke kepala Scha menyebabkan Scha terjelepuk jatuh ke atas rumput dan turut menyebabkan buku Ayka beterbangan semata-mata mahu menepis bola dari mengena kepala kawannya itu namun sayangnya, bola itu terlalu laju dan kencang untuk ditepis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience