-BAB 16-Aku malas nak cakap banyak hanya menganggukkan kepala.Lagipon esok sekolah cuti seminggu,Jadi dia boleh rehat puas puas.Yay!.-BAB 16-
**************
Macam dijanjikan oleh Aryan padaku semalam,harini dia ingin membawak aku pergi berjalan jalan pusing satu KL kerana sekolah cuti seminggu.Lagi pon dia tahu yang aku belum pusing KL lagi masa datang ke Malaysia.Yelah..lagi pon Aku duduk kat Malaysia pon sampai umur aku 8tahun lepastuh terus tinggal kat England tak sampai 10 tahun,tapi aku ingat ingat lupa suasana di Malaysia,mestilah dah banyak berubahkan?.Jadi dengan kesempatan ini bila Aryan ajak aku pergi pusing satu KL takkan aku nak tolak hehe.
Harini aku mengenakan kemeja hitam,butang kemeja itu di biarkan bukak kerana didalam aku sudah memakai singlet berwarna putih,lengan baju kemeja itu aku lipat sedikit menampakkan jam di pergelanganku.Manakala seluar pulak aku mengenakan jeans berwarna hitam dan kasut berjenama Fila berwarna putih.Muka aku pulak aku tidak meletakkan bedak atau pon sebarang foundation kerana aku tak berapa minat,lagipon muka aku dah memang putih kang tambah bedak kat muka jadi hantu china pulak,aku cuma mengenakan lipbam di bibir agar bibir aku tak kering mujur bibirku berwarna merah delima semula jadi, tidak pucat seperti kulit aku.Selesai siap sempat aku menyemprot minyak wangi berbau vanila yang selalu aku pakai di tubuhku sebelum keluar dari bilik.
Aku bukak sahaja pintu bilik aku agak sedikit terkejut bila melihat Aryan sudah berdiri di hadapan pintu bilikku sambil bermain fon.Entah berapa lama mamat ni tunggu kat depan bilik aku pon taktahu.Aku melihatnya dari bawah ke atas.Dia mengenakan kemeja hitam dengan lengan baju kemeja yang dilipat sehingga paras siku dan seluar jeans putih bergitu jugak dengan sneakers putih yang dipakai di kaki.Eh jap!.Aku terus memandang pakaianku lalu memandang pakaiannya semula,terbutang mataku bila melihat pakaiannya dengan pakaian ku hampir sama bertemakan hitam putih.
"Ehem!.."Aryan berdehem bila melihat Aisy dari tadi tenung pakaiannya.Ada yang tak kena ke?
Aku yang tersedar bila mendengar Aryan berdehem terus memandang wajahnya.
"Kau asal usha aku macamtu,aku tahu aku hensem.."Katanya dengan riak wajah biasa.
Ceh!..Angkat bakul sendiri nampak!
Aku hanya buat muka menyampah lalu memusingkan badan ke berlakang untuk masuk kembali ke dalam bilik,tapi langkahku terhenti bila Aryan tiba tiba memegang lenganku.
Aku menoleh ke depan semula."Kenapa?"Tanyaku pada Aryan yang sedang berdiri sambil memegang lenganku.
"Kau tu yang kenapa?..Kenapa nak masuk balik dalam bilik?"Tanya Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya.Ingat kau ziana zain ke!?..
Aku mengeluh lalu menunjukkan ke arah pakaian yang dipakai oleh Aryan. "Kau tak nampak ke pakaian kau dengan aku sama hitam putih.."
"Jadi?"
Aku menjulingkan mata ke atas.Lembab betul mamatni!. "Jadinya..aku nak masuk tukar baju..takkan nak keluar dengan baju kita yang sama..tak pasal pasal orang fikir kita couple.."Terangku dengan nada malas.
"Biar lah..aku lagi suka,biar takda mana mana lelaki dekat dengan kau.."Kata Aryan bersahaja.
"Ha!?" Satu apa pon aku tak faham maksud dia.Biar takda lelaki dekat dengan aku???kalau dekat pon kenapa??..
"Dah..takpayah nak buat muka blurr kau tu..jom je pergi,japgi lambat pulak nak pergi kedai cincin japgi..."Kata Aryan sambil menarik tangan Aisy supaya berjalan mengikuttinya.
"Ha!?..kedai cincin?!..buat apa???"Tanyaku dengan wajah tetkejut dan dalam masa yang sama pelik!?.
Langkah Aryan terhenti lalu dia memandang Aisy,sempat jugak dia mengeluh. "CIK AISY DIANDRA..Untuk pengetahuan Cik..hari pernikahan kita 3hari lagi.Sebab lepas cuti sekolah seminggu ni Mummy dan Daddy takda dekat rumah 2bulan..awak lupa ke???.."Kata Aryan malas sambil panggilannya ke Aisy yang tadinya 'Kau' 'bertukar menjadi 'Awak'.
WHAT!!! TIGA HARI LAGI!!!.Aku hanya diam sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Tak payah nak buat muka blurr tu sangat..jom japgi lambat nak gi beli cincin nikah...dah jom.."Kata Aryan lalu menarik tangan Aisy.
Aku mengeluh dengan pasrah aku mengikutti Aryan.
****************
Di dalam kereta Aryan tumpukan perhatian pada panduannya,manakala aku dari tadi memandang wajahnya.Wajah Aryan nampak tenang,macam tak kesah tentang berkahwin dengan aku,ke..dia suka aku?.Ish!! merepeklah kau Aisy,takkan orang macam Aryan boleh jatuh cinta dengan pompuan macam kau ni,ramai lagi pompuan cantik kat luar sana.Mungkin dia taknak kecewakan Mummy and Daddy mungkin,bisik hatiku.
"Dah puas tilik muka aku.."Aryan bersuara sambil memandang sekilas wajah Aisy lalu menumpukkan pandangan pada jalan semula.Bukan dia tak perasan Aisy dari tadi memandangnya.
Aku terdiam dan mengalihkan pandangan keluar tingkap sebelahku.Kantoi lah pulak...
"Kita pergi makan dulu lepastuh pusing pusing satu mall and baru gi kedai cincin"Kata Aryan tanpa memandang ke arah Aisy.
"Ok"Balasku singkat dengan malas.
SKIP!
(DI MALL)
"Kau nak makan mana?.."Tanya Aryan pada Aisy yang sedang berjalan di sebelahnya.
"Mana mana je.."Balasku bersahaja.
"Kalau macam tu makan kat hati aku nak?"Kata Aryan dengan senyumman nakal.
Aku hanya menjeling ke arahnya.Menyampah!..ingat aku cair!.
"Cucuk biji mata tu baru tau.."Kata Aryan pura pura memasang wajah serius.
"Cucuk lah kalau berani.."Cabarku sambil menjeling ke arahnya.
"Ceh!..Nasib sayang.."Kata Aryan perlahan tapi masih boleh di dengari oleh Aisy.
"Ha!?..Apa?"Tanyaku agar dia mengulang semula ayatnya tadi.Aku salah dengar ke?..dia kata dia sayang aku?..merepek!.
"Kita makan dekat Secret Recipe nak?"Cadang Aryan dalam masa yang sama dia cuba menukar topic.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju sambil membuat simbol 'Ok' dengan tanganku.
SKIP!
Sesampai di Secret Recipe aku dan Aryan mula memesan makanan yang ingin di makan.Selesai sahaja memesan kami hanya diam,masing masing sibuk bermain telefon.Aku mengalihkan pandangan aku yang tadinya di skrin telefon lalu melilau pandangan ke arah pengunjung yang keluar dan masuk dari pintu kedai Secret Recipe.Tiba tiba mataku tertumpu ke arah satu meja yang berdekatan dengan pintu masuk,tidak jauh dari meja tempat aku duduk.Di situ aku melihat ada seorang lelaki berbadan tegap memakai jaket hitam dan mengenakan topi hitam di kepala.Lelaki itu hanya menundukkan kepala membuatkan aku tak berapa nampak sangat sebab wajah itu di halang oleh hujung topi yang diturunkan seperti ingin menyembunyikan wajahnya.Aku memerhati lama lelaki itu menunggu agar lelaki itu mendongakkan kepala,entah kenapa aku merasa aku kenal dengan lelaki itu.Selepas beberapa minit menunggu akhirnya lelaki itu mengangkat wajahnya lalu memandang tepat ke arahku,mata kami bertentangan antara satu sama lain,lelaki itu seakan sedikit terkejut bila melihat aku sedang memandang ke arahnya.Aku hanya memasang riak wajah biasa,sambil tenung wajah lelaki itu untuk mengingatkan sesuatu.Mataku terbutang dan sedikit terkejut bila aku mula mengingat sesuatu siapa lelaki itu sebenarnya selepas aku menilik wajah lelaki itu yang sedang terkaku memandang aku dari jauh..
-FLASHBACK 2 TAHUN LEPAS-
(ENGLAND)
Aisy melangkah keluar dari rumahnya,lalu mendongakkan kepala memandang ke arah langit.Cuaca pagi di England sangat menyegarkan,walaupun sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi tapi cuaca harini sedikit gelap macam baru pukul 7:00 pagi berkemungkinan akan turunnya hujan.
"Lebih baik aku cepat gerak ke sekolah..macam nak hujan je.."Bisik hati Aisy.
Sedang Aisy berjalan untuk menuju ke sekolah,dia baru perasan suasana di persekitarannya agak sunyi sebab harini hari sabtu jadi tak ramai orang pergi berkerja dan sepatutnya harini cuti sekolah tapi disebabkan Aisy mempunyai kelas tambahan di sekolah dia terpaksa bangun pagi dan bergerak ke sekolah pada pagi itu.Sedang dia berjalan seorang diri tiba tiba bahu berlakangnya di tepuk,lantas dia menoleh ke berlakang dan terlihat seorang lelaki England tua berbadan gemuk yang dalam keadaan mabuk dengan tangan memegang botol arak.
"Hye baby girl, where are you going?"Tanya lelaki itu sambil tersenyum nakal dengan badan terhuyung hayang kerana mabuk.
Aisy membuat wajah jijik bila mendengar lelaki itu memanggil dirinya baby. "don't touch me bitch!!" Marah Aisy sambil menepis kasar tangan lelaki itu yang menyetuh bahunya.
Pang!
Tiba tiba pipi kanan Aisy ditampar kuat oleh lelaki tu itu sehingga dia jatuh terduduk di atas jalan.
"How dare you call me a bitch!!" Marah lelaki itu sambil berjalan dengan keadaan mabuk ke arah Aisy yang masih terduduk di atas jalan.
Aisy yang mulai cuak hanya berdiam diri,tubuh dan mulutnya seakan akan terkunci tidak mampu untuk bergerak.Matanya melilau sekeliling sunyi tidak ada sebarang orang yang lalu lalang disitu.Sesampai lelaki itu dihadapan Aisy,lelaki itu mengangkat tinggi botol kaca arak untuk memukul kepala Aisy.Aisy terus memejamkan mata bila melihat lelaki itu mengangkat tinggi botol kaca tersebut untuk memukul kepalanya.Tiba tiba...
BANG!
Aisy terus membukak mata dan memegang kepalanya. "Eh..tak sakit pon..Jap!,kenapa bunyi tu macam bukan bunyi kaca pecah,tapi bunyi macam tembakkan...Ha!..tembakkan!!.."Aisy terus memandang kehadapan dan terbutang matanya melihat lelaki tua tadi sudah terbaring di hadapannya dan terlihat ada darah yang mengalir keluar di kepala berlakangnya.Aisy terus memandang sekeliling dan terlihat ada seorang lelaki yang berdiri jauh darinya sambil memegang sebuah pistol ditangannya.Lelaki itu memakai serba hitam dan memakai topi dikepalanya,lelaki itu memandang ke arah Aisy lalu tersenyum dan membongkokkan badannya ke arah Aisy.Aisy sedikit tergamam dengan aksi lelaki itu,seperti sedang memberi hormat ke arahnya,sedangkan lelaki itu nampak sedikit tua dari Aisy tapi kenapa dia membongkokkan badannya ke arah Aisy.Lelaki yang berdiri agak jauh dari Aisy tidak berganjak dari tempatnya,malah dia menggerakkan kepalanya ke kanan menunjukkan tanda agar Aisy beredar dari situ.Aisy yang faham akan arahan lelaki itu lantas bangun dan berlari anak meninggalkan tempat itu dan lelaki yang telah menolongnya tadi,otaknya ligat memikirkan siapa lelaki yang telah melindunginya tadi,walaupun jarak lelaki itu dan Aisy agak jauh tapi Aisy nampak dengan jelas wajahnya..
-END OF FLASHBACK 2TAHUN LEPAS-
Aryan yang daritadi sedang bermain telefon terus melihat ke arah Aisy dihadapannya.Aryan perasan Aisy seperti sedang mengelamun dan pandangan Aisy seperti sedang memandang sesuatu.Aryan memusing ke berlakang untuk melihat apa yang Aisy sedang lihat,lalu memandang semula ke arah Aisy sedang mengelamun.
"Aisy.."Panggil Aryan,tapi Aisy masih tidak sedar dari lamunannya.
"Aisy..Aisy..Aisy Diandra.."Panggil Aryan dengan nama penuh.Tetapi Aisy masih sama,tidak sedar dari lamunan.
Aryan memikirkan sesuatu lalu mengukirkan senyuman nakal.Aryan terus mendekatkan tangannya ke arah wajah Aisy,lalu memegang hidung mancung Aisy dan menarik kuat hidung gadis dihadapannya itu.
"Aduh!".Aku tersedar bila merasakan hidungku ditarik kuat oleh seseorang.Aku memandang ke arah Aryan yang sedang menahan ketawa sambil memegang perutnya.Aku memandang tajam ke arahnya sambil tangan mengusap hidungku yang sakit akibat ditarik kuat oleh beruk di hadapan aku ni.
"Hahahaha..kau asal usha panas kat aku..hahahaha.."Kata Aryan dengan suara ketawa yang cuba diperlahankan.
Hatiku menjadi panas bila dia boleh tanya kenapa aku usha panas kat dia!..memang nak kena mamat ni!..Aku terus mengukirkan senyuman nakal sambil mata memandang ke arah Aryan yang tak berhenti gelak,nasib meja kami agak tersembunyi dan tak ramai orang dekat kedai secret recipe ni.Dengan perluang yang ada bila melihat Aryan masih dengan dunia ketawanya itu,aku lantas mendekatkan tanganku ke arahnya lalu menarik kuat hidungnya untuk membalas dendam kembali.
"Aduh!..aduh!..sakit..sakit.."Ngadu Aryan sambil menepis kasar tangan Aisy yang menarik hidungnya,dia terus mengusap hidungnya yang sudah merah seperti badut itu.
Aisy terus tersenyum sinis melihat Aryan menahan sakit dihidungnya yang merah itu.Baru kau tahu bertapa sakitnya hidung aku tadi.Aku baru teringat sesuatu,lalu memandang semula ke arah meja lelaki yang pernah selamatkan aku 2tahun lepas di England.Hilang!?..Meja itu sudah kosong,kelibat lelaki itu jugak sudah hilang.Ish mana mamat ni pergi!.Tapi kenapa lelaki itu ada kat sini..bukan haritu aku nampak lelaki ni kat England ke?..macam mana ada kat Malaysia??..dia ikut aku ke?..Soalan itu bermain di fikiranku tapi aku mengabaikan soalan tersebut dan pandanganku teralih ke arah Aryan yang berada di hadapanku dengan wajah di masamkan.Bengang lah tu..buat aku lagi kan dah kena..
Aryan memandang tajam ke arah Aisy tapi Aisy hanya membalas dengan menjelir lidah ke arahnya. "Jelir lidah tu,aku gigit karang baru tahu.."Ugut Aryan dingin sambil memandang tajam ke arah Aisy.
Aku terus memasukkan semula lidahku bila mendengar ugutan dari Aryan.
"Kau usha siapa tadi,lelaki ke perempuan,sampai termenung macam ingatkan sesuatu je.."Tanya Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya,matanya memandang tajam ke arah Aisy.
"Sibuk asal,kalau aku usha lelaki kenapa?.Tak boleh?"Kataku sambil tersenyum sinis.
"Yup tak boleh..sebab kau bakal isteri aku and aku bakal suami kau,jadi kau tak boleh pandang mana mana lelaki,aku tak suka.."Kata Aryan dingin sambil menyilangkan kedua dua belah tangannya ke dada.
"Ceh!..bakal suami baru,belum suami yang sah pon,lagi pon kita khawin bukan atas dasar cinta tapi atas paksaan,jadi tak salah aku usha mana mana lelaki,lain lah kalau kau cintakan aku.."Kataku tenang lalu menaikkan kedua dua belah kening.
"Siapa kata aku khawin dengan kau atas dasar paksaan?..kalau aku cakap aku khawin dengan kau atas dasar cinta,kau janji dengan aku kau takkan dekat dengan mana mana lelaki?.."Aryan dengan wajah tenang tapi pandangannya tajam memandang ke arah Aisy.
Aku terdiam mendengar kata kata yang keluar dari mulut Aryan,dahiku berkerut cuba untuk memahammi maksud yang dikatakan oleh Aryan tadi.Cinta?..tak mungkin,aku tahu dia hanya ingin menyakitti aku..
Aku hanya diam mengabaikan pertanyaan Aryan tadi,aku bingung dengan kata kata Aryan tadi.Kami berdua hanya diam sehingga makanan yang dipesan sampai,lalu menikmatti makanan tersebut tanpa menghiraukan antara satu sama lain.
Selesai makan kami berjalan menuju ke kedai cincin untuk membeli cincin nikah.Sesampai di kedai cincin kami disambut mesra oleh pekerja wanita disitu.
Aisy dan Aryan sibuk memilih cincin yang sesuai untuk hari pernikahan mereka yang akan dijalankan beberapa hari lagi.Tanpa mereka sedar,gerak geri mereka di perhatikan oleh seseorang.Dari jauh berdiri seorang lelaki yang berpakaian serba serbi hitam,dia mengeluarkan telefon di poketnya sambil matanya masih ditumpukan ke arah pasangan yang berada di dalam kedai cincin tersebut.Nombor seseorang didail lalu ditekap di telinga,sahutan suara kasar didengari di dalam talian.
(DALAM TALIAN)
"Hello"
"Tuan..Tengku Aisy Diandra cucu sulung Encik Alexander sudah pulang ke Malaysia"
"Sentiasa awasi gadis itu,musuh ada di mana mana sahaja,pastikan mereka tak tahu kewujudan gadis itu,dan lindungi gadis itu sebaik mungkin.."
"Bagaimana pulak dengan Tengku Arjuna cucu kedua Encik Alexander?"
"Jangan risau,aku tahu dia pandai jaga diri,Semua kegiatan yang dia lakukan aku tahu,dan aku pasti dia mampu menjaga dirinya.."
"Maksud Tuan?"
"Kerana dia adalah Mafia dan ketua kumpulan The Fire.."
The Fire,kumpulan Mafia kedua paling digerunni di Malaysia dan beberapa buah negara,tapi sampai sekarang tiada siapa tahu siapa Ketua yang memegang kumpulan itu,dan sekarang sudah terjawab siapa Ketua kumpulan itu,Tengku Arjuna..
"Jadi aku nak kau lindungi gadis itu,aku tahu anak buah Arjuna jugak sedang awasi gadis itu dari jauh,cuma aku nak kau pastikan kewujuddan kau tak disedari oleh anak buah Arjuna..Bila sudah tiba masanya aku akan arahkan kau bawak gadis itu jumpa aku,pasal Arjuna kau tak payah fikir aku tahu nak buat macam mana untuk bawak dia menghadap aku.Cuma buat masa sekarang ni kau awasi dia dari jauh.Ini amanah Encik Alexander,pastikan cucunya selamat..Faham.."
"Faham Tuan.."
Talian dimatikan,lelaki itu melihat pasangan itu sudah melangkah keluar dari kedai cincin tersebut.Dan dia perasan dari jauh ada dua orang lelaki yang sedang mengawasi gadis itu dari jauh tanpa disedari oleh pasangan itu,dia pasti dua orang lelaki itu dihantar oleh Arjuna untuk mengawasi gadis itu jugak.Tapi walau macam mana pon dia jugak perlu mengawasi gadis itu.
Aku dan Aryan berjalan keluar dari kedai cincin tersebut setelah 1jam memilih cincin nikah kami.Aku keluar dengan muka yang bingung.Mana tak bingung,aku tengok si Aryan ni macam beria pulak nak khawin dengan aku,cincin nikah aku pon dia yang beria pilih dengan wajah gembira tak terasa macam kena paksa kahwin pon.Aku macam biasa malas nak amik tahu pasal majlis nikah kami nanti,semuanya aku serahkan kepada Aryan sebab aku nampak dia yang beria sangat.Tadi dia ada bagitau yang Mummy buat majlis akad nikah di rumah je dulu dan hanya jemput keluarga terdekat sahaja.Manakala majlis bersanding akan buat di hotel lepas mereka pulang dari urusan kerja selama 2bulan.Janji kami dah halal masa mereka pergi untuk urusan kerja masing masing selama dua bulan nanti.Aku pulak hanya diam tidak membantah,ikutkan hati aku taknak buat majlis bersanding buat je majlis akad nikah kat rumah je dan kalau boleh tak jadi kahwin pon takpe.
"Kau nak beli apa apa tak?"Tanya Aryan yang menyedarkan Aisy dari lamunan.
Aku memandang ke arah Aryan lalu menggelengkan kepala tanda tidak ada apa apa yang ingin dibeli.
Aryan mengangguk faham lalu memegang tangan Aisy dan menarik agar berjalan dengannya.
Bagai terkena renjatan Elektrik bila aku merasakan sentuhan kasar Aryan di tanganku.Aku terus memberhentikan langkahku,bergitu jugak Aryan.
Aryan memandang pelik wajah Aisy bila gadis itu berhentikan langkahnya.
"Asal?.."Tanya Aryan.
Aku memuncungkan mulut ke arah tangan Aryan yang memegang tanganku.Aryan memadang ke arah yang dituju olehku lalu memandang semula ke arahku.
"Jadi?"Tanya Aryan sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Jadi.........Sila lepaskan tangan anda ye Tengku Aryan.."Kataku dengan senyuman paksa sambil cuba menarik tanganku dalam genggaman tangan Aryan,tapi tak berhasil bila dia menggengam kuat tanganku seakan akan tidak mahu melepaskan tanganku.Mamat ni ada yang makan kaki japgi..
"Kalau taknak.."Tanya Aryan dengan riak wajah biasa.
"Ish..lepaslah nanti orang nampak dia fikir apa pulak.."Kataku dengan nada geram sambil cuba menarik tanganku dari genggamannya.
"Biarlah..Biar orang tahu kau milik Tengku Aryan.."Kata Aryan dingin.
Aku terdiam mendengar kata katanya,perbuatan untuk melepaskan tanganku dari tangannya dihentikan,aku seakan akan terkaku mendengar kata katanya.
Aryan yang melihat gadis itu sudah diam lantas menarik lembut gadis itu agar berjalan disebelahnya,tangannya tidak lepas menggenggam tangan halus gadis itu.Senyuman nakal terukir. "You're mine Tengku Aisy Diandra..Hanya aku yang boleh milikku kau.."Bisik hati Aryan sambil memegang erat tangan gadis itu.
Aku yang malas nak berperang mulut dengan Aryan hanya pasrah dan biarkan sahaja,otak aku ligat memikirkan perubahan tentang diri Aryan.Dia tak seperti Aryan yang pernah aku jumpa pertama kali,kasar dan dingin.Dia hanya akan menjadi Aryan yang sebenar bila di sekolah sahaja,bila dengan aku dia nampak agak pelik..
-BERSAMBUNG-
Share this novel