-BAB 17-Aku yang malas nak berperang mulut dengan Aryan hanya pasrah dan biarkan sahaja,otak aku ligat memikirkan perubahan tentang diri Aryan.Dia tak seperti Aryan yang pernah aku jumpa pertama kali,kasar dan dingin.Dia hanya akan menjadi Aryan yang sebenar bila di sekolah sahaja,bila dengan aku dia nampak agak pelik..-BAB 17-
-ARJUNA POV-
Arjuna bersandar di kerusi sambil tangannya mengelap pistol berwarna emas kesayangannya itu.Sedang sibuk dia mengelap pistol kesayangannya itu,tiba tiba telefon yang berada di atas meja berbunyi menandakan ada seseorang menghubunginnya,lantas dia meletak pistol yang berada ditangannya ke atas meja lalu mencapai telefonnya dan tertera nama anak buahnya di skrin telefon,tanpa banyak fikir dia menekan warna hijau di skrin telefonnya..
(DALAM TALIAN)
"Hello Boss..kami ada berita yang ingin disampaikan mengenai Kakak Boss.."
"Apa?..kenapa dengan Kak Aisy?"Tanya Aryan dengan wajah risau,risau akan ada perkara buruk menimpa kakak kesayangannya.
"Kami dapat maklumat yang Kakak Boss akan bernikah tiga hari lagi.."
"WHAT!..NIKAH!?..DENGAN SIAPA!?"Arjuna menghentak meja dengan wajah terkejut,suaranya meninggi kerana terkejut akan berita pernikahan Kakak kandungnya itu.
"Err..Boss jangan jerit plss,naik pekak telinga saya..Nama lelaki yang akan dinikahi Kakak Boss nama dia Tengku Aryan Bin Tengku Iskandar..kami dah siasat pasal dia.Dia merupakan ketua pengawas dan anak pengetua di Kingdoll Highschool iaitu tempat Boss belajar..Lelaki itu sebaya dengan Kakak Boss..Dan saya dapat maklumat lagi yang Kakak Boss merupakan anak angkat Tengku Balqis iaitu Mummy kepada Tengku Aryan.Keluarga dorang boleh tahan kaya dan dikatakan syarikat keluarganya no 2 paling berpengaruh di Malaysia..Lagi satu pernikahan dorang di buat secara rahsia hanya keluarga terdekat sahaja dijemput.."
Arjuna terdiam seketika,lalu dia mengukirkan senyuman bila mendengar nama lelaki yang akan dinikahi oleh Kakaknya.Tengku Aryan..ya dia ingat sekarang.Kakaknya pernah menyebut nama lelaki itu ketika peristiwa Kakaknya ditampar oleh seorang pelajar perempuan dan Tengku Aryan lah yang telah membalas dendam kepada perempuan yang telah menyakitti kakaknya.Dia yakin lelaki itu mampu menjaga Kakaknya.Lega dia bila mengetahui lelaki itu bakal suami Kakaknya.
"Kalau macam tu takpe lah,yang pasti aku nak korang tetap awasi Kakak aku dan ketika hari penikahan dorang nanti aku nak korang awasi dari luar rumah,pastikan takda musuh atau orang yang mencurigakan datang ke hari pernikahan dorang nanti.Aku nak korang berwaspada,aku takut pihak musuh tahu siapa Kakak kandung aku.Yang penting berhati hati,aku tahu ada mata mata jahat sedang memerhati.."
"Baik Boss.."
Talian dimatikan,Arjuna meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu menyandarkan badannya di kerusi dengan wajah gembira. "Tengku Aryan..Aku harap kau dapat jaga Kak Aisy dengan baik.."Arjuna memejamkan mata sambil menghela nafas lega.Lega kerana dia tidak perlu terlalu risau akan keselamatan Kakaknya kerana telah ada orang yang dipercayai berada di sisi Kakaknya.Walau bagai mana pon dia perlu berhati hati dan tetap akan menyuruh anak buahnya mengawasi Kak Aisy sentiasa,dia risau yang Tengku Aryan jugak akan menjadi mangsa kepada musuh musuhnya.Sampai sekarang dia berfikir kenapa ada orang yang ingin membunuh dan membalas dendam atas dirinya dan jugak Kakaknya,sampai sekarang masih belum ada jawapan.Tiba tiba dia teringat akan satu persitiwa yang membuatkan dia perlu menghantar anak buahnya untuk lindungi Kakaknya.
-FLASHBACK 3TAHUN LEPAS-
Sedang Arjuna menikmatti makan malamnya sambil ditemani oleh beberapa anak buahnya di berlakang dan sekeliling meja makannya,tiba tiba henfonnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk.
Ting!
Aryan meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan lalu mengeluarkan henfon di poket seluarnya dan membaca mesej yang di hantar oleh no yang tak dikenali.
**HAI.TENGKU ARJUNA BIN TENGKU ANDIKA CUCU KEDUA ALEXANDER..TAK SANGKA CUCU ALEXANDER YANG AKU CARI SELAMANI MERUPAKAN KETUA MAFIA THE FIRE..HAHAHA..TAPI SAYANG CUCU SULUNG ALEXANDER IAITU TENGKU AISY DIANDRA BELUM DITEMUI LAGI..TAPI TAKPE AKU AKAN CARI DIA DAN BILA AKU DAH TAHU SIAPA KAKAK KAU AKU AKAN HAPUSKAN KEDUA DUA CUCU ALEXANDER IAITU KAU DAN KAKAK KAU!..TUNGGU AKAN PEMBALASAN AKU UNTUK KETURUNAN ALEXANDER.***
Arjuna menghentak tangan kanannya di atas meja makan tersebut sehingga kesemua anak buahnya yang berada di situ terkejut dan kecut perut melihat wajah bengang Arjuna.Api mula membara di dalam hatinya bila membaca mesej dari nombor yang tidak dikenali,lebih lebih lagi orang itu cuba untuk menghancurkan dia dan kakaknya.Darah dalam badan Arjuna sudah mendidih bila ada orang yang berani mengugut dirinya,berani sungguh orang itu mencari pasal dengannya.
"Silap orang kau cari pasal,kau sentuh kakak aku kau tahu nasib kau.Aku kena cari dan lindungi Kakak aku.."Bisik hati Arjuna sambil menggenggam kuat henfon di tangannya sambil menahan api kemarah yang sudah bernyala dalam tubuhnya.Orang yang cuba sakitti orang yang aku sayang akan terima padahnya!.
Dan baru dia teringat. "Alexander?..aku cucu Alexander?..Siapa Alexander,aku tak pernah dengar nama itu..Maksudnya dia atok aku lah?..tapi kenapa aku tak tahu.Nama Alexander bukan nama orang melayu,jadi kemungkinan Alexander Ayah kepada Ibu aku,kerana ibu aku merupakan keturunan inggeris,tapi masa aku kecil aku tak pernah jumpa atau pon tahu akan nama atok dan keluarga belah ibu aku..Aku kena siasat..Kalau betul aku dan kakakku merupakan cucu Alexander,aku kena cari orang tua itu untuk mengetahui kenapa ada orang yang cuba mencari dan ingin membunuh aku dan kakakku.."
-END OF FLASHBACK-
Sejak dari itu Arjuna mengupah anak buahnya untuk cari dan lindungi Kakaknya dan sehingga sekarang dia tidak dapat mengesan siapa musuh yang cuba menghancurkan hidup dia dan kakaknya,bergitu jugak Alexander,dia belum menjumpai siapa orang tua itu.Dia perlu cepat mencari orang tua itu untuk mengetahui punca sebenar.Dia yakin ada sesuatu yang dia dan kakaknya belum tahu tentang siapa diri mereka sebenarnya,sampai ada musuh yang cuba untuk menghancurkan dia dan kakaknya.Apa yang telah terjadi sehingga ada orang berdendam dengan keturunan Alexander?.
-END OF ARJUNA POV-
-----------------------------------------------------------------
Harini merupakan hari pernikahan antara Aisy dan Aryan,dimana hari ini mereka akan disatukan menjadi suami isteri dalam usia 17tahun.
Sedang aku duduk termenung di depan cermin,tiba tiba pintu bilik ku dibukak dari luar dan muncul lah seorang lelaki yang yang berpakaian serba serbi berwarna pink.Pink!..Lelaki itu tersenyum sambil berjalan ke arah aku dengan jalan terkepit kepit dah macam sotong aku tengok.Lelaki itu berdiri dihadapanku lalu menghulurkan tangan ke arahku.
"Err..abang ni siapa?"Tanyaku dengan dahi berkerut.Tangan yang dihulurnya aku abaikan.
"Choi!!!..U jangan panggil I abang ok,..I tak suka..."Kata Si maknyah itu dengan gaya gediknya.
"Salah ke apa aku cakap?..betul lah dia abang kan?..takkan nak panggil Hakak pulak.."Bisik hati hatiku,sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Btw..u can call me Kak Sally ok.."Kata Sally sambil memegang tangan Aisy untuk bersalaman.Penat dia hulur tangan dari tadi.
"Kak Sa-Sally?.."Aku memandangnya atas bawah dengan wajah blurr.Sally atok dia..dah macam Salleh dah aku tengok.
"Abang..Eh! sorry maksud saya Kak Sally ni siapa ye?"Tanyaku dengan wajah tanda tanya.Yelah tiba tiba ada sotong terlepas masuk bilik dia,dah lah dia tengah cuak nak nikah harini tiba tiba muncul adik beradik sajat kat sini..
"Dik Aisy nampak tak apa kat tangan Kak Sally ni.."Tanya Sally sambil mengangkat Beg berisi Make Up di hadapan Aisy.
"Beg Make Up.."Kataku.
"Yes pandai pon..jadi Kak Sally harini datang sebab Tengku Balqis upah Kak Sally untuk Make up Dik Aisy..harinikan Dik Aisy nak nikah.."Kata Kak Sally sambil menarik kerusi di sebelahnya dan duduk berhadapan dengan Aisy.
Aku hanya meng 'o' kan aja.Dari gaya lelaki di hadapanku ini memang nampak dia sesuai jadi Mak Andam.AHAHAH.
"Tak sangka pandai Tengku Balqis cari bakal menantu,cantik macam anak mat salleh..Kak Ros tengok Dik Aisy tak payah pakai bedak or foundation bagai sebab muka Dik Aisy dah putih,senang kerja mak.."Ros terus mengeluarkan barang mekup di dalam beg yang dibawanya lalu terus melakukan tugasnya untuk menghias wajah gadis cantik di hadapannya itu.
Hanya mengambil masa 5minit sahaja Ros menghias wajah gadis di hadapannya itu.Tak perlu amik masa yang lama kerana gadis itu memang semula jadi cantik tanpa menggunakan sebarang mekup,jadi Ros hanya menghias sedikit sahaja wajah gadis itu.
"Dah siap!..Dik Aisy mekup nipis pun dah cantik macam bidadari,kalau Dik Aisy mekup tebal takut si Tengku Aryan tu tak keluar bilik pulak lepas nikah ni hehe.."Gurau Ross sambil mengenyitkan sebelah mata pada gadis di hadapannya itu.
Bahang muka aku bila mendengar kata kata si sotong di hadapan aku ni.Jangan buat main aku dah lah tengah cuak ni,dia boleh cita pasal tak keluar bilik pulak.Kang sotong ni aku buat tak keluar bilik biar terkurung dalam tandas!.
"Aisy jom turun tok kadi semua dah sampai kat bawah,majlis nak mula dah.."Panggil Mummy di hadapan bilik.
Aku menarik nafas dalam dalam sebelum melangkah keluar dari bilik.Sesampai sahaja di bawah boleh tahan ramai jugak yang datang, semua mata memandang ke arah aku dengan wajah tergamam.Dah kenapa pulak usha aku macamtu,ada yang tak kena ke dengan muka aku.
"Uish cantiknya bakal menantu kau Balqis.."Tegur seorang wanita yang sebaya dengan Tengku Balqis,mulut wanita itu terbukak sedikit melihat wajah Aisy
Semua yang berada di situ seakan tergamam dengan kecantikkan Aisy.Manakala kaum adam semua terlopong dan kaku melihat kejelitaan Aisy yang mengenakan baju nikah berwarna putih sesuai dengan kulitnya yang putih pucat dan warna anak mata biru pekat sungguh menarik perhatian semua tetamu di situ,para lelaki muda yang melihat semua menelan air liur kerana terpegun akan gadis yang disangka kan bidadari yang tiba tiba muncul.Sungguh bertuah lelaki yang memilikki gadis itu.
Aryan tergamam bila melihat Aisy yang sedang menurunni tangga.Jantungnya berdetak dengan laju bila melihat kecantikkan gadis itu membuatkan dia terasa ingin cepat cepat memilikki gadis itu.Wajahnya yang jelita itu membuatkan matanya tidak berkelip dan mengekori gerak geri gadis itu tanpa menghirau orang di sekelilingnya."Cantik!"Bisik hati Aryan sambil menelan kesat air liurnya.
Aku duduk di tempat yang telah di sediakan untuk pengantin.Dapat dilihat Aryan yang tidak jauh dariku sedang duduk di hadapan Tok kadi yang sudah bersedia.Aku melihat Aryan memandang aku dengan mata yang tidak berkelip membuatkan aku sedikit tidak selesa.Pandang depan lah woi!..tok kadi kat depan!.
"Ehem!..tahu lah bakal bini cantik.."Tegur Tok Kadi yang perasan Aryan dari tadi melihat ke berlakang memerhatikan bakal isterinya dengan mata tidak berkelip.
Aryan tersentak mendengar kata kata Tok Kadi lantas dia memandang ke hadapan semula.Dia menahan malu bila semua tetamu yang ada disitu tergelak kecil melihat kelakuannya tadi yang tidak sedar akan Tok Kadi di hadapannya yang sudah bersedia.Bini cantik mana nak sedar orang sekeliling!.
"Baiklah..Pengantin lelaki sudah bersedia?"Tanya Tok Kadi.
Aryan mengangguk laju tanda dia sudah bersedia.
Baru sahaja Tok Kadi ingin menghulurkan tangan tiba tiba ada satu suara yang menjerit menghentikan perbuatan Tok Kadi.
"Berhenti!".Semua mata memandang ke arah suara itu,telihat dua orang lelaki lengkap berbaju melayu muncul secara tiba tiba.Dua orang lelaki itu tersengih sambil membetulkan pakaiannya. "Aryan tak boleh bernikah selagi.........Selagi kami takda untuk saksikan pernikahan mereka berdua.."Kata salah seorang lelaki baju melayu hitam dengan senyuman bangga manakala kawannya yang baju biru hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal kerana malu dengan sikap over kawannya itu.Memalukan.
Terlopong mulutku mendengar kata kata lelaki itu.Gila apa mamat ni.
Tok Kadi menoleh ke berlakang melihat ke arah dua lelaki yang membuat kecoh itu lalu memandang semula ke arah Aryan di hadapannya dengan wajah tanda tanya.
Aryan tersenyum kelat lalu tersengih."Err..ma maaf..itu kawan kawan saya.."Kata Aryan yang sudah menahan malu melihat sikap bangang kawannya itu.
Kedua dua lelaki itu datang ke arah Aryan lalu duduk di sebelah Aryan dengan selamber badaknya.Lelaki baju hitam masih dengan senyuman bangganya tidak ada perasaan malu dalam dirinya.Manakala lelaki baju biru menundukkan kepala memohon maaf dekat tetamu yang sedang memandang mereka.
"Err..boleh Tok mulakan?"Tanya Tok Kadi.
"Boleh boleh.."Sampuk lelaki baju hitam itu.
Aryan hanya menjeling tajam ke arah kawannya yang berada di sebelahnya.Nak je ku luku kepala dia ni.
Tok Kadi berdehem sebelum menghulurkan tangan ke arah Aryan.
Aryan menarik nafas lalu huluran Tok Kadi itu di sambut.
"Tengku Aryan Bin Tengku Iskandar"
"Ye saya"Sambut Aryan dengan debaran.
"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Aisy Diandra Binti Tengku Andika dengan Mas kahwin RM 2000 tunai"
Aryan seakan tergamam mendengar nama ayah Aisy. "Asal nama lelaki tu macam...Argh! tak mungkin ramai lagi nama Andika bukan bapak dia sorang"Bisik hati Aryan.
"Aku terima nikahnya Tengku Aisy Diandra Binti Tengku Andika dengan Mas kahwinnya RM2000 tunai"
Tok Kadi memandang beberapa saksi di situ lalu semua mengangguk.
"Sah"
Terasa masa berjalan dengan pantas.Tak sangka lelaki dingin dan garang yang membencikan diriku akhirnya menjadi suamiku yang sah.
Mummy yang berada di sebelahku menggengam tanganku dengan senyuman.Aku hanya tersenyum kelat kerana pernikah ini atas dasar paksaan tanpa ada rasa cinta antara satu sama lain.
Aryan berdiri dan berjalan ke arah dimana Aisy sedang duduk.
Melihat Aryan berjalan ke arahku air mata jatuh setitik demi setitik.Tiba tiba teringat dekat Ayah,sepatutnya dia ada dimana anaknya akan bernikah tapi sayang baginya aku bukan lagi anak kandungnya.
Aryan melutut di hadapan Aisy sehingga mata mereka bertentangan.Aryan lantas mengelap air mata yang membasahi pipi Aisy dengan ibu jarinya lalu menarik lembut tangan Aisy dan disarungkan cincin di jari Aisy.Bergitu jugak Aisy menyarungkan cincin di jari Aryan.
Aisy mengangkat muka dan memandang ke arah Aryan.Aryan seakan tersentak melihat Aisy memandangnya,laju sahaja jantungnya berdetak seakan sedang berlumba lari melihat kecantikkan wajah gadis dihadapannya.Pandangan gadis itu membuatkan dia sukar untuk bernafas,baginya pandangan gadis itu hanya boleh diperlihatkan olehnya dan tidak ingin berkongsi dengan orang lain.Lantas Aryan mendekatkan wajahnya di telingat Aisy.
"Plesee..jangan pandang lelaki lain dengan pandangan tu..pandangan tu hanya untuk aku sorang Because I'm your husband now.."Bisik Aryan serius membuatkan Aisy terkedu mendengar kata kata lelaki itu.
Aryan menjauhkan semula wajahnya dari telinga Aisy dan memandang tepat ke arah anak matanya Aisy dengan wajah yang susah difahammi.
"Aryan cium dahi Aisy dan Aisy cium tangan Aryan.."Arah Tengku Balqis.
Aku dan Aryan hanya menurutti arahan Tengku Balqis.Aku teragak agak untuk mencium tangan Aryan sehinggalah bibirku bersentuhan dengan tangan kasar Aryan.
Manakala Aryan tanpa teragak agak terus mencium dahi gadis yang sudah halal untuknya.
KLIK!..KLIK!..KLIK!
Jurugambar mula menjalankan tugas mereka untuk mengambil gambar pasangan suami isteri yang baru sah sebentar tadi.
•
•
•
•
•
Aku dan Aryan berdiri di depan pintu masuk bila melihat semua tetamu sudah berangsur pulang hanya tinggal Aku,Aryan,Mummy,Daddy dan dua ekor beruk yang membuat kecoh di majlis dorang tadi.
"Jom..aku nak kenal kan kau dengan kawan kawan aku.."Aryan menarik lembut tangan Aisy lalu berjalan menuju ke arah dua ekor eh silap dua orang kawan Aryan yang sedang duduk di sofa.
Sesampai sahaja di hadapan mereka.Terus dua orang lelaki itu berdiri tegak di hadapan kami berdua dengan tersengih sengih macam kerang busuk.
Aku memandang mereka atas bawah,hmm boleh tahan hensem kacak bergaya tapi tak boleh lawan suami aku.Ceh! mengaku suami nampak..
"Btw..ni pompuan yang kau cerita kat kita orang ke?"Tanya lelaki baju hitam itu.Mereka dua terpegun melihat gadis dihadapan mereka yang sekarang ini sudah menjadi milik Aryan yang sah.Gadis itu tak nampak seperti orang melayu,mungkin ada kacukan.Tapi yang menarik perhatian mereka adalah mata gadis itu,sangat menawan dengan mata berwarna biru pekat dan kulitnya yang putih melepak itu membuatkan mereka menelan air liur,lebih lebih lagi dengan bibir gadis itu nampak mengiurkan.
"Ehem!..ye gadis yang korang pandang sampai nak telan tu lah isteri aku yang aku cerita.."Aryan memandang tajam ke arah dua orang sahabatnya itu,rasa sakit hati bila ada lelaki yang memandang isterinya lain macam.
Apa yang mamat ni cerita pasal aku kat dorang pon aku tak tahu..harap dia cerita yang baik baik jelah heheh...
Mereka berdua tersentak mendengar deheman Aryan lalu tersengih.
"Err..Aku Roy.."Kenal lelaki baju hitam itu sambil menghulur tangan ke arah Aisy.
Baru sahaja aku ingin menyambut huluran tangan Roy tiba tiba Aryan dengan pantas memegang tangan aku dan menjeling tajam ke arah aku.Dia jealous ke apa?
"Kedekut!"Roy mencebik tidak puas hati lalu menurunkan tangan yang dihulurkan tadi.
"Aku Paan.."Kenal lelaki berbaju biru itu lalu mengukirkan sebaris senyuman.
"Aku Aisy.."Aku perkenalkan diri aku jugak walaupun dorang dah tahu nama aku haha.
"Dorang dua ni kawan rapat aku dari form 2 sampai sekarang and dorang satu kelas dengan kita.."Terang Aryan.
Aku memandang Aryan dengan wajah tanda tanya.Satu kelas?..asal aku tak pernah nampak dorang?.
"Mesti kau tertanya tanyakan kenapa aku dengan Paan takda masuk kelas.."Roy mengangkat sebelah kening.
Aku hanya menganggukkan kepala.Pelik!
"Sebenarnya Aku dengan Paan ada latihan bola sepak dekat johor selama sebulan sebab tu lah kau tak nampak kitaorang..Dan harini kitaorang dah habis latihan kat sana jadi nanti habis cuti sekolah ni kitaorang masuk lah..Aryan sepatutnya ada sekali tapi Mummy dia tak bagi sebab dia kan ketua pengawas..kang kalau dia takda mahu hancur sekolah tu..haha"Terang Roy panjang lebar.Sempat dia menyiku tangan Aryan.Aryan hanya membalas dengan jelingan.
Patutlah pertama kali aku masuk sekolah tu aku perasan ada dua meja kosong depan aku and Aryan.Rupanya tempat dorang.Ingatkan si Aryan ni takda kawan ada rupanya..
(SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG ARYAN,ROY DAN PAAN)
-Mereka bertiga dikenali sebagai H-BOYS atau lebih dikenali sebagai Hot Boys(H-BOYS),Kumpulan itu diketuai oleh Aryan sendiri.Mereka bertiga berkawan rapat dari form 2 sampai sekarang,dan mereka bertiga adalah lelaki yang paling Hot di KINGDOLL HIGHSCHOOL.
ROY-Seorang yang Annoying,tidak mempunyai perasaan malu,Terlampau Over dan seorang yang Playboy...
PAAN-Tak banyak cakap,seorang yang Cool,berhati lembut tapi kalau marah jaga jaga..
ARYAN-Ha korang dah tahu kan?..tapi takpe Author terangkan jugak.Seorang yang panas baran,dingin,kasar,tidak minat untuk bercinta kerana pernah dilukai,tapi bukan bermakna dia Gay ye anak anak,dia masih normal lagi.Ketua pengawas,kapten bola sepak,ketua kelab taekwando dan hebat dalam mempertahankan diri,juara berturut turut dalam pertandingan taekwando.
(Sampai sini sahaja penerangan ye anak anak sekalian)
"Dah lah korang dua pergi balik aku ngan isteri aku nak rehat.."Kata Aryan cuba menghalau kawannya balik.
"Fuyoo!..Mengaku isteri bhai!..Lek lah tak sabar lah tu nak ehem ehem..kau kena ingat tahun ni kita spm,lepas spm baru buat.."Usik Roy sambil tersenyum nakal,manakala Paan di sebelah sudah menyiku lengan Roy sambil menahan ketawa.
Berbahang wajah aku mendengar usikkan Roy tadi,nak je aku tendang dia keluar sekarang jugak.
Aryan menjulingkan mata ke atas,bukan dia tak biasa dengan usikkan Roy.Dari dulu sampai sekarang ada je dia nak kenakan. "Dah lah gi balik aku nak tido penat.Jumpa kat sekolah je.."Kata Aryan malas.
"Yelah orang dah ada bini kan..Pape jumpa kat sekolah bro.."Roy,Paan dan Aryan terus bersalam dengan gaya mereka.
"Btw..aku nak rahsia pernikahan aku dengan Aisy korang simpan,jangan bagitau siapa siapa..Lagi lagi budak sekolah kita.Aku tahu korang pecahkan rahsia ni,muka korang dua aku pecah.Kawan tak kawan,pandai pandai jaga mulut."Ugut Aryan sambil memandang tajam ke arah Roy.Bukan dia boleh percaya sangat Roy ni,mulut macam pakcik bawang.
"Asal kau usha aku camtu?..aku tahu lah nak jaga mulut.."Kata Roy sambil membalas jelingan pada Aryan.
****
Selesai sahaja dua orang kawan Aryan balik,aku dan Aryan naik ke tingkat 3 untuk masuk ke dalam bilik masing masing.Sesampai sahaja di atas aku jalan berjalan menuju ke bilik aku,baru sahaja aku ingin membukak pintu bilikku tiba tiba tanganku di tahan oleh Aryan.Aku menoleh ke arahnya sambil menaikkan kedua dua belah keningku 'Apa'.
"Kemas barang barang kau lepastu letak dekat bilik aku.."Kata Aryan.
"Ha?..kenapa?".Kenapa pulak nak kena letak barang aku kat bilik mamat ni?.
"Mulai sekarang kau tido bilik aku.."Kata Aryan dengan riak wajah biasa.
"Ha!?..asal pulak..taknak aku tido dengan kau.."Aku menolak taknak aku tido sebilik dengan mamat ni,buang tebiat ke apa.
"Pilih salah satu..Tido dengan aku dekat bilik aku atau pon..Aku tido dengan kau dekat bilik kau.."Aryan memberi dua pilihan yang bagi Aisy dua dua sama je,tetap kena tido dengannya satu bilik.
"Ish!..tido bilik masing masing je.."Aku tetap dengan pendirian aku untuk taknak tido sebilik dengannya.
"No..No..pilih salah satu yang aku cakap..tido dengan aku tapi dalam bilik kau atau pon bilik aku.."Tegas Aryan sambil memandang tajam Aisy.
"Taknak tido dengan kau!.".Muktamad apa pon terjadi aku taknak tido dengannya.Pandangan tajamnya aku hiraukan tanpa ada rasa gentar.
"Nak!"
"Taknak!"
"Nak!"
"Taknak!"
"Nak!"
"TAKNAK!"
-BERSAMBUNG-
Share this novel