BAB 21

Romance Series 13403

-BAB20-Aku memandang malas wajahnya. "Apa?"Tanyaku.

"Boleh tak kau tolong......-BAB20-

"Tolong berambus dari tempat ni.Aku nak duduk tepi buah hati aku.Kau tak layak duduk sebelah dia."Kata Dee tanpa ada rasa bersalah.

Berasap je telinga aku ni dengar kata kata yang keluar dari mulut longkang betina depan aku ni.Tak sangka dari dulu sampai sekarang tak berubah,masih dengan perangai musibat dia tu.

Aryan yang berada di sebelah Aisy,terus merasa panas telinganya mendengar kata kata Dee pada Aisy.Cara dia cakap macam aku ni tak wujud pulak,suka hati je nak halau bini aku!.

Aku hanya diam,cuba untuk bersabar.Dee yang sedang berdiri di depanku dipandang tajam olehku.

"Hey!..kau pekak ke pompuan!.."Tengking Dee bila melihat Aisy hanya membuat tidak tahu.

Aryan yang sudah hilang sabar mula berdiri sambil menatap tajam ke arah Dee.Baru sahaja dia ingin membukak mulut,ada seseorang bersuara.

"Cantik bahasa kak.."

Semua mata memandang ke arah suara itu.

Eva berjalan ke arah Dee sambil tersenyum sinis.Kedua dua belah tangannya memeluk tubuh.

Bukan satu kelas tak tahu yang Dee merupakan musuh ketat Eva.Jika mereka bertemu pasti akan terjadi perang ketiga.

Aku hanya diam,sambil memandang pelik ke arah Eva yang sudah berdiri di sebelahku dan berdiri di hadapan Dee.

"Wow Eva Daria anak Datok Mukriz..Lama tak jumpa.."Dee tersenyum sinis sambil bertepuk tangan.

"Ye..Tengku Dee Arissa anak Tengku Andika..kenapa?rindu aku?"Eva membalas senyuman sinis Dee dengan senyuman sinisnya.

Aku tersenyum sinis.

'Maksudnya dorang taktahu siapa Dee sebenarnya.Pandai kau memperbodohkan dorang'Bisik hatiku.Aku menunggu masa yang tepat untuk memulakan game yang bakal mengubah hidup kau Dee.

"Rindu?..mestilah rindu dengan perempuan yang selalu kalah dengan aku..hahaha.."Perli Dee.

"Apa masalah kau ha perempuan!.."Tengking Eva sambil menolak kasar badan Dee.

Badan Dee keberlakang.Hampir sahaja dia ingin jatuh,mujur sempat mengimbangkan badannya.Dee menatap geram wajah Eva.

"Hey BETINA!.Siapa kau nak sentuh aku!!.."Marah Dee sambil mengangkat tinggi kanannya untuk menampar wajah Eva.

Eva memejamkan matanya.Aku yang melihat lantas berdiri dan memegang tangan Dee yang hampir hinggap ke pipi Eva.Mujur aku cepat,kalau tak mahu lebam pipi minah tu.

Semua yang melihat terkejut dengan tindakkan Aisy menahan tangan Dee.Eva yang sedang memejamkan mata terus terbukak bila dia tidak merasakan sakit di pipinya.Setahunya dia melihat Dee ingin menamparnya tapi tidak merasakan apa apa.

Eva membukak mata dan terlihat Aisy sudah berdiri di hadapannya sambil berdiri memberlakangi dirinya.Eva seakan terkejut melihat Aisy sedang memegang tangan Dee agar dirinya tidak ditampar.

"HEY!!..BETINA! LEPASKAN AKU!!!..KAU TAKDA HAK NAK HALANG AKU!!..LEPASLAH SI*L!!.."Tengking Dee sambil cuba menarik tangannya yang berada di dalam genggaman tangan Aisy,tapi tidak berhasil bila Aisy mula mengetatkan genggamannya sehingga terasa sakit di pergelangan tangannya. "Auch!..le..lepaslah!..kau pekak ke!."

Aku menatap tajam wajah Dee dengan api yang telah membara di dalam hati.Aku menguatkan genggaman tangan Dee sambil otakku mengingat peristiwa menyakitkan yang telah berlaku 10tahun lalu.

-FLASHBACK 10TAHUN LALU-

"Wow cantiknya bilik ni..."Seorang gadis kecil berambut tocang masuk ke sebuah bilik yang cukup besar dan dinding itu dihiasi dengan warna biru laut.Cukup menarik minat gadis itu.

"Ehem.."

Gadis itu memusingkan kepalanya memandang ke arah deheman itu.

Terlihat seorang gadis sebayanya.Dilihat gadis itu seperti anak kacukan dengan anak mata berwarna biru pekat dan rambut paras bahu berwarna light brown berdiri di sebelahnya.

"Kau siapa?"

"Tengku Aisy Diandra..panggil Aisy je.."Kata gadis berambut pendek itu.

"Owh..jadi kau anak kandung ayah Andika lah ni?..Aku Dee Arissa..panggil Dee and aku nak tanya ni bilik siapa?"Tanya Dee dengan wajah berlagak.

"Bilik aku.Kenapa?"Balas Aisy bersahaja.

"Ok.Aku nak bilik ni.Kau boleh angkut semua barang kau keluar.."Arah Dee tanpa berperasaan.

"Tak boleh!"

Satu suara menyampuk dari berlakang Aisy.

Kedua dua gadis itu menoleh ke arah suara itu.

"Arjuna.."Aisy terkejut tiba tiba adik lelakinya muncul dari berlakangnya.

Arjuna hanya mengabaikan panggilan kakaknya,lalu memandang tajam ke arah Dee.

"Ni bilik Kak Aisy!..Kau tak layak duduk bilik ni..banyak lagi bilik lain.."Kata Arjuna dengan wajah tidak puas hati.

"Kesah apa aku.Mulai harini bilik ni jadi bilik aku.Btw nama kau siapa.Kurang ajar tinggikan suara depan aku.."Kata Dee bengang sambil tangannya memeluk tubuh.Di pandang budak lelaki itu atas bawah.

"Tengku Arjuna adik Tengku Aisy Diandra..Ada masalah ke?"Kata Arjuna berlagak.

"Juna.Jaga bahasa.."Tegur Aisy bila melihat Arjuna semakin biadap dengan Dee.

Arjuna hanya diam tidak membalas.Matanya masih memandang tajam ke arah Dee.

"Patutlah.Tapi aku tak kesah.Yang penting bilik ni jadi bilik aku."Kata Dee sambil tersenyum bangga.Kerana dia tahu bilik ni pasti akan jadi miliknya.

"Kau ni tak faham bahasa ke-"Kata kata Arjuna terhenti bila terlihat kemunculan Ayah dan seorang wanita sebaya ayahnya sedang berjalan ke arah mereka.

"Apa yang bising bising ni.."Tengku Andika mula bersuara sesampai sahaj di hadapan anak anaknya.

"Ayah..."Dee terus bertukar manja dan memeluk tubuh Tengku Andika yang sudah menjadi ayah tirinya.

"Ye sayang kenapa ni.."Tanya Tengku Andika sambil mengusap lembut kepala Dee.

Wanita di sebelah Tengku Andika menjeling tajam ke arah Aisy.Aisy hanya buat tidak tahu dan membalas dengan senyuman tanda hormat.Arjuna pulak dengan wajah tidak puas hatinya bila melihat Ayahnya melayan elok anak tirinya.Kalau dengan dia anak kandung sendiri bukan main kasar layanannya.

"Ayah..Dee nak bilik ni.Tapi Aisy tak bagi.Dia kata Dee tak layak duduk bilik ni,sepatutnya duduk bilik orang gaji je.Dee tahulah Dee ni cuma anak tiri je.Lepastu Arjuna dia tarik rambut Dee.Sakit ayah.."Bohong Dee dengan suara yang saja dimanjakan.

Aisy dan Arjuna terkejut dengan kata kata Dee yang telah menfitnah diri mereka berdua.

"Abang,apa ni.Abang tak ajar ke anak anak abang ni adab.Sampai hati buat anak saya macamni.."Kata Wanita itu tidak puas hati sambil menjeling tajam ke arah Arjuna dan Aisy.

"Tipu!..mana ada Kak Aisy dan Arjuna cakap atau buat jahat dekat dia.Kau jangan nak menfitnah lah!"Marah Arjuna cuba menegakkan kebenaran.

"Korang berdua ni memang suka memalukan aku ke ha!!"Tengking Tengku Andika pada kedua anak kandungnya.

"Ayah..Betul cakap Arjuna.Kami tak buat apa apa pon dekat dia.Aisy pon tak cakap apa apa pon pasal dia tak layak duduk bilik ni.Semua tu bohong ayah."Kata Aisy lembut sambil menarik badan Arjuna agar berdiri di berlakangnya bila melihat Tengku Andika menghampiri mereka.

"Kau ingat aku nak percaya cakap kau ke anak sial!.."Tengku Andika lantas menarik kasar rambut Aisy manakala Arjuna cuba memujuk ayahnya agar melepaskan Kak Aisy.

Dee dan Mamanya hanya tersenyum sinis sahaja.Puas hati mereka bila Tengku Andika lebih percayakan mereka dari anak anak kandungnya sendiri.

"Ayah lepaskan Kak Aisy ayah..Kak Aisy tak salah.."Pujuk Arjuna sambil memegang tangan ayahnya.

Aisy hanya diam menahan kesakitan pada kulit rambutnya.

Tengku Andika menarik Aisy dan menolak tubuh kecil itu ke dalam bilik Aisy.

"Aku bagi kau masa sejam untuk kau kemas barang barang kau.Lepastu letak kat bilik bawah sebelah dapur!.Mulai sekarang bilik ni akan jadi bilik Dee.Dan kau tido kat bilik dekat bawah sebelah dapur kau faham!!!."Tengking Tengku Andika.

"Fa-faham.."Aisy cuba menahan air matanya yang sudah bertakung daripada menitis.

Arjuna terus masuk kedalam bilik dengan pantas dia mendakap tubuh kakanya yang sudah terduduk di atas lantai.

"Maafkan Juna Kak Aisy..Ni semua salah Juna.."Air mata Arjuna mengalir deras dengan perasaan yang menyesal menyelubungi hatinya.

Aisy memeluk erat tubuh adik lelakinya,tangan kanannya mengusap lembut rambut Arjuna sambil tersenyum tawar cuba menyembunyikan kesedihan di wajahnya."Takpe ni bukan salah Arjuna..Lagi pon memang kakak dah boring duduk bilik ni.."Bohong Aisy cuba menyejukkan hati adiknya itu.Sebenarnya dia tak sanggup untuk keluar dari bilikni sebab biliknya banyak kenangan manis antara dia dan ibunya.Tapi disebabkan arahan Ayahnya untuk dia keluar dari bilik ni dan memberi bilik ni dekat Dee,dia tak berani membantah.

---------

"Kau dengar sini!Ayah kau tu dah tak sayang kau!,dia lebih sayangkan aku and abang sebab dia dah tak anggap kau anak kandung dia.Sebab apa,sebab kau tu anak SIAL!!.Sedar diri sikit yang ayah kau tu dah tak sayang kau,bagi dia kau tu hanya orang luar!.Dia lebih sayangkan aku and abang dari kau dan adik kau tu!Hahahaha.."Dee gelak jahat sambil jarinya menunjal kepala Aisy berulangkali.

Aisy hanya diam,terasa dengan apa yang dikata oleh Dee.Hatinya bagai disiat siat bila mendengar ejekkan Dee.Dia sedar sejak Dee dan keluarganya tinggal di sini,ayah lebih memberikan perhatian dan lebihkan kasih sayang terhadap mereka berbanding anak anak kandungnya iaitu Aisy dan Arjuna.Apa yang anak anak tirinya mintak pasti akan dapat,tapi bila anak kandungnya sendiri mintak sesuatu mesti tengkingan dan hinaan yang dilempar oleh Ayah kandungnya sendiri.Dia sedar ayahnya sudah tidak menganggap mereka seperti anak anaknya lagi,malah membuat mereka seperti orang gaji.Sejak kemunculan Puan Sofia iaitu mama Dee merangkap mama tirinya,selalu mendera dia dan adiknya.Segala kerja didalam rumah mesti dia dan adiknya yang urusi tak ubah seperti orang gaji,malahan mama dan anak anaknya hanya goyang kaki seperti raja.Aisy pasrah dengan apa yang telah berlaku dalam hidupnya,mungkin ini balasan kerana dia ibunya meninggal dunia.

-END OF FLASHBACK-

Tanpa sedar air mata yang selama ini Aisy tahan akhirnya menitis jugak.Kata kata Dee dulu bermain difikiranya.Layanan kejam Dee dan mamanya terhadapnya dan adiknya dulu masih segar dalam ingatan.

Semua yang berada di kelas termasuk Aryan dan Eva seakan terkaku dan pelik melihat Aisy tiba tiba menitiskan air mata.

"Auch!..sakitlah bodoh!..lepaslah!"

Aku tersedar dari lamunan bila mendengar makian Dee.

"Aisy.Kau ok?"Tanya Aryan risau bila melihat pipi Aisy sudah basah dengan air mata.Roy Paan dan seisi kelas hanya memandang pelik ke arah Aisy.

Aku yang baru sedar akan mataku sudah mengalirkan air mata lantas menyeka denga kasar menggunakan lengan baju.Dee yang berada didepanku dipandang tajam sambil menarik tangan Dee agar tubuhnya berdiri dekat denganku.

Aku memadang tepat ke arah anak mata Dee.Mukanya berkerut menandakan dia sedang menahan sakit di pergelangannya akibat digenggam kuat olehku.

"Kau dengar sini.Aku tahu bapak kau kaya dan aku tahu bapak kau penyumbang PIBG terbesar di sekolahni.Tapi,bukan bermakna kau boleh besar kepala kat sini dan senang senang kau nak pijak kepala budak budak kat sini.Kau pon tak layak untuk naik tangan dekat anak orang.Kau fikir kau siapa?.Ingat bumi ni berputar,kadang kadang kita kat atas kadang kadang kita boleh dekat bawah.Jadi jangan ingat sebab BAPAK kau tu kaya kau boleh buat suka hati kau.Sedar diri sikit kau dengan mama kau tu menumpang atas kekayaan orang lain."Kataku tanpa mengabaikan murid murid yang sedang memandang kami.

"Apa maksud kau ha!.Menumpang atas kekayaan orang lain?.Kau buat lawak ke!."Marah Dee dengan riak wajahnya sudah bertukar geram.

Aku tersenyum sinis."Aku rasa kau faham maksud aku.DEE ARISYA BINTI MUHAMMAD RIZAL."Kataku dengan suara sedikit meninggi agar satu kelas dengar.

Wajah pelajar kelas 5Alfa bertukar terkejut mendengar kata kata Aisy sebentar tadi.

Dee yang mendengar Aisy menyebut nama panjangnya dan nama bapaknya terus tergamam.

"A-apa kau merepek ni.Si-siapa Muhammad Rizal.Kau gi..gila ke.Nama ayah aku Tengku Andika bukan Muhammad Rizal.Dan nama aku ada Tengku sebab aku anak Tengku."Kata Dee tergagap gagap.Dia mula merasa tidak sedap hati bila melihat semua pelajar memandangnya sambil berbisik sesuatu.

"Yeke?.Tunjuk IC kau.."Kataku sinis.

Dee terdiam sambil menelan kesat air liurnya.Dia tidak mampu berkata apa apa kerana selama ini dia telah menipu semua orang dengan mengatakan dia terlahir dari golongan Tengku tapi hakikatnya ayah kandungnya hanya orang biasa sahaja,malah ayah kandungnya merupakan banduan.Kerana tak tahan dengan sikap ayah kandungnya iaitu Encik Rizal yang suka berjudi dan meminjam duit along,mamanya membuat keputusan untuk memintak cerai,masatu dia baru berusia 7tahun.Selepas bercerai mamanya berkahwin dengan Tengku Andika.Mereka semua tak tahu yang dia hanya merupakan anak tiri Tengku Andika.Selama bersekolah di sini,Dee memintak ayahnya agar memberi tahu pihak sekolah untuk tidak memberi tahu nama panjang sebenarnya atau maklumat tentangnya kepada budak budak sekolah.Hanya cikgu cikgu yang tahu tentang siapa dirinya sebenar.Tapi dia terkejut bila gadis didepannya iaitu Aisy tahu tentang siapa dirinya sebenar.Dia taknak orang tahu yang dia hanya sekadar anak tiri kepada Tengku Andika.

"Asal diam?..jadi betullah selama ni kau tu bukan anak kandung Tengku Andika.Dan kau tu bukannya Tengku?"Eva tiba tiba bersuara dengan sinis.

"Betu ke ni Aisy?..Mana kau tahu?"Tanya Roy.Paan dan Aryan hanya menunggu jawapan dari Aisy.

Mataku masih tidak teralih dari melihat wajah Dee yang sudah ketakuttan.

"Nak tahu?.Suruh dia bagi IC dia kat korang.Itu pon. kalau dia bagi.."Kataku bersahaja lalu melepaskan tangan Dee.Melihat mata Dee yang sudah bertakung dengan air mata,muncul perasaan kesian terhadapnya.Tapi bila teringat dengan apa yang dia dan mamanya buat terhadapnya dan adiknya dulu membuatkan dia mengabaikan perasaan kesian terhadap Dee.

Aryan yang dari tadi senyap hanya memandang ke arah Aisy.Dee yang sudah mengalirkan air mata diabaikan,tiada rasa kesian terhadap gadis itu.Dia tak kesah tentang Dee yang dia kesah tentang apa hubungan Aisy dan Dee.Kenapa dia melihat Aisy seperti menyimpan dendam terhadap Dee lebih lebih lagi Aisy tahu tentang siapa Dee sebenarnya walaupun dia tak pasti betul atau tak tentang apa yang dikatakan oleh Aisy tentang Dee.Tapi dari riak wajah serius Aisy dia tahu gadis itu tidak berbohong.Tapi macam mana Aisy tahu?.Bukan selama ni dia menetap di England dengan kakak angkatnya sejak berusia 8tahun ke.

Semua pelajar memandang tidak puas hati ke arah Dee.Mereka tahu apa yang dikatakan oleh Aisy betul kerana Dee tidak berani menunjukkan kad pengelanan ke mereka.Jadi selama ini mereka diperbodohkan!.

"Ikutkan hati aku nak diam je.Tapi tengok perangai kau yang tak sedar dirini terpaksa aku berterus terang siapa kau sebenarnya."Kataku.

BAM!

Pintu berlakang kelas iaitu berhampiran dengan tempat duduk Aryan dibukak kasar dari luar.

Muncul seorang lelaki dengan wajah bengis.

Aku memandangnya atas bawah.Macam aku kenal,siapa erk?

JAP!

Ni bukan KING lelaki yang haritu aku jumpa dekat berlakang block lama haritu ke.

King menghampiriku dengan wajah dingin. "Macam mana kau tahu tentang keluarga aku?"King bersuara dingin.

Aku terus memandang pelik ke arahnya.Keluarga?.Maksudnya dia...

"Raden?"Aku memandang wajahnya untuk mendapatkan kepastian.

"Ye.Aku Raden.Abang kembar Dee."Kata King dengan masih riak dingin.

Aku tersenyum sinis.Tak sangka,kau dah berubah Raden.

"AKU TANYA KAU!KAU PEKAK KE!.MACAM MANA KAU TAHU TENTANG KELUARGA AKU SEBENARNYA!!"Tengking King dengan wajah bertukar merah.

Dee yang berada di berlakang Aisy lantas berlari dan memeluk abang kembarnya sambil menangis.DRAMA!.

Semua pelajar termasuk Aryan terkejut dengan tengkingan King.

Semua pelajar mula ketakuttan.Bukan mereka tak kenal dengan King yang merupakan badboy dan gangster sekolah ni.King merupakan kawan baik Aryan dulu tapi disebabkan satu perisitiwa mereka mula dingin antara satu sama lain.Bagi mereka King dan Aryan kedua duanya kuat dan hensem hehe.

Aku hanya memandang kosong wajah King.Tidak ada perasaan takut dengannya.

Aryan yang melihat King iaitu musuhnya menengking isterinya mula berasa bengang.Tangannya dikepal kuat bergitu jugak dengan rahangnya yang sudah bergerak sehingga timbul urat hijau di lehernya.

Aryan berjalan dan berdiri di tengah antara King dan Aisy.Aryan berdiri menghadap King dengan wajah dingin.

Pandanganku terhadap King terhalang oleh tubuh tegap dan tinggi Aryan yang berdiri di hadapanku.Tahu lah tinggi takyah lah berdiri depan aku yang kecil ni.

"Apa hak kau nak tengking dia.."Aryan mula bersuara dingin.Matanya menikam ke arah anak mata King.

King yang tadinya bengang bertambah bengang bila melihat Aryan a.k.a musuhnya seperti sedang melindungi gadis itu.

"Kau tepi sekarang,kau pon takda hak nak halang aku.Aku takda urusan dengan kau.Urusan aku sekarang ni dengan gadis tu.."King jugak turut bertikam mata dengan Aryan.

"Gadis yang kau sebut ni nama dia Aisy.Urusan Aisy urusan aku jugak.Jadi aku berhak masuk campur benda yang berkaitan dengan Aisy.Sebab Aisy milik aku,Milik Tengku Aryan.Jadi tiada siapa yang boleh milikki atau sakitti milik Tengku Aryan.Kau faham."Aryan berkata serius sambil menaikkan kedua dua belah keningnya.

Aku yang berada di berlakang Aryan sudah menggaru kepala yang tidak gatal itu.'Apa suami aku merepek ni'.Bisik hatiku.

King terus merasa tidak puas hati,lantas dia mencengkam kolar baju sekolah Aryan. "Aku cakap belah belah lah!!.Kau pekak ke!!"Tengking King di depan wajah Aryan.

Aryan yang bengang terus mencengkam baju kolar King jugak."Aku rasa kau tu yang pekak!!AKU DAH CAKAP TIADA SESIAPA BOLEH SENTUH ATAU SAKITTI MILIK TENGKU ARYAN!!!.KALAU KAU TAK PUAS HATI DENGAN DIA KAU HADAP AKU DULU!!!"Wajah Aryan berukar merah,sehingga menampakkan segala urat hijau timbul di lehernya.

Aku yang mula cuak melihat situasi sudah menjadi tegang lantas aku memegang lengan Aryan agar lelaki itu bertenang.

"Ar..Aryan.."Panggilku sambil menarik narik blazer yang di pakai oleh Aryan.

Aryan yang melihat wajah Aisy yang sudah berubah cuak lantas melepaskan genggaman pada kolar baju King.Tangan King yang berada di kolar bajunya ditepis kasar lalu dia memegang tangan Aisy untuk membawak gadis itu keluar dari kelas.

Baru sahaja Aryan dan Aisy ingin melangkah pergi.King dengan pantas menarik tangan Aisy.

Langkahku terhenti bila tangan kananku di pegang oleh King.Manakala tangan kiriku di pegang oleh Aryan.Gaya macam nak main tarik tali dan aku lah tali tu.

Aryan memandang tajam King. "Lepaskan tangan Aisy.."Aryan berkata dingin.

"No.Kau nak bawak dia pergi mana."King jugak memandang tajam anak mata Aryan.

Mereka berdua seperti sedang berlawan mata antara satu sama lain manakala aku yang berada di tengah antara King dan Aryan seperti tunggul hanya memerhatikan mereka berdua yang seperti singa kelaparan.

Dee yang melihat gadis itu seperti diperebutkan dua lelaki mula tidak puas hati.

"Aku cakap lepaskan dia King."Kesabaran Aryan mula menipis.

"Kau tu yang lepaskan dia."King jugak tidak mahu mengalah.

'Halah..halah..senang cita dua dua lepaskan aku..susah sangat ke..'Bisik hatiku.

Kedua dua belah tanganku yang berada di genggaman mereka cuba dilepaskan,tapi makin aku cuba makin kuat genggaman mereka pada tanganku.

Paan yang melihat Aisy seperti sedang menahan sakit mula merasa risau.

"Wey korang..lepaskan lah kesian Aisy.."Paan mula bersuara.

"Kau suruh bangsat ni lepaskan tangan Aisy.."Kata Aryan.Matanya masih memandang tajam ke arah King.

"Wey king.Lepaskan lah.."Roy pulak cuba membantu.

King tersenyum sinis."Jangan harap.Gadis ni akan aku buat jadi milik aku.."

Aryan mula hilang sabar mendengar kata kata King.Milik kau?.Dia bini aku lah woi!!.

"AKU CAKAP LEPASKAN DIA KING!!"

"JANGAN HARAP!"

Mereka berdua terus menarik tangan Aisy sehingga tubuh kecil gadis itu terhuyung hayang ke kiri ke kanan.

"Assalammualaikom.."

BERSAMBUNG..

Share this novel

Angah Ajalah
2020-07-31 22:40:01 

ni apa sambungan cerita ni..dah lama kl tak update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience