Part 2

Action Completed 2278

Aryan tergamam seketika apabila melihat dirinya rebah ke tanah.

"Padan muka kau budak oku!! Cari pasal lagi dengan aku!" Kamal ketawa besar bersama kawan-kawannya yang menaiki kereta hilux miliknya.

Kamal mengundur dan melanggar motosikal Aryan. Tayar bengkok dan pancit.

"Motor ayah! Kurang ajar mereka ni! Harta ayah aku!" Aryan cuba mengejar tetapi kereta sememangnya lagi laju dari berjalan kaki.

          Aryan menolak motosikal ayahnya hingga kerumah yang jaraknya hampir 10 kilometer. Sekali-sekala dia berhenti untuk melepaskan lelah. Sebuah kereta berhenti ketika Aryan sedang duduk di bahu jalan.

"Aku dah Agak! Kau mesti ada masalah. Macammana motor kau boleh jadi macam ni? Kau kena langgar ke?" Ikmal turun dari kereta dan memeriksa sahabat baiknya itu.
Aryan menggunakan bahasa isyarat untuk menerangkan apa yang terjadi.

            Ikmal, Den dan Hariss belajar mengenai bahasa isyarat bersama-sama Aryan dua tahun lepas. Jadi mereka tahu apa yang ditunjukkan oleh Aryan melalui gerak tangannya.

"Sial betul! Berani dia buli kau! Mentang-mentang aku tak ada, senang-senang dia kerjakan kau! Nanti si Kamal tu! Esok aku balas balik apa yang dah dia buat kat kau!" marah Ikmal.

"Janganlah. Aku taknak ada masalah. Biarlah dia. Tak teruk pun." larang Aryan.

"Itulah kau! Baik hati sangat. Baik hati kau ni nanti akan susahkan diri kau tahu tak?" Luah Ikmal tidak puas hati.

Mereka bergerak ke bengkel motor yang berdekatan. Ikmal menggunakan duitnya untuk membaiki motosikal Aryan. Mereka berdua senasib. Tiada ayah sejak sekolah. Namun kehidupan mereka masih beruntung kerana adanya ibu masing-masing.

               *******************

"Tak sangka pula Aryan boleh demam. Ingatkan dia boleh ikut kami pergi Pahang. Tak apalah Aryan. Kau rehat secukupnya. Nanti kalau ada berita apa-apa, aku call kau ok." Ikmal, Den dan Hariss melawat Aryan yang kurang sihat di kediamannya. Aryan mengambil telefon Ikmal dan melakukan sesuatu.

"Kalau kau susah nak cari nombor aku atau nombor mak kau, kau tekan nombor 1 lama-lama. Automatik talian bersambung ke nombor telefon aku. Nombor dua, aku set nombor mak kau. Senang!" Aryan mengaktifkan dail cepat di telefon bimbit Ikmal.

"Oh! Macam tu ke? Okay, terima kasih bro! Kami bertolak dululah. Nanti lambat pula sampai Pahang." Ikmal bersalaman dengan ibu Aryan.

"Bro, jaga diri kau baik-baik. Aku harap kau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu. Dan ingat! 

                 ******************

(Pukul  2 petang)

"Dah dua jam kita bertolak dari rumah, rasa rindu pula kat Aryan. Apakah ni cinta?" Tiba-tiba sahaja Ikmal meluahkan rasa hatinya.

"Choi! Tak sangka kawan baik aku seorang kunyit! Ada hati pada kaum sejenis. Janganlah jadi Sajat bro. Cukuplah seorang je Sajat dalam Malaysia ni. Seram mak!" Den yang memandu menggelikan dirinya.

"Tapi kan... Aryan tu memang jambulah. Kau ingat tak masa sekolah tingkatan 1 dulu? Dia pernah masuk pertandingan sketsa kita jadi puteri? Mati-mati aku ingat dia perempuan. Tapi dia lelaki! Jambu tahap bahaya dia tu." tambah Hariss yang berada di seat belakang. Semua gelak besar.

"Dan aku ingat ada seorang tu kan nak luah perasaan pada Aryan masa tu. Akhirnya kecewa tahap gaban selepas tahu Aryan lelaki. Kan Den kan?" Ikmal menyiku lengan Den yang merah muka.

"Aku tak tahulah. Kalau aku tahu dia jantan, aku takkan cakap macam tu. Lupakan semua peristiwa seram tu boleh tak?" Marah Den.

"Den kunyit! Den kunyit!" Hariss berseloroh di belakang. Den cuba membalas.

"Korang ni kan! Bahayalah bergurau masa tengah memandu. Den! Fokus!" Marah Ikmal.

Dia menekan nombor 1 di telefon bimbitnya. Talian disambungkan. Aryan mengangkatnya walaupun dia tahu dia tidak dapat bersuara.

"Telefon kekasih hatinyalah tu.." usik Den pula. Hariss bermain rambut Ikmal.

"Sibuklah korang! Aryan, kami dah nak sampai ni. Ada kat highway lagi. Saja call kau. Kau jangan fikir yang bukan-bukan pula. Kau jaga diri tau! Kalaulah kau terserempak dengan si budak berlagak tu, kau belasah dia!" Ajar Ikmal bersungguh.

"Betul tu Aryan! Belasah dia! Jangan ingat kau tak boleh cakap, senang-senang dia nak buli kau. Belasah dia!!" tambah Den pula.

Ikmal membuka loud speaker. Kedengaran suara radio yang memutarkan lagu 'pesan' nyanyian Irfan Haris.

"Kau kena belajar rajin-rajin. Jadi pelajar cemerlang kat kampus kita. Banggakan aku bro! Kau dah janji dengan kami semasa kita mula-mula masuk universiti. Jangan mungkir janji." Sampuk Hariss Agak menjerit.

Mereka tahu walaupun tiada suara dari Aryan, persahabatan yang mereka jalani membuatkan mereka dapat merasai apa yang Aryan rasakan.

"Aryan! Ikmal rindukan kau!" jerit Den sambil gelak macam setan.

"Oi! Siotlah kau!" Ikmal melepaskan tamparan di bahu Den.

         Tiba-tiba, sebuah kereta dari arah bertentangan cuba memotong lori tapi tidak lepas dan meluru laju kearah kereta Ikmal. Den yang panik cuba mengawal keadaan tetapi gagal. Kereta mereka terjunam di bawah bukit di kawasan kelapa sawit itu. Kereta berguling hingga berhenti sendiri.

            Den tersangkut di dalam kereta. Ikmal tercampak keluar dari tingkap yang pecah. Manakala Hariss berlumuran darah di bahagian belakang. Dia yang tidak memakai tali pinggang keselamatan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

       Ikmal yang masih bergerak masih memegang erat telefon bimbitnya. Talian masih bersambung.

"Aryan... Hidup dengan baik.. Doakan kami... Ingat kami... Maafkan aku Aryan.. Kirim salam... kat mak kau..." Dua kalimah syahadah kedengaran.

Talian tamat.

                  ***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience