BAB 19

Romance Series 13403

-BAB 18-"Taknak tido dengan kau!.".Muktamad apa pon terjadi aku taknak tido dengannya.Pandangan tajamnya aku hiraukan tanpa ada rasa gentar.

"Nak!"

"Taknak!"

"Nak!"

"Taknak!"

"Nak!"

"TAKNAK!"-BAB 18-

Aryan yang sudah hilang sabar dengan isterinya itu terus mendekatkan diri dengan gadis dihadapannya itu lalu ditarik telinga belah kiri Aisy.

"Aduh!..aduh!.."Aku mengerang kesakittan bila telinga kiriku dipulas oleh Aryan.

"Bebaik kau cakap 'Nak'.."Kata Aryan sambil tangannya masih memulas telinga Aisy.Lantaklah capang telinga isteri aku ni,siapa suruh taknak dengar cakap suami!.

"Aduh!..Aryan lepaslah capang telinga aku nanti kau yang malu dapat isteri capang.."Tanganku menampar berulang kali ke tangan Aryan yang masih menarik telinga kiriku.

"Ada aku kesah,biar takda lelaki yang terpikat dengan kau.Aku tak kira aku nak kau tidur bilik dengan aku,because you're my wife now.."Kata Aryan masih menarik telinga gadis dihadapannya itu.

Aku berhenti meronta lalu memandang Aryan dengan sengihan nakal terukir,kesakittan di telinga kiri aku abaikan."Kau jealous erk?"Kataku dengan sengihan nakal sambil mencucuk perlahan pinggang Aryan berulang kali.Entah kenapa sejak sah menjadi isteri Aryan,terus perangai nakal muncul dalam diriku.

"Budak ni lah.."Aryan terus memulas kuat telinga Aisy bila melihat sengihan nakal di wajah gadis itu.Orang tengah serius dia main main pulak!.

"Aduh!Aduh!Aduh..sa..sakit.."Terus hilang wajah nakal aku bila Aryan menguatkan pulasan di telinga belah kiriku.Ini kalau di biar lama mahu capang betul.

"Yelah yelah aku tidur dengan kau..Lepaslah!,capang betul japgi hilang fans aku.."Sempat lagi bergurau walaupun telinga yang dipulas oleh Aryan rasa macam nak tercabut.

"Perasan ramai Fans.."Aryan melepaskan telinga Aisy lalu tangannya menepuk dahi Aisy sebelum memusingkan badan untuk masuk ke biliknya.

Melihat Aryan memberlakangiku,aku terus menjelir lidah dan angkat tangan acah acah nak pukul dia tapi cepat cepat aku turunkan tanganku dan berdiri tegak dengan muka tak bersalah bila Aryan memusingkan badannya menghadapku.Harap dia tak perasan apa aku buat kat belakang dia tadi.

"Ingat,aku bagi masa sejam kemas barang barang kau bawak masuk bilik aku.."Kata Aryan.

"Eleh.. bukannya jauh sangat bilik kau dengan bilik aku,bersebelahan je perlu ke nak amik semua barang aku masuk bilik kau.Macam jauh pulak.."Kataku menyampah.Macamlah bilik aku dengan dia jauh macam KL dengan Perak,grr.Asal perak?

"Kau ni kan.Sejak bila pandai melawan ni?."Aryan bersuara tidak puas hati sambil tangan mencekak pinggang gaya mak mak sangat.

"Entah.Aku pon pelik sejak bila aku pandai melawan,hehe.."Kata Aisy bersahaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan wajah polosnya.

Aryan terus membuat wajah toya bila melihat wajah polos dan jawapan bersahaja yang keluar dari mulut isterinya itu.Ikutkan hati aku swing jugak budak ni,nasib dah jadi isteri aku..

"Dah lah kau gi kemas barang kau.Pening aku layan kau ni.."Kata Aryan malas sambil menjulingkan mata ke atas.

Aisy menaikkan kedua dua belah bahunya. "Pening makan ubat."Kata Aisy singkat sebelum berlalu pergi masuk ke dalam bilik dengan wajah tak berperasaan.

Jatuh terus rahang Aryan melihat sikap bersahaja isterinya itu.Dia tak tahu ke aku tengah pening dengan perangai dia.Nasib kau lah Aryan..
*******
Selesai sejam lebih aku siap mengemas barang barang aku masuk ke dalam bilik Aryan,segala pakaianku terpaksa berkongsi dengan almari dia.Nak sangat aku tido sebilik dengan dia kan..

Selesai menyusun pakaian di dalam almari,mataku tertumpu pada Aryan yang sedang bersiap dengan pakaian seperti mahu keluar.

"Aku nak keluar jap,lepak dengan Roy and Paan sekejap.Malam nanti aku balik kita makan malam sama sama dekat rumah.."Kata Aryan sambil tangannya sibuk menyikat rambut di hadapan cermin.

Selesai menyikat rambut Aryan memusingkan badannya menghadap Aisy yang sedang berdiri di hadapan almari untuk mengambil tuala.Tiba tiba matanya ternampak sebuah gitar diletak menegak di sebelah almari.Setahu aku,aku takda beli gitar?.

"Aisy..Tu gitar kau ke?"Tanya Aryan.

Aku yang baru ingin melangkahkan kaki masuk ke tandas terhenti,lalu memusingkan badan menghadap Aryan yang sedang memerhati gitar di sebelah almari. "Yup.Kenapa?"Tanyaku.Ye,aku memang pandai main gitar sejak umur 9 tahun.Dan aku jugak suka bernyanyi sambil main gitar,bagi aku bernyanyi sambil bermain gitar dapat mehilangkan terkanan dalam diri aku.Lagi satu dengan cara bernyanyi aku dapat luahkan isi hatiku dengan memilih lagu yang sesuai dengan situasi aku sekarang.Sedih,sunyi,kosong dan rindu.Itu yang aku rasakan dalam diri aku sekarang.

Aryan mengangguk,agak sedikit teruja kerana memiliki isteri yang pandai bermain gitar. "Mesti kau pandai nyanyikan?.Selalunya orang yang pandai main gitar suara sedap.Bolehlah kau buat persembahan kat sekolah."

"Bolehlah setakat nyanyi untuk hilang bosan.Kalau buat persembahan memang tak lah,lagi pon aku tak suka jadi tumpuan orang ramai".Balasku.

"Baguslah tu.Aku pon tak suka kau jadi tumpuan orang ramai,lebih lebih lagi jadi tumpuan pelajar lelaki."Kata Aryan sebelum keluar dari bilik meninggalkan Aisy yang sedang berdiri kaku di depan bilik air.

"Pelik pelik je mamat ni.."Aku yang malas nak fikir maksud kata kata Aryan hanya mengabaikan sahaja lalu berjalan masuk kedalam tandas untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja membersihkan diri dan memakai baju tido piyama berwarna biru lengan panjang dan seluar pendek atas lutut,aku terus keluar dari tandas.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7:50 petang.Aku terus keluar dari bilik dan berjalan untuk menuju ke dapur.Sesampai di dalam dapur aku melihat Kak Siti sedang sibuk memasak tanpa sedar akan kehadiranku.

"Kak Siti masak apa tu?."Tegurku lalu berdiri di sebelah Kak Siti yang sedang mengacau lauk yang di masak di dalam periuk.

"Harini Kak Siti masak tomyam."Kata Kak Siti sambil tersenyum.

"Owh..Nak Aisy tolong apa apa?".Segan pulak kalau aku tak buat apa apa.

"Eh takpe takpe..Aisy kan baru lepas nikah,mesti penat.Aisy pergi lah duduk dekat depan tengok tv dulu.Nanti dah siap Kak Siti panggil.."

"Ermm..kalau macam tu Aisy pergi depan dulu.Kalau Kak Siti nak mintak tolong apa apa panggil je Aisy."Kata aku lalu berjalan pergi ke ruang tamu.

Baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa.

Ting!.

Telefon berjenama Oppo di dalam genggaman tanganku berbunyi menandakan ada mesej masuk.Skrin telefon dinyalakan dan terdapat satu mesej dari no tidak dikenali.

(019 424 ****)

Hati hati dengan orang sekeliling.Musuh ada di Malaysia.Tengku dalam bahaya!.

Wajah bingung terpapar di wajah.Tidak terlalu terkejut dengan mesej yang didapat,kerana aku sudah dapat mesej yang sama sejak 3tahun lepas.Cuma ayat kali ini agak sedikit berbeza. 'MUSUH ADA DI MALAYSIA'. "Maksudnya diri aku dalam bahaya kerana musuh yang aku tidak pasti siapa dan punca permusuhan ini berlaku ada di Malaysia?.Tapi kenapa aku?apa salah yang telah aku lakukan?.Siapa gerangan yang menghantar mesej kepadaku.Aku tahu orang yang menghantar mesej kepadaku berniat baik untuk menolongku,tapi siapa dia dan siapa musuhku.Apa yang telah terjadi yang aku tidak tahu.Aku tahu orang itu kenal rapat akan diriku kerana dia tahu aku merupakan anak Tengku.

Sedang otakku ligat memikirkan sesuatu,tiba tiba loceng pintu rumah berbunyi menandakan ada kedatangan seseorang.Entah kenapa hatiku menjadi tidak sedap hati.Jantungku berdegup dengan kencang bila loceng itu hanya berbunyi sekali lalu senyap seperti sedang menunggu untuk pintu itu dibukak.Mataku yang tertumpu pada pintu masuk itu teralih ke arah Kak Siti yang sedang berjalan ke arah pintu,mungkin dia jugak dengar akan bunyi loceng pintu itu.Lantas aku berdiri dan berlari anak ke arah Kak Siti untuk menghalangnya membukak pintu tersebut.Kak Siti memandang aku dengan wajah bingung.Aku menggelengkan kepala.

"Kak Siti pergi je masuk dapur biar Aisy yang bukakkan pintu.."Riak wajah tenang aku pamerkan untuk menyembunyikan wajah resah ketakutan agar Kak Siti tidak mengesyakki apa apa.

"Ok Kak Siti masuk dapur dulu.."Kak Siti berlalu pergi tanpa menanyakan apa apa soalan.

Aku melepas nafas lega lalu berjalan ke arah pintu masuk yang tertutup rapat itu.Bunyi loceng tidak lagi kedengaran,tapi naluri hatiku memaksa untuk aku membukak pintu tersebut.

Aku menarik nafas dalam dalam dan menghembus perlahan.Tombol pintu di pegang lalu memulas sebelum membukak perlahan pintu masuk itu.

KOSONG!?.

Tiada kelibat sesiapa di hadapan pintu mahu pon pagar.Hanya cahaya lampu yang sedikit menerangi kegelapan suasana malam.Tiba tiba aku merasakan ada sesuatu di bawah kakiku.Aku melihat ke bawah,dahiku berkerut melihat sampul surat sedikit sedarhana besar berwarna coklat terletak elok di atas lantai.

Lantas aku mengambil sampul surat itu dan terlihat namaku tertera pada sampul itu.

'TENGKU AISY DIANDRA BINTI TENGKU ANDIKA'
**********
Selesai makan malam bersama Mummy,Daddy dan Aryan.Aku memintak izin untuk masuk ke bilik.Surat yang aku dapat tadi sudah aku sorok di dalam beg sekolah,manakala isi didalam sampul surat itu belum aku ketahui lagi.Menunggu masa yang sesuai untuk bukak.

Aku masuk ke dalam bilik Aryan yang sudah menjadi bilik aku jugak.Aku duduk di atas tilam sambil badanku bersandar di kepala katil.Henfon berjenama Oppo di dalam poket baju tidur piyama lengan panjang di keluarkan.Mesej dari no tidak dikenali tadi di bukak.

(019 424 ****)

Bukak sampul itu dan kau akan tahu sedikit sebanyak tentang apa yang jadi.

Lama aku tenung mesej yang aku dapat sebentar tadi.Otakku ligat memikirkan sesuatu,sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.Aku yakin ada benda yang telah terjadi tentang aku dan keluarga aku yang aku taktahu.Dan aku pasti ada banyak benda yang aku taktahu tentang diri aku.Tanpa sedar aku mengeluh sedikit kuat.

"Kau asal?.Ada masalah ke?"

Hampir sahaja phone di tangan tercampak ke atas bila ada satu suara menegur dari berlakangku.Aku menoleh ke berlakang dan terlihat Aryan sedang berjalan ke arahku.Soalan yang ditanya aku abaikan lalu menoleh semula ke hadapan tanpa menghiraukan Aryan diberlakang aku yang sudah duduk di atas tilam.

"Tak baik memberlakangi suami.Soalan aku kau tak jawab lagi.Kau ada masalah ke?"Aryan bersuara lagi bila melihat Aisy hanya diam dari tadi.

"Takda apalah.."Jawabku malas lalu bangun dari duduk.

Baru sahaja aku ingin melangkah kan kakiku,tiba tiba Aryan menahan tanganku.Aku menoleh kepala keberlakang memandang wajahnya sambil menaikkan sebelah kening.'Apa'.

"Kau nak pergi mana?"Tanya Aryan.Tangannya masih tidak lepas dari menggenggam tangan kiri Aisy.

"Tido"Balasku singkat sambil cuba melepaskan genggaman tangan Aryan.Tapi tidak berjaya.

"Tido?..Kau nak tido mana?".Tanya Aryan dengan wajah bingung.

"Tido kat sofa.."Jawabku dengan tenang.

"Takpayah.Tido je atas tilam ni.."Kata Aryan.

Dahiku berkerut.Tido dekat tilam ni?..dengan Aryan.Memang taklah!.

Aku menggelengkan kepala tanda tidak mahu.Aku cuba menarik tanganku yang dipegang oleh Aryan tapi tidak berhasil,malah Aryan menarik kuat tanganku sehingga aku terduduk di atas peha Aryan.Pipi putih bertukar merah,terasa bahang di wajahku sekarang kerana malu terduduk di atas peha Aryan.

"Ma-maaf.."Kataku gugup sambil cuba untuk bangun tapi terhalang bila tangan Aryan mula melingkari pinggangku dengan kedua dua belah tangannya.Jantungku berdetak dengan laju,tubuhku tiba tiba mengeras dan terkaku dengan tindakkan Aryan.

Aryan mengeratkan lagi pelukkan di pinggang Aisy,lalu dia meletakkan dagu di atas bahu Aisy.Dapat dia hidu wangian berbau Vanila di tengkuk Aisy membuatkan dia menelan kesat air liurnya.Wangi!.

"Ar-Aryan..le..lepas"Kataku tergagap gagap.

Aryan menggelengkan kepala."Tido atas tilam ni dengan aku.."Kata Aryan lembut dengan mata terpejam akibat terlalu khayal dengan wangian di tubuh Aisy.

"Ta-tapi.."Kataku terpotong oleh Aryan.

"Kau isteri aku,jadi kau ada hak untuk tido sekatil dengan aku.Kita dah halal."Bisik Aryan di telinga Aisy.

Meremang bulu roma aku bila nafas Aryan bergitu dekat dengan telingaku.Aku menelan air liur kerana gugup.

Phone ditangan Aisy di ambil oleh Aryan lalu di letak di atas meja kecik bersebelahan dengan lampu tido.Lalu tubuh gadis itu diangkat gaya bridal style.

"Aryan kau..kau buat apa ni."Aku sedikit terkejut bila Aryan mengangkat tubuhku.Jangan buat hal!.

"Shhh~diam.."Kata Aryan lembut.Tubuh gadis itu di baringkan perlahan di atas tilam lalu menarik selimut agar menutuppi tubuh gadis itu sehingga paras dada.

Aisy terdiam,matanya terkebil kebil melihat gerak geri Aryan.

"Tido..jangan risau aku takkan buat 'benda' tu kalau kau tak sedia lagi.."Kata Aryan sambil mengusap perlahan rambut Aisy sebelum dahi gadis itu dikucup lembut."Good Night.."Kata Aryan sebelum menutup lampu bilik dan baring di sebelah Aisy yang dari tadi hanya diam membisu.

Aku memegang dadaku,terasa degupan jantung berdetak dengan laju.Aku menoleh ke arah Aryan yang berada di sebelah.Walaupun suasana di dalam bilik agak gelap aku dapat melihat sedikit wajahnya.Matanya terpejam menandakan yang dia sudah pon terlena.Lama aku menatap wajah lelaki yang sudah sah menjadi suamiku,entah kenapa muncul satu perasaan yang aku sendiri tak tahu perasaan apakah itu.Cinta?!.Tidak mungkin,aku tidak boleh jatuh cinta dengan Aryan bahkan mana mana lelaki sekalipon.Kerana aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang kerana aku gadis pembawa malang.Aku taknak perkara buruk terjadi dekat Aryan kerana kemunculanku hanya membawak malang sahaja.Walaupun dia telah menjadi suamiku,tapi aku perlu memikirkan masa yang tepat untuk pergi meninggalkannya,aku takut jikalau ada perkara buruk terjadi ke atas Aryan kerana kemunculan aku di dalam hidupnya.Aku tak boleh jatuh cinta dekat Aryan!.

Perlahan lahan aku bangun dari perbaringan dan turun dari katil.Tidak mahu tidur Aryan terganggu.Aku mengambil gitar yang berada di tepi almari lalu pintu kaca balkoni aku bukak secara perlahan lalu melangkah keluar sambil membawak gitar.Pintu kaca balkoni aku tutup lalu duduk di atas kerusi yang tersedia di balkoni luar bilik Aryan.Angin malam menerpa ke wajahku,membuatkan tubuhku sedikit menggigil kerana kesejukkan di malam hari.Gitar di tangan aku letak di atas riba.Bunyi petikan gitar dariku mula memenuhi ruang di balkoni sambil mataku melihat ke arah bintang bintang yang menerangi langit malam.

Saat ku sendiri, ku lihat foto dan video
Bersamamu yang telah lama ku simpan
Hancur hati ini melihat semua gambar diri
Yang tak bisa, ku ulang kembali..

Bait bait lirik disebut,dilafaz dengan penuh penghayatan.Aisy memejam mata.Jasadnya terasa terapung.Dia Hanyut.memori lama mula bermain di fikiran.

Ku ingin saat ini, engkau ada di sini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu

Rindu?Ya..Aku rindu.Rindu akan senyumannya,rindu akan belaiannya,rindu dengan suaranya.Aku rindu semua tentang dia.

Segala cara telah kucoba
Agar aku bisa tanpa dirimu,
Ho-oh
Namun semua, berbeda
Sulitku menghapus kenangan bersamamu..

Kenangan manis kita bersama takkan aku lupakan,bahkan bila teringat kembali membuatkan air mataku mengalir dengan deras.

Ku ingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah
Bukan diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu,
Ho oh
Hanya rindu
Ho-oh

Kalau diberi perluang bertemu dengannya,aku ingin mohon maaf lepas apa yang telah aku buat.Aku menyesal!.Dia mati dalam keadaan jiwa terseksa.Kerana kau jiwa dia terseksa!.

Ku ingin saat ini, engkau ada di disini
Tertawa bersamaku, seperti dulu lagi
Walau hanya sebentar, Tuhan tolong kabulkanlah

Bukannya diri ini tak terima kenyataan,ho oh

Tanpa sedar air mata sudah mengalir membasahi pipi.

Bukannya diri ini tak terima kenyataan
Hati ini hanya rindu
Ho-oh
Hati ini hanya rindu, hmm
Ku rindu senyummu, Ibu..

Petikan gitar terhenti.Sebab kau ibu mati!..sebabkan kau Aisy sebab kau ibu kau mati!.Rasa bersalah yang sedia menebal,kini buat dia terasa sesak tak bernafas.Paru parunya terasa sakit,mencari oksigen yang terasa disedut keluar.Sampai mati Aisy, kau kena tanggung rasa serba salah dan berdosa itu.

Tak ada sesiapa yang boleh tolong kau.

Air mata cuba ditahan agar tidak lagi mengalir,tapi dia tidak mampu akhirnya dia tewas, air matanya mengalir dengan deras pada malam itu.

Tanpa Aisy sedar Aryan sedang memerhati dirinya yang sedang menangis di balkoni.

Aryan memegang dadanya,terasa sakit bila melihat gadis itu menangis tidak henti henti.Nak saja dia berjalan ke arah Aisy dan memeluk erat tubuh itu agar berhenti menangis.Tapi dia tidak mampu,kerana dia tahu Aisy ingin bersendirian,tidak mahu diganggu.Biarlah gadis itu melepaskan semua masalahnya dengan air mata kalau itu mampu memberi kelegaan dalam dirinya.

Aryan menutup pintu kaca balkoni yang tadi dibukak sedikit,lalu dia berjalan ke arah katil untuk baring.Tidak sanggup dia melihat keadaan Aisy yang sedap menatap kesedihan

"Aku janji aku akan jaga kau dan sayang kau sehingga jasadku tidak lagi bernyawa...itu janji aku.."Aryan memejamkan matanya lalu terlena dibuai mimpi..

BERASAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience