part 3

Action Completed 2278

(Bab 2)

            Aryan berada di tanah perkuburan islam di Selangor. Berdekatan dengan tempat tinggalnya. Ramai orang yang datang untuk menyempurnakan perkebumian kawan-kawannya yang terkorban dalam kemalangan semalam. Aryan hanya diam seribu bahasa. Tiada reaksi atau emosi yang ditunjukkan. Hanya pandangan mata yang kosong.

"Sabar Aryan. Berdoalah semoga roh mereka dirahmati oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang Allah kasihi. In shaa Allah.. Banyakkan bersabar.. Mereka budak-budak baik." pujuk ibu Aryan yang juga berada di sana. Aryan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Korang pergi awal sangat. Kenapa mungkir janji dengan aku? Kata nak jadi pelajar cemerlang sama-sama. Kenapa tinggalkan aku sorang-sorang?" Bisik hati Aryan. Air mata menitik di pipi walaupun cuba ditahan.

"Sabar nak... Sabar.." Pujuk ibunya lagi sambil menepuk perlahan belakangnya. Akhirnya mereka bertiga selamat dikebumikan.

           *****************
(Di asrama universiti)

(Selepas sebulan)

"Sekarang awak dah menjadi ahli rasmi kolej hang tuah. Jadi apa sahaja yang awak tak tahu tanya saya ok. Saya harap awak boleh teruskan hidup disini. Jangan fikir yang bukan-bukan. Tenangkan diri." Ujar Zahid ringkas menyambut ahli asrama yang terbaru. Aryan hanya mengangguk dan senyum.

            Dia mengemas barang-barangnya di dalam almari yang ada di situ. Dia dengan Zahid adalah penghuni di salah sebuah bilik di kolej Hang tuah iaitu asrama yang telah lama dibina.

           Aryan keluar dari bilik selepas siap mengemas. Dia menuju ke arah bilik mandi. Dia perlu ada di bilik kuliah pukul 2 petang nanti. Sebelum itu dia menghantar mesej kepada seseorang.

(Di bilik kuliah)

         Tamat sudah pelajaran hari ini. Aryan menarik nafas lega. Dia berharap hidupnya akan aman seperti sekarang.

"Hoi budak bisu!!" Nampaknya Aryan berharap terlalu awal. Aryan berjalan tanpa mempedulikan siapa yang memanggil.

"Hoi budak! Alamak! Dia buat sombong pula! Pekak ke?" Kamal muncul di hadapan Aryan bersama konco-konconya.

Mereka tersengih macam kerang busuk. Aryan cuba melintas mereka tetapi mereka menyekat. Mengacah dan bermain dengan Aryan.

        Ketika Aryan menolak badan Kamal, tiba-tiba sahaja Kamal mencengkam kolar baju Aryan.

"Jangan nak tunjuk pandai kat sini budak! Aku yang akan jadi pelajar terkenal di universiti ini! Bukan kau! Kau hanya layak berada di kampung orang miskin. Takpun duduk dengan kawan-kawan kau yang dah mati tu! Kau layak berada dalam tu! Ha! Ha! Ha!" Satu tumbukan padu hinggap di pipi Kamal. Kamal tersembam ke lantai dengan mulut berdarah.

"Woooo!! Kamal dikalahkan oleh budak junior oi! Malu oooo!" salah seorang pelajar merakam kejadian tadi. Semakin ramai pelajar yang berkumpul di sekitar mereka.

          Aryan hanya berdiri dengan wajah bengis. Pantang dia jika kawan-kawannya yang telah meninggal dunia diperlekehkan.

"Tunggu apa lagi? Belasahlah dia!" Jerit Kamal. Konco-konco Kamal menyerbu. Aryan sudah bersedia.

         Dia mengukuh kakinya. Dia cuba mengingati ilmu silat yang dipelajari semasa sekolah dahulu. Seorang demi seorang menyerangnya di kaki lima kampus. Aryan hanya bertahan tanpa berlawan kerana musuhnya tidak tahu bertempur secara fizikal, Jadi bertahan hanya jalan yang terbaik.

             Semasa Kamal ingin menyerang, seseorang menahan gerakannya. Zahid memegang tangan Kamal.

"Kau jangan nak masuk campur urusan akulah!" Kamal cuba menumbuk Zahid tetapi Zahid sempat mengilas tangannya ke belakang.

"Aku ketua pelajar. Menjadi tanggungjawab aku untuk mengelakkan sebarang kegiatan negatif di dalam universiti ni. Dan kau salah satu unsur negatifnya." Zahid menyuarakan pendapatnya.

         Kamal meronta melepaskan diri. Dia meninggalkan Zahid dengan wajah malu kerana dikalahkan.

"Maafkan saya. Tak sangka perkara macam ni boleh berlaku pada awak. Awak ok tak? Ada sebarang kecederaan?" tanya Zahid ingin tahu. Aryan hanya menggeleng.

         Kesemua pelajar pergi dari situ. Mereka menyambung aktiviti mereka seperti biasa.

(Di kolej hang tuah)

"Mana Abang Zahid pergi ya? Setiap malam dia keluar. Balik lambat. Nak kata ada kelas, takkan sampai pukul 12 tengah malam? Nak kata ada perjumpaan, perjumpaan dengan siapa? Musykil aku." Aryan mulai bermonolog. Dia melihat jam di dinding. Tepat pukul 12 tengah malam. Aryan menutup lampu dan tidur.

          Selepas seketika, pintu bilik dibuka perlahan. Aryan mendiamkan diri. Dia mendengar percakapan Zahid dengan seseorang.

"Ya pa. Dah siap. Semua dah settle. Taklah! Zahid ada dalam bilik ni. Semua dah tidur. Budak tu takkan dengar. Sudahlah tu pa! Zahid penatlah. Kejap! Sekarang Zahid dah buat kerja yang papa suruh. Jadi komisennya kena lebih ok. Selamat malam." talian diputuskan. Zahid meletakkan telefon pintarnya di meja. Aryan menyambung tidur yang terganggu.

(Selepas dua hari)

"Oi! Kau ada dengar cerita tak yang mak Kamal ditemui mati dibunuh di dalam bilik rumah banglo dia dua hari lepas? Pihak polis syak ini kegiatan perompak. Tapi tak pasti sebab ada sumber mengatakan barangan yang berharga masih ada. Kesian kan dekat Kamal tu. Dahlah anak tunggal. Ayah dah tak ada. Sekarang mak dia pula meninggal dengan cara yang macam tu." Kedengaran makcik bawang bergosip. Aryan cuba mendengar dengan teliti.

"Tapi ayah tiri dia kan ada. Abang tiri dia pun ada kan. Si Zahid tu! Takkan dia nak biarkan adik tiri dia sedih kan. Even diorang bukan adik beradik kandung." Tambah lagi seorang gadis bertahi lalat di mulut.

"Kau tak tahu ke? Mereka berdua tu macam anjing dengan kucing sejak mak bapak diorang kahwin. Sampai sekarang kot! Dah 5 tahun hubungan tu masih tegang. Sebab mereka tak merestui perkahwinan mak ayah mereka. Sekarang ni aku tak tahu siapa yang akan ambil alih syarikat mak Kamal, Datin Rosiah tu." Mereka membawang lagi sensasi.

          Aryan semakin pelik dan hairan. Dia menulis didalam notanya sebarang kemungkinan yang berlaku di sekelilingnya sekarang ini. Aryan balik ke bilik dan berehat. Lama kelamaan dia tertidur.

                 ******************

"Tak sangka boleh jumpa budak mahasiswa ni kat sini. Apa khabar bro? Sihat tak? Termenung je aku tengok. Cuba senyum sikit. Baru manis." Muncul Ikmal di belakang Aryan. Aryan berada di sebuah sungai di sekitar hutan yang Agak asing baginya.

"Korang ni mesti datang time aku tidur. Aku rindu korang la. Nak peluk boleh?" minta Aryan sambil mendepakan tangan. Ikmal ingin memeluk Aryan tetapi ditarik pantas oleh Hariss.

"Oi oi! Tak boleh peluk sejantina dengan niat yang songsang. Berdosa tau. Tuhan marah! Dilaknat Allah!" Kata Hariss tegas.

"Biarlah diorang Hariss. Diorang dah lama tak jumpa. Diorang nak lepaskan rindu." bantah Den yang duduk di sebelah kiri Aryan.

"Bengonglah kau Hariss! Dia ni adik aku! Salah ke aku nak berkasih sayang dengan dia? Memang dah lama kita tak jumpa dia. Dan mana kau tahu niat hati aku songsang?! Apalah!" marah Ikmal.

"Dahlah tu! Korang ni kalau jumpa mesti gaduh. Tak boleh ke berbaik depan aku? Aku keliru dengan hidup aku sekarang tau tak? Dengan gangguan dari Kamal. Dengan tingkahlaku Zahid yang pelik. Aku dapat rasakan ada something yang akan terjadi." Luah Aryan yang boleh bertutur. Alam mimpi. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

"Kau tak payah nak fikirkan sangatlah. Benda ni tak ada kaitan dengan kau. Jadi kau jangan cuba-cuba  nak kaitkan diri kau dalam masalah mereka. Kau hidup dengan cara kau. Aku taknak kau ada masalah di kemudian hari. Faham?" Nasihat Ikmal panjang lebar. Den dann Hariss hanya mengangguk setuju.

"Aku tahu. Tapi... Aku tak boleh lupa pasal kejadian ni. Dan pasal kematian mak pada Kamal. Aku rasa macam seorang detektif yang ditugaskan khas untuk menyiasat kes ini. Aku nak tahu apa yang terjadi sebenarnya." tambah Aryan lagi.

"Kau ni kan! Memang degil! Kalau kami dah cakap tak payah masuk campur, maknanya jangan masuk campur! Sebagai abang-abang kau yang dihormati, ingatlah pesanan kami ni. Jangan libatkan diri dengan Kamal dan Zahid." Ikmal menegaskan dengan lebih jelas.

                    ******************

(Tamat bab 3)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience