BAB 1

Romance Completed 8594

“Aku tak tahu bagaimana cara akku nak handle dan terima berita ini, tapi kenapa harus pergi jauh Im? Kenapa tak kerja kat KL ni je?“ tanya Scha memprotes akan keputusan kekasihnya itu dengan esak tangis lembut.

Namun masih tak ada jawapan yang diberikan padanya, kerana saat ini dia menungtut penjelasan dari Imran namun lelaki itu hanya memberi dia pelukan hangat yang meluruhkan sedikit kegusarannya.

“Kau tahu jawapannya Scha!” jawab Imran saat dia melihat Scha sudah mulai tenang.

“Itu adalah cita-citaku sejak aku di sekolah menengah lagi, apa kau sanggup melihat aku melepaskan impian dan peluang ini?” Scha mati akal, ya dia juga tahu sukar untuk dia membolak-balikkan keputusan nekad Imran itu namun hatinya diruntun sedih dengan keputusan Imran itu.

Apa tidaknya, kekasih yang baru setahun dikasihinya itu akan meneruskan pengajiannya di India.

Meskipun dia tahu itu adalah impian Imran namun hatinya berat untuk melepaskan kekasihnya yang menemaninya hampir saban hati itu pergi. Pada siapa dia mahu melepas rindu terpisah puluhan ribu batu?

Bayu laut menghembus lembut wajah merekka. Wajah yang mempamerkan simpulan kesedihan dek menanti perpisahan yang bila-nbila masa saja akan berlangsung.

Senja itu dibiarkan berlabuh tanpa kata, hanya sesekali esak tangis Scha kedengaran bersama lagu angin laut.

“Not, dah kenapa Imran ni susah nak call? Mesej pun tak delivered, kau rasa dia okay ke kat sana?” luah Scha sedikit panik pada kawan baiknya Enot, yng sedang menelaah buku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience