part 4

Action Completed 2278

         *****************

           Aryan terbangun selepas mendengar bilik ditutup kuat. Mimpi yang dialaminya hilang dalam sekelip mata. Dapat dilihat melalui jelingan kelibat seseorang. Nampaknya Zahid telah balik dan keluar semula. Aryan bangun dan ingin makan tengahari di kantin asrama. Kakinya terpijak sesuatu. Dia mengambilnya.

"Macam rantai leher. Siap ada loket. Siapa punya ni? Takkan Zahid pakai rantai leher? Tapi siapa lagi yang ada dalam bilik ni selain aku? Mungkin dia tercicir." Aryan meletakkan rantai itu di atas meja tulis Zahid.

Ada kesan merah sedikit di bahagian loket. Tanpa sengaja, Aryan membuka loket berkenaan. Gambar seorang wanita dan seorang anak kecil kelihatan gembira bersama.

"Siapa ni? Mak dengan adik dia ke?" bisik hati Aryan. Dia cepat-cepat menutupnya semula.

(Keesokan harinya)

          Aryan berjalan kearah cafetaria seorang diri. Tiba-tiba, Kamal menariknya ke belakang tembok. Kamal merenungnya tajam.

"Aku nak kau keluar dari asrama secepat yang mungkin kalau kau nak selamat! Kau dengar amaran aku ni! Keluar dari asrama tu!" arah Kamal.

"Kalau aku taknak, kau nak buat apa? Belasah aku?" Aryan menunjukkan nota di tangan.

"Aku bagitahu kau semua ni untuk kebaikan kau! Kalau kau nak tahu perkara sebenar, datang ke dewan futsal lama di bangunan lama universiti ni! Malam ni pukul 10 malam. Seorang diri faham! Dan amaran keras dari aku! Jangan rapat dengan Zahid!" Kamal bergerak pergi meninggalkan Aryan yang confuse.

           Aryan dapat melihat wajah serius Kamal dan kejujuran melalui matanya buat pertama kali. Mungkin Kamal berkata benar. Lagipun dia datang sendiri tanpa bodyguardnya. Aryan kelu.

(Pukul 10 malam)

        Aryan hampir terlena di meja tulisnya. Dia lupa mengenai perjumpaannya dengan Kamal. Zahid masih tidak balik dari petang. Ketika Aryan lalu di meja Zahid, dia melihat sesuatu. Satu kad nama yang tertera nama Dato Ruslan bin Hashim. Di tulis sedikit di belakang kad ayat yang Agak pelik.

Datin Rosiah=done!
Kamal=coming soon

           Aryan teringat arahan Kamal. Mengantuknya hilang serta-merta. Dia memakai sweater dan keluar dari bilik dan kolej hang tuah. Dia mencari dewan futsal lama yang dikatakan oleh Kamal.

Akhirnya dia menemuinya. Dia bersembunyi dan mengendap di sebalik tingkap. Ada seseorang sedang diikat di kerusi. Dan muncul seseorang berpakaian gelap sedang memegang pisau panjang dan tajam. Mereka seperti berbual mengenai sesuatu. Keadaan agak kabur kerana mereka hanya bertemankan lampu suluh.

        Dengan tidak semena-mena, lelaki berselubung menikam dada mangsanya. Aryan terperanjat dan panik. Dapat didengar jeritan dari mangsa yang diikat tadi. Aryan berpeluh dengan badan terketar-ketar. Selepas seketika, Aryan menjenguk kembali. Lelaki berselubung tadi menghilangkan diri. Aryan masuk ke dalam dewan dengan berhati-hati.

          Dia memusingkan kerusi. Wajahnya berubah apabila melihat Kamal diikat di kerusi dengan pisau yang masih terpacak di dada. Aryan cuba mencabut pisau itu dan melemparnya jauh. Dia menekan kuat luka tikaman dan cuba membalutnya dengan sweater. Ikatan Kamal dilepaskan. Aryan mendukung Kamal di belakang dan keluar dari situ.

"Ya Allah! Selamatkanlah dia Ya Allah!" bisik hati Aryan gusar.

              Ketika dia membelok ke kiri, satu sinaran dari lampu suluh dihala ke muka. Seorang sekuriti muncul dan terkejut melihat Aryan dan Kamal. Aryan meletakkan Kamal di lantai. Dia cuba menulis sesuatu. Darah di tangan dilap laju. Belum sempat menulis, satu hentakan kuat di belakang kepala membuatkan Aryan pitam seketika.

"Betul Pakcik Harun! Dia yang bunuh Kamal! Saya nampak dia ada dengan Kamal tadi. Lepas tu, dia keluar dari dewan bawa Kamal. Dia nak hapuskan bukti ni!" Suara salah seorang konco Kamal dapat didengar oleh Aryan yang berusaha bangun.

"Kalau macam tu, kita bawa dia ke Balai! Biar pihak polis buat kerja." Kata pakcik Harun dan cuba menangkap Aryan. Aryan meronta cuba melepaskan pegangan kuat mereka berdua. Aryan berlari keluar dari kampus dan masuk ke dalam hutan simpan universiti.

             Dia berlari tanpa arah. Dari jauh Aryan dapat mendengar siren ambulan dan polis ke arah universiti. Siapa yang menelefon? Sedangkan hanya dia yang tahu kejadian sebenar. Aryan masih berlari. Dia menyeluk saku dan menghantar mesej pada seseorang. Tapak kaki seseorang berlari mengikutinya dari belakang.

(Selepas dua jam. Di universiti)

"Dah lama kita cari ni inspektor Said. Tapi suspek masih tak dapat ditemui." Salah seorang konstabel melaporkan situasi pada polis berpangkat Inspektor.

"Kita cari lagi. Saya rasa dia ada sekitar sini. Ada banyak benda saya nak tanya dia. Pastikan dia hidup faham?" Arah inspektor Said sambil melihat ke arah hutan. Inspektor Said meneliti handfone di tangan.

"Saya nak pembunuh anak saya ditangkap hidup atau mati! Kalau hidup bawa kesini! Biar saya yang tembak dia sampai mati!" tengking seorang lelaki berusia 50-an yang muncul di belakang inspektor  Said.

"Negara ni ada undang-undang. Dan undang-undang dah bagi green light pada saya sebagai polis untuk melakukan kerja tangkap menangkap ni. Jadi saya harap Dato Ruslan bawa bersabar. Lagipun Kamal belum disahkan meninggal dunia. Doakan yang baik-baik Dato Ruslan." balas inspektor Said perlahan.

"Itu saya tak peduli! Kalau dalam masa setengah jam, korang tak jumpa pembunuh tu lagi, aku sendiri yang akan ambil tindakan! Kalau taknak pangkat tu hilang inspektor Said, jangan masuk campur!" ugut Dato Ruslan dan pergi dari situ. Inspektor Said hanya senyum sinis.

"Berlagaknya Dato tu. Bukan ke dia suspek utama pembunuhan Datin Rosiah? Dia masih tak sedar ke segala pergerakan dia telah dipantau?" tanya anak buah inspektor Said.

"Memang pun. Tapi disebabkan tak ada bukti kukuh, kita terpaksa lepaskan dia. Lagipun orang berpangkat besar seperti dia tak akan dapat bezakan antara baik dan buruk. Dia fikir harta boleh bawa ke kubur. Dia tak tahu kain kapan kita sama putih, rumah baru kita nanti sama taraf dan pangkat tiada nilai disana nanti." Nasihat Inspektor Said tenang.

(Di sudut lain)

           Aryan bersembunyi di sebalik pokok. Polis yang mencari melepasi tempat persembunyiannya. Aryan menarik nafas lega.

"Macammana keadaan Kamal? Aku harap dia tak mati. Hanya dia yang dapat buktikan aku tak salah." Itu yang diharapkan oleh Aryan. 

          Aryan kembali berlari. Dia semakin penat. Penat melayan karenah manusia sekeliling. Penat dari dikejar bayang-bayang penjenayah. Dan penat digelar pembunuh.

(tamat bab 4)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience