BAB 20

Romance Series 13403

-BAB19-"Aku janji aku akan jaga kau dan sayang kau sehingga jasadku tidak lagi bernyawa...itu janji aku.."Aryan memejamkan matanya lalu terlena dibuai mimpi..-BAB19-
-----------------------------------------
Hari ini telah mulanya hari persekolahan setelah seminggu bercuti sekolah.Hubungan suami isteri antara Aryan dan Aku takda apa yang berbeza.Hubungan kami bukanlah seperti suami isteri yang lain,tapi lebih kepada hubungan biasa.Sebelum ni,takda apa yang menarik berlaku.Cuma sikap Aryan agak sedikit pelik tidak seperti Aryan yang selamani aku kenal mula mula dulu,Dingin,garang dan kasar terhadapku.Sekarang dia agak nampak bertanggungjawab dan mengambil berat terhadapku.Sentiasa mengingattiku untuk makan ubat mengikut masa yang telah ditetapkan oleh Doktor pribadiku yang dibayar oleh Daddy.Mungkin dia taknak peristiwa aku pengsan selama 3hari dulu terjadi lagi.Sehingga sekarang aku dan Aryan tidur sekatil,tapi bukan bermakna dia sudah 'Sentuh' diriku,aku masih gadis suci ok!.Lagipon kami kahwin atas dasar paksaan bukan cinta.Selama tinggal sebilik dengan Aryan,aku terpaksa pura pura tidur bila waktu menjelang tengah malam dimana masa yang sesuai untuk semua manusia berehat.tapi bukan bagiku kerana menghidap insomnia yang membuat aku sukar untuk tidur malam.Jadi terpaksalah aku pura pura tidur sehingga Aryan dah tidur barulah aku bangun dan berjalan keluar ke balkoni lalu bermain gitar sambil bernyanyi melayan perasaan.Sehingga menjelang pagi dimana Aryan sudah bangun dan aku berpura pura sudah bangun dari tidur.

Aku yang berada di balkoni mula bangun dari dudukku dan berjalan masuk kedalam bila melihat jam di telefon milikku sudah menunjukkan pukul 6:00pagi.

Aryan masih lena di atas tilam.Selalunya dia akan bangun dalam pukul 6:20pagi untuk mandi,jadi akulah yang pertama mandi dulu.

Setelah siap mengenakan uniform sekolah didalam tandas aku terus melangkah keluar dari tandas dan terlihat Aryan sedang duduk di sofa dengan mata tertutup kerana masih mengantuk.

Aku berjalan menghampirinya. "Aryan bangun..aku dah siap,gi lah mandi.."Kejutku sambil menggoyang perlahan bahu Aryan.

Aryan sedar lalu menguap dengan mulut yang terbukak luas.Baru sahaja aku ingin berlalu pergi tiba tiba tanganku di pegang oleh Aryan.Aku memandang ke arah wajahnya dengan dahi berkerut.

"Teman aku mandi.."Kata Aryan dengan suara serak serak basah kerana baru bangun.

Wajahku berubah terkejut mendengar ajakkannya.Mamai ke Aryan ni..

"Boleh?~~"Tanya Aryan dengan suara manja sambil senyuman manis terukir di wajahnya.

Mimpi basah ke apa mamatni.

"Boleh..."Balasku.

Mata Aryan terbukak luas dengan wajah teruja.

"Boleh...Boleh belah!."Sambungku lalu menepis tangan Aryan yang memegang tanganku.

Wajah Aryan terus bertukar masam. "Alah...boleh lah...Plsssss.."Rayu Aryan sambil memasang wajah comel.Comel ke?

"Kau demam erk?..tiba tiba jadi manja ni?..Mana Aryan yang dingin?".Aku memandang pelik terhadap Aryan.Tiba tiba je Manja mamatni.

"Dengan kau je aku manja.Kalau kau nak tengok Aryan yang dingin tunggu dekat sekolah ye Sayang..."Kata Aryan sambil mengenyit sebelah matanya.

Meremang terus bulu romaku mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Aryan.Suami aku ke ni?

Aku menggelengkan kepala melihat perubahan Aryan yang manja.

"Asal kau geleng kepala?"Tanya Aryan.

"Aku rasa kau kena gi hospital ni.."Kataku sambil menepuk perlahan bahu Aryan sebelum berlalu pergi.

"Kau taknak teman aku mandi ke?"Tanya Aryan bila melihat Aisy tengah melangkah ingin keluar dari bilik.

"Kalau kau taknak aku sumbat kepala kau dalam jamban bebaik kau gi mandi sekarang.Aku tunggu kat bawah."Kataku dengan malas sebelum keluar dari bilik mengabaikan Aryan yang sudah masam mencuka.

Aryan mencebik lalu berjalan untuk masuk ke tandas.Susah betul dapat bini yang 'Savage'ni.

SKIP!

Sesampai di kawasan sekolah,macam biasa semua pelajar yang berada di situ memandang ke arahku dengan wajah tak puas hati.Macam mana tak pandang aku macam nak makan dah kalau dorang nampak aku naik kereta dan berjalan dengan Aryan a.k.a lelaki paling hot dekat sekolah ni.Aryan pon satu memang nak aku mampus cepat kot kena pukul dengan fans fans dia.Boleh pulak dia buat tak dengar aku suruh berhenti dekat tempat jauh dari sekolah supaya budak budak sekolah ni tak nampak,tapi dia degil nak jugak berhenti dalam sekolah.Cari pasal betul!.Nasib kau suami aku,kalau tak dah ku swing dia ke England.

Aku memandang wajah Aryan yang sedang berjalan di sebelahku.Wajahnya dan sikapnya yang tenang tadi ketika dirumah berubah menjadi Aryan yang lama iaitu dingin dan garang bila masuk kedalam kawasan sekolah.Ini yang aku nak!.

Aryan yang menyedari dirinya diperhatikan lantas menoleh memandang ke arah gadis disebelahnya itu. "Asal pandang aku camtu,aku tahu aku hensem.."

Aku menjulingkan mata ke atas.Perasan!.Tapi betulah hensem.Eh!?.

"Kau tak kesah ke jalan sebelah aku?"Tanyaku pada Aryan bila aku merasa tak selesa bila semua pelajar melihat ke arah kami.

"Kenapa kau tanya?Kau tak selesa ke?".Tanya Aryan tanpa membalas soalan Aisy.

"Sikit lah.Lagi pon kau kan budak hot,anak pengetua dan ketua pengawas yang digilai oleh semua pelajar perempuan kat sini.Kau jalan dengan aku nanti dorang fikir kita ada apa apa pulak,tak pasal pasal hilang fans kau.."Kataku sambil tergelak kecil dengan kata kata sendiri.

"Termasuk kau?"Tanya Aryan.

"Ha?..termasuk aku?maksud kau?"Aku memandang pelik ke arah Aryan.Mata mata yang memandang aku tak puas hati aku abaikan.

"Gilakan aku.Kau cakap semua pelajar perempuan dekat sini tergila gilakan aku,jadi kau pon suka aku lah kan?"Kata Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Nasiblah kau suami aku,kalau tak dah aku humban kasut sekolahni kat mulut kau Aryan.."Kataku perlahan sambil membuat wajah malas nak layan.

"Apa kau cakap?Aku tak dengarlah?"Tanya Aryan dengan dahi berkerut bila dia rasa Aisy seperti sedang mengatakan sesuatu tapi tidak berapa jelas di pendengarannya.

"Takda pape lah Tengku Aryan a.k.a Ketua Pengawas yang kuat perasan..."Kataku sambil mengukirkan senyuman keterpaksaan.

"Dan..a.k.a suami Tengku Aisy Diandra.."Kata Aryan sambil tersenyum nakal.

Aku diam malas nak layan.

"Haha..ok lah ok lah..jangan buat lah muka.Lagi pon aku tak kesah orang nak cakap apa pasal aku jalan dengan kau.Sebab dengan cara ni dorang tahu yang Tengku Aisy Diandra milik Tengku Aryan.Dan hati Tengku Aryan hanya untuk Tengku Aisy Diandra."Kata Aryan dengan serius.Ye dia serius mencintai gadis yang sudah menjadi isterinya yang sah.Baginya Aisy tidak seperti gadis lain yang tergila gilakan dia.Bukanya Dia tak tahu yang gadis gadis itu suka dia atas sebab dia kaya dan mempunyai paras wajah yang hensem.Cuba kalau dia takda semua tu mesti gadis gadis itu tak pandang langsung padanya.Baginya Aisy seorang gadis yang lain dari yang lain,bukan mata duitan atau seorang yang memilih rupa.Kalau tak mesti dia dah mintak macam macam kat dia.Tapi sejak dah mendirikan rumah tangga dengan dia,Aisy tak pernah mintak duit atau pon mintak apa apa barang mahal dekatnya.Itu yang membuat dia ingin memiliki gadis itu,kerana dia yakin Aisy seorang yang ikhlas dan tulus mencintai seseorang.Walaupun dia tahu Aisy belum mempunyai apa apa perasaan dengannya,dia tetap akan berusaha membukak hati gadis itu agar menerima dirinya.

Aku hanya diam tidak tahu ingin berkata apa.Baru sahaja kami ingin menaikki tangga untuk naik ke kelas tiba tiba terdengar ada suara memanggil nama Aryan dari jauh.Kami menoleh ke arah suara itu dan terlihat dua figura lelaki yang cukup aku kenali,siapa lagi kalau bukan mereka yang membuat kecoh di majlis pernikahan aku dan Aryan haritu.

"Yo!Aryan!..Camne malam pertama best tak??"Roy memasang wajah nakalnya,suka betul dia mengusik sahabat karibnya itu.Paan yang berada di sebelah hanya menggelengkan kepala,sudah masak dengan mulut longkang si Roy ni.Camne lah aku boleh kawan dengan si beruk Roy ni.

Aryan memandang tajam ke arah Roy sambil memberi isyarat agar Roy menjaga mulut.Dia takut kalau ada pelajar lain memasang telinga.

"Ehem!."Aku berdehem kuat.

Ketiga tiga jejaka itu memandang ke arahku.

"Aku naik kelas dulu.Bye."Kataku.Baru sahaja aku ingin melangkahkan kaki pergi terhenti bila Aryan memanggilku.

"Tolong bawakkan beg aku masuk kelas.Aku,Roy and Paan nak kena pergi bilik pengawas jap ada meeting."Aryan menghulurkan begnya sambil mengukirkan senyuman manis.

Untuk pengetahuan korang Roy and Paan jugak merupakan pengawas sekolah.Paan aku boleh terima lagi dia jadi pengawas,tapi yang si Roy ni macam mana boleh lulus jadi pengawas.Dia punya pelik macam kau tengok beruk datang sekolah pakai baju pengawas.Ha macamtu lah perasaan pelik aku terhadap lelaki bernama Roy.

Aku mengambil beg yang dihulur oleh Aryan tadi.Nasib suami aku!.

"Uish!..jarang nampak kau senyum camni,selalu muka ketat je 24jam."Usik Roy lagi sambil menyiku perlahan lengan Aryan."Btw..alang alangtu bawakkan beg aku sekali hehe.."Kata Roy tanpa segan silu sambil menghulurkan begnya di depan wajah Aisy.

Aku menjulingkan mata ke atas.Baru sahaja aku ingin ambil beg Roy,Aryan dengan pantas merampas beg Roy dan mencampak ke atas lantai.

"Kau tak payah nak mempergunakan isteri aku ye.Dia bukan hamba kau.."Kata Aryan dingin sambil memandang tajam ke arah Roy.

Roy mencebik."Halah..kedekut..".Paan hanya menahan ketawa dari meletus melihat wajah cemberut Roy.Ingat comel lah tu.

Aryan hanya menjeling Roy.Lalu memandang ke arah isterinya dengan wajah bertukar tenang.Dengan orang lain bukan main dingin dengan bini terus manis je wajah. "Kau gi lah naik kelas.Takpe kan aku tinggalkan kau sekejap?"Tanya Aryan risau kalau ada pelajar pelajar yang cuba untuk membuli isterinya lagi.

"Huh!..aku bukan budak kecik."Kataku dingin.Lalu berlalu pergi meninggalkan tiga orang jejaka itu.

"Dingin seyh bini kau.."Kata Roy sambil menepuk begnya yang dicampak oleh Aryan ke atas lantai tadi.

"Sesuai lahtu.Mr Dingin dan Mrs Dingin."Kata Paan selamber sambil kedua dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket dengan gaya cool.Jarang nak dengar si Paan ni bercakap.

Aryan hanya menjeling tajam ke arah Paan.Paan ni jarang cakap,tapi sekali dia bercakap menusuk ke hati beb!.Roy di sebelah sudah tergelak kecil mendengar kata kata sahabatnya itu.Betul jugak kata Paan!.
**********
Masuk sahaja aku didalam kelas 5Alfa yang sudah riuh dipagi hari,semua mata memandang ke arahku,suasana yang tadinya bising bertukar senyap.Semua pelajar perempuan yang berada di dalam kelas 5Alfa memandangku tidak puas hati.Eva yang sedang duduk di tempatnya hanya menjeling tajam ke arahku.Aduh!..musibah apa lagi nak sampai.Lain pulak dengan pelajar lelaki,mereka memandangku sambil tersenyum manis.Ada jugak yang menegurku,tanya sihat ke?dah makan ke?Morning...".Huh!.

Aku hanya mengabaikan pandangan tidak puas hati mereka terhadapku.Aku berjalan dengan selamber seperti tidak ada apa apa yang terjadi.Aku meletakkan beg Aryan di tempatnya sebelum melabuhkan punggungku keatas kerusi.

"Baru masuk sekolah ni,dah berani jalan dengan Aryan,siap tolong bawakkan beg lagi.."Kata salah seorang pelajar perempuan sambil memasang wajah meluat.

"Apa yang dia racunkan si Aryan pon taktahu sampai si Aryan tu dok berkepit dengan dia..dasar perempuan murahan.."

Eva tersenyum sinis.Padan muka!.Kau tak layak untuk Aryan!.Huh!.

Aku mengeluh,hanya mampu memekakkan telinga.

"Eleh..korang Jealous sebab korang tak cantik cam Aisy.Kalau aku jadi Aryan pon aku jatuh cinta dengan Aisy tu.Nasib aku sedar diri je.Tak macam korang perasan yang Aryan tu akan suka korang.Jangan mimpilah weyh!HAHAHAHA.."Kata seorang pelajar lelaki.

Semua pelajar lelaki didalam kelas 5Alfa ketawa terbahak bahak mendengar kata kata lelaki tadi.

Aku hanya diam,malas nak layan.Baru sahaja aku ingin meletakkan kepala di atas meja tiba tiba ada seorang pelajar perempuan berlari masuk kedalam kelas.Dah macam kena kejar hantu dah aku tengok.

"WEY KORANG!..AKU ADA BERITA TERGEMPAR NI!.."Kata pelajar perempuan tu dengan kalutnya.Takleh ilek arh!.

"Asal wey?"Tanya seorang perempuanni dengan wajah beria ingin tahu.

Untuk pengetahuan korang,aku masih taktahu lagi nama budak budak kelas aku.Dan aku malas nak amik tahu wkwkwkw.Yang aku kenal Eva si Diva tu,Aryan cam biasa lah suamikan,Roy dan Paan.Itu je yang aku tahu nama yang lain aku malas nak tanya.Sebab tu sampai sekarang takda kawan huhu.

"KORANG NAK TAHU TAK DEE MASUK SINI BALIK!..DIA SAMA KELAS DENGAN KITA NANTI!"

Satu kelas terkejut kecuali Aisy yang memandang dengan wajah bingung.Macam budak baru lahir tak tahu apa apa.

"Ma..maksud kau..Teng..Tengku Dee Ariana ke!????"Tanya salah seorang pelajar perempuan dengan wajah tidak percaya.

"Yelah siapa lagi!."

DUM!

"Oi!mak kau cik bawang!"Aku terus menutup mulutku dengan tangan bila aku tak sengaja melatah bila mendengar hentakkan kuat dari meja berlakang.

Semua mata tertumpu padaku.Aku hanya tersengih sahaja sambil menggaru kepala yang tidak gatal."Maaf hehe..".Malunya!.

Mereka hanya diam lalu mengalihkan pandangan ke arah Eva yang sudah berdiri dengan wajah tidak puas hati.

"Tak guna betul!..dah berambus sibuk nak masuk sini balik apasal!.Huh!."Marah Eva tidak puas hati sebelum berlalu pergi keluar kelas dengan api yang telah membara di dalam hati.

Semua pelajar 5Alfa hanya diam dan melihat kepergian Eva yang keluar kelas bergitu sahaja.Padahal lagi berapa minit Cikgu nak masuk.

Selepas beberapa saat diam,pelajar 5Alfa kembali bising.

"Srs arh dia masuk sini balik?."

"Betul betul cari mati lah dia tu."

"Habislah lepasni berlaku perang dunia ketiga."

"Korang rasa Aryan tahu tak dia masuk sini?".

"Kalau tahu mati perempuan tu."

"Tak percaya doh Tengku Dee Ariana berani masuk sini balik"

Aku yang berada di tempat ku hanya memasang telinga mendengar gosip yang di bicarakan oleh mereka dari jauh.

Tengku Dee Ariana?.Asal nama tu macam...HA!..TAKKAN LAH!!!.JADI YANG AKU NAMPAK DIA KAT SEKOLAH NI HARITU SEBAB DIA DAFTAR PINDAH SINI KE!..TAK MUNGKIN!.Aku mengepal penumbukku dengan hati yang terasa bagai sudah berapi.Tapi apa kena mengena Aryan dengan betina tu?.Argh!!!..serabut!.

Tiba tiba pintu kelas dibukak kasar.Nasib tak tercabut pintu tu.Semua yang berada di dalam kelas turut terkejut.Terlihat Aryan,Roy dan Paan melangkah masuk ke dalam kelas.

"NAK BERGOSIP LEPAS SEKOLAH!!"Tengking Aryan dengan wajah bengang.

Aku terus menelan air liur melihat perubahan sikap Aryan yang garang itu.

Aryan duduk di tempatnya iaitu disebelahku.Dari riak wajahnya seperti ada masalah dan seperti sedang menahan geram.

Roy dan Paan pulak duduk di tempat mereka iaitu di hadapan kami.

"Kau ok?"Tanyaku.Aku memberanikan diri menegur Aryan yang sedang duduk dengan wajah dingin.

Aryah memusingkan kepalanya memandang ke arahku.Wajah yang tadi dingin dan bengis berubah tenang.

Entah kenapa hati Aryan yang tadi tengah panas berubah tenang bila melihat wajah manis isterinya iaitu Aisy.

"Aku ok..Nanti rehat nak makan apa?Aku gi beli."Tanya Aryan sambil tersenyum manis.Hilang terus wajah dinginnya.Hanya dengan Aisy sahaja dia mampu memberi senyuman manis,dengan orang lain jangan harap!.

"Pape je.."Balasku.

"Ok.Nanti lepas makan,terus makan ubat k."Pesan Aryan sambil mengusap lembut kepala Aisy.

Eva yang berada di meja sebelah dan berlakang dari meja Aryan dan Aisy hanya membuat muka menyampah sahaja.

Aku hanya diam dan menganggukkan kepala.

"Dah tido.."Aryan terus menolak lembut kepalaku di atas meja.

Aku hanya akur dan meletakkan kepala di atas meja untuk tido.Macam tahu tahu je aku tak tido malam..

Baru sahaja aku ingin terlelap,tiba tiba satu suara menyapa ke dalam kelas.Iaitu suara Cikgu Naziha.Bukan sekarang masa Cikgu Nuraini ke,waktu sejarah?.

Aku terus menganggkat kepala dan melihat ke depan.

Cikgu Naziha sedang berdiri dihadapan sambil disebelahnya berdiri seorang gadis yang cukup aku kenali.

'Jadi betul lah apa yang aku lihat tempoh hari.Dia datang sini untuk daftar masuk sekolah ni."Bisik hatiku sambil memandang tajam ke arah gadis itu.Kecik betul dunia ni!.

"Cikgu tahu mesti ada yang dah kenal.Tapi Cikgu tetap nak awak kenalkan diri awak."Kata Cikgu Naziha.

"Hello korang..korang mesti dah kenal aku kan,Tengku Dee Ariana.Dulu aku pernah sekolah sini dan terpaksa tukar sekolah ke luar negara masa form 3.Dan harini aku aku pindah sini balik.Mesti korang rindu aku kan.Yang tak kenal tu boleh panggil aku Dee sebab Riana hanya orang yang tersayang je boleh panggil aku dengan gelaran tu."Dee memandang ke arah Aryan sambil mengukirkan senyuman manis,tapi Aryan hanya membalas dengan riak wajah dingin.Mata Dee mengalih ke arah gadis di sebelah Aryan.Mati terus senyumannya bila melihat ada seorang gadis duduk di sebelah Aryan.Siap kau!.

Aku melihat Dee memandang ke arah Aryan dengan senyuman penuh makna.Aku mengalihkan pandanganku ke arah Aryan.Dapatku lihat Aryan memandang tajam ke arah Dee dengan wajah bengis.Dorang kenal ke?.Mesti lah ye sebab Dee pernah sekolah kat sini dulu.Tapi kenapa aku rasa dorang ni macam ada sesuatu je.Aku memandang ke hadapan semula dan mataku bertembung dengan mata Dee yang sedang memandang ke arahku dengan wajah tidak puas hati.Jangan cakap betina ni cam aku..

"Untuk pengetahuan kamu semua.Dee masuk ke Sekolah ni semula untuk mengambil SPM di sini."Terang Cikgu Naziha.

"Eleh..macam sekolah ni je amik Spm.."Perli Roy.

Dee yang mendengar hanya membalas dengan jelingan tidak puas hati.

Pelik!?.Kenapa dorang macam tak suka je si betina ni.Aku ingat aku sorang je benci dia.Tapi kenapa.Mesti ada benda yang aku taktahu telah terjadi kat sekolah ni.

"Roy..jaga mulut kamu.Kamu tahukan Ayah Dee iaitu Tengku Andika penyumbang terbesar di sekolah kita.."Nasihat Cikgu Naziha.

Roy hanya mencebik.Bergitu jugak perlajar lain.

Dee terus tersenyum sinis.Ayahnya iaitu Tengku Andika merupakan penyumbang terbesar di sekolah ni.Sebab itu ramai yang tidak berani melawan atau mencari pasal dengan Dee.

Aku yang mendengar nama Tengku Andika terus tergelak sinis.Nama yang Cikgu sebutkan itu cukup dia kenal.Siapa lagi kalau bukan ayah kandungnya sendiri.Dan di sebabkan betina depan ni iaitu Dee dan Mamanya iaitu Tengku Sofia hidupnya menjadi hancur.Kalau bukan dorang,ayah takkan buang aku dan adik.Dan kalau bukan sebab ayah buang aku dan adik sebab percaya akan kata kata betina tu mesti aku dan adik tak terpisah.Aku benci korang!.

"Ok semua cikgu keluar dulu.Cikgu Nuraini ada pesan dia masuk lambat sikit,ada mesyuarat.Yang lain duduk diam diam dalam kelas,jangan buat bising."Pesan Cikgu Naziha sebelum keluar dari kelas.

Dari jauh aku nampak Dee sedang berjalan ke arahku dengan wajah dingin.Sesampainya dia di depan mejaku,semua pelajar melihat ke arah kami termasuk Aryan memandang dengan dahi berkerut.

"What is your name?."Tanya Dee dengan berlagak.

"Aisy Diandra.Just call me Aisy.."Jawabku malas sambil cuba menahan api kemarahan dalam diriku.Saja gelaran Tengku aku sembunyikkan.Aku taknak orang tahu aku ni anak tengku.Opss..bekas anak tengku ye..

"Whatever..aku taknak tahu sangat nama kau,tapi kau boleh tolong tak?"Kata Dee dengan riak wajah susah difahamkan.

'Whatever konon,tapi mintak tolong aku.Gila ke apa betina ni'.Bisik hatiku.

Aku memandang malas wajahnya. "Apa?"Tanyaku.

"Boleh tak kau tolong......

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience