BAB 4

Romance Completed 8594

“Kau gila kea pa Not? Mana aku nak simpan Imran? Suka hati je kau cakap macam tu,” marah Scha sekadar mahu menutup perasaannya dari terus dihidu oleh Ayka yang pakar dalam membaca hatinya.

“Break up sajalah dengan Imran, habis cerita! Kau tak payah pening-pening dan boleh berbahagia di sini!”

“Amboi sedap mulut je kau nak suruh aku putus dengan Imran ya! Aku ini pecinta yang setia okay, sekadar muka kacak macam Thor ni apalah sangat, tak meluakkan kesetiaan aku pun pada Imran.”

“Bagaimana kalau Imran pula yang tak setia?” soal Ayka cuba mengintograsi.

“No komen,” jawab Scha. Dia memang sedia tahu bahawa Ayka sedari dulu lagi tidak menyukai dan bersetuju dia bercinta dengan Imran.

Menurutnya Imran adalah lelaki mata keranjang. Tapi sebaliknya dia merasakan Imran adalah kekasih yang setia bahkan kekal setia pada dirinya meskipun mereka bercinta jarak jauh.

Malam minggu di kotaraya Kuala Lumpur sama seperti kota lain, sorotan lampu neon dan LED menjadikan kota ini terang benderang ditambah lagi dengan keriuhan warga kota yang sepertinya tak pernah tidur..

Segelas kopi Mocha dan scone masih setia menemani malam minggu Scha yang lebih gemar menghabiskan masanya di café klasik bersetuhan perancis ini.

Dia merasa kebosanan duduk sendirian di rumah namun tidak juga mahu berpeleseran tanpa tujuan dikerumuni lautan manusia di ibu kota ini lantas dia mengambil keputusan untuk lepak dii Cfe favoritnya itu.

Namun alangkah bengkak hatinya melihat pemandangan café yang selalunya sunyi sepi dari pelanggan, saat ini dipenuhi oleh pelanggan yang rata-ratanya pasangan kekasih.

Ya dia silap percaturan kerana hari ini malam minggu pasti ramai yang memilih untuk berkencan di luar. Naak tak nak dia memilih untuk duduk di satu sudut café itu, sedikit jauh daripada lambakan merpati dua sejoli di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience