part 1

Action Completed 2278

TAJUK: UMPAN   

Lari!! Itu yang dapat aku buat setakat ini! Lari! Jangan pandang belakang kalau kau tak mahu ditangkap! Lari selagi mampu!

'Seorang remaja yang diikat ditemui mati ditikam'

        Aku masih tidak tahu apa yang terjadi. Aku blur dengan situasi yang berlaku di hadapan mata aku sekarang. Dalam sekelip mata aku dituduh membunuh seseorang yang aku anggap sebagai musuh aku. Tapi walaupun aku dengan mangsa adalah musuh alami, tetapi aku masih waras dan tahu hukuman dalam kes 302 kanun keseksaan ini. Aku masih waras!

"Aryan! Serah diri kalau kau nak selamat! Aryan!!"

               *****************

"Hoi Aryan!! Cepatlah sambung main! Yang kau duduk kat hujung tu kenapa? Cepatlah!" Ajak seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari dalam kawasan futsal.

Aryan hanya tersenyum dan bangun. Dia melompat beberapa kali dan mengikuti kawannya untuk menyambung perlawanan futsal mereka.

(Selepas beberapa jam)

"Penat gila! Tak sangka kita menang lawan dengan budak senior tu. Bagus kan team kita!" Seseorang yang memakai topi seronok dengan gelaran juara.

"Semuanya sebab Aryan ada. Kita bertuah ada Aryan jaguh bola sekolah kita. Dan aku rasa Aryan boleh pergi jauh kalau dia berusaha lebih. Kan Aryan? Sama macam masa sekolah dulu. Aryan! Kau dengar tak? Kau tengok kawan baik kau ni Ikmal. Boleh termenung pula dia!" Ikmal berpaling kearah kawannya.

"Aryan segan bila kau cakap macam tu. Kau tengok muka dia dah merah. Kau pun Den suka usik si Aryan tu. Mentang-mentang Aryan tak dapat nak balas balik apa yang kau cakapkan. Kau jangan nak buli Aryan. Aku ada kat sini untuk lindungi Aryan. Hariss pun ada! Kau jangan buli adik kesayangan aku ni tau!" balas Ikmal tegas.

"Betul! Betul! Betul!" Hariss menyampuk. Aryan hanya gelak tanpa suara.

"Hei geng! Apa kata hujung minggu ni kita keluar? Sebab aku dapat balik rumah minggu ni. Jadi aku nak luangkan masa dengan korang. Nak tak?" Aryan menggunakan bahasa isyarat untuk menjelaskan apa yang ingin dikatakan.

        Dia yang mengalami kemalangan ngeri yang mengorbankan ayahnya dua tahun lepas, menghadapi kesukaran bercakap sehinggalah suaranya hilang keseluruhannya. Aryan yang juga mengalami kemurungan melampau atau depression sejak kemalangan, hanya mampu senyum dan termenung.

               Tetapi kehadiran Den, Ikmal dan Hariss sedikit sebanyak membantunya menjalani hidup sebagai manusia biasa. Mereka berkawan sejak tingkatan 1 di sekolah menengah yang mereka belajar. Aryan merasakan hidupnya lengkap dengan hanya mempunyai sahabat suka duka bersama walaupun sedikit.

"Aryan, kau taknak borak dengan kami ke? Jangan macam tu. Kau kena ingat kami ni abang-abang kau yang akan jaga kau sampailah kau temui jodoh yang kau inginkan. Segala rahsia kau kami simpan tau. Boraklah lebih sikit." ajak Den tenang.

"Abang? Ok! Korang abang aku! Dan aku bersyukur ada abang-abang yang bergaya macam korang. Sekarang ni aku lapar. Belanja aku makan abang-abangku yang aku hormati?" Aryan menyatakan niatnya dengan gerakan tangan sambil tersengih.

"Padan muka kau Den. Usik Aryan lagi. Kau kena belanja kami makan. Kami lapar." Kata Ikmal juga tersengih dan menaikkan sebelah kening.

"Apa pula? Aku belanja Aryan je. Bukan korang! Nak makan bayar sendirilah!" balas Den sambil cuba melarikan diri.

"Nak makan ke? Aku nak ABC oi! Dah tengahari ni! Pekena ABC Best juga! Den! Belanja aku!" Hariss mengejar Ikmal dan Den dari belakang.

"Taknaklah aku! Kau bayar sendiri! Aku belanja Aryan je." rajuk Den.

"Hoi! Kedekut kau ni! Kau nak kemana? Jangan lari!" Ikmal dan Hariss berlari mengejar Den dari belakang. Aryan hanya ketawa. Suasana yang menggembirakan merawat hatinya sedikit demi sedikit.

                 *****************
"Aryan, Aryan ok tak belajar kat sana dengan kawan-kawan Aryan tu? Mak tengok Aryan termenung je. Aryan ada masalah ke?" Ibu kepada Aryan cuba mencari permasalahan anak tunggalnya.

"Tak ada apa-apa mak. Aryan rasa lain macam sejak kebelakangan ni. Rasa macam ada sesuatu yang akan jadi. Entahlah mak. Aryan tak dapat nak fikir masalah apa yang akan timbul nanti. Risau dalam hati ni." Begitulah maksud gerak gaya tangan Aryan. Ibunya hanya senyum.

"Aryan, kalau Aryan rasa tak senang hati, berzikirlah. Kalau rasa risau dan bimbang, banyakkan membaca al-Quran. Semua tu dapat melegakan dan menenangkan hati Aryan. Dengar cakap mak ni ya nak?" nasihat Ibu Aryan dengan lembut. Aryan senyum.

               -******************

"Maaf ganggu makcik. Saya ingat nak ajak Aryan balik ke Pahang dengan kami minggu depan sempena cuti semester kami. Boleh ke makcik?" Tanya Ikmal sebagai wakil kawan-kawan yang lain.

"Masuklah dulu. Takkan nak borak depan pintu. Masuk dulu. Aryan pergi kampus sekejap ada hal sikit. Kejap lagi baliklah." ajak mak Aryan mesra.

"Baik makcik. Saya masuk ya." Ikmal duduk di kerusi. Mereka menunggu Aryan pulang ke rumah.

(Di kampus)

"Oi budak bisu!! Nak kemana tu? Cuti-cuti pun datang kolej ke? Mesti ada benda penting nak kena buat kan. Biasalah. Nama pun budak genius kesayangan dekan!" salah seorang senior menyapa Aryan dengan kurang sopan. Aryan yang berjalan balik keluar kampus hanya mendiamkan diri.

"Eh! Dia buat pekak pulalah Kamal. Ke dia memang pekak? Pekak dan bisu! Sesuai sangat!" tambah seorang lagi senior tahun kedua.

        Aryan tidak ambil peduli dan terus berjalan. Kedengaran derapan kaki seseorang dari belakang. Satu tarikan kolar baju menyebabkan Aryan hampir terjatuh.

"Hei budak! Kau pekak ke? Tak dengar apa yang aku cakap? Kurang ajar kau kan!" Kamal datang dan cuba menumbuk Aryan. Seseorang menyekat tindakan Kamal.

"Tak elok gaduh-gaduh kat sini. Ini tempat kita belajar. Dah! Balik semua!" Seorang remaja yang merupakan ketua pelajar muncul disitu.

"Kau jangan nak campur urusan aku Zahid! Kau tak ada kuasa atas aku! Berambuslah!" tengking Kamal dan menolak badan Zahid kasar.

"Sudahlah tu Kamal. Jangan rosakkan reputasi kau hanya sebab budak oku ni. Jom balik!" ajak kawan baik Kamal iaitu Henry.

"Suka hati akulah! Kau tu pengawal peribadi aku je Henry! Jangan cuba arahkan aku! Dan kau Zahid! Kau jangan ingat kau ni anak kesayangan mak kau, kau boleh buat apa sahaja kat kampus ni. Daddy aku pun ada share dalam kampus ni. Bukan setakat mak kau je!" Kamal berlalu dalam keadaan tidak puas hati.

"Jangan ambil hati dengan kelakuan Kamal tu. Dia masih tak matang. Saya Zahid. Senior awak. Kalau tak silap, awaklah yang akan tinggal di asrama kampus ni kan? Saya yang akan jadi teman bilik awak nanti. Selamat berkenalan." Kenal Zahid mesra. Aryan menyambut salam Zahid.

        Dia menulis sesuatu di dalam buku nota kecil yang selalu dibawanya.

"Saya bertuah dapat jumpa ketua pelajar kampus ni. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Minggu hadapan saya akan tinggal di asrama. Jadi saya harap abang dapat beri tunjuk ajar pada saya nanti." Zahid tersenyum apabila membaca apa yang ditulis oleh Aryan.

"In shaa Allah saya akan berkerjasama dengan awak nanti. Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa bagitahu saya ok. Assalamulaikum."

           Zahid pergi meninggalkan Aryan seorang diri. Aryan pergi ke parking motor dan menaiki motosikal lama ayahnya. Semasa dia membelok ke arah jalan tar, satu kereta hampir melanggar Aryan sebelum Aryan sempat mengelak. Aryan tersungkur bersama-sama motosikalnya di atas jalan tar sebelah sana.

(Tamat bab 1)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience