HALA TUJU BARU WAWASAN BARU

Other Series 1500

"Mesyuarat akan bermula...Datuk!"

Aina mengingatkan bosnya.Datuk Hisyam Ali masih lagi kelihatan sibuk meneliti sesuatu sambil menghadap laktopnya.Dia akan membuat satu presentasi di dalam satu mesyuarat yang akan dimulakan sedikit waktu lagi.

"Ok! I datang sebentar nanti."

Jawab Hisyam.
Aina terus berlalu pergi smbil mendapatkan mereka yang telah berkumpul di dewan mesyuarat.Jam di tangan diperhatikannya seketika, sudah menunjukkan hampir ke pukul sembilan pagi.Aina berhenti sebentar untuk ke biliknya.Terpampang nama Siti Zuraina di pintu bilik itu selaku Setia Usaha Ke Hormat Parti.Jelas dapat dilihat kewibawaan seorang pemimpin yang bijak di dalam mengendalikan perjalanan pergerakan sebuah parti politik di situ.Memang dia sering mendapat pujian serta pengiktirafan oleh ahli anggota parti dan tidak kurang juga daripada pihak asing yang pernah berurusan dengannya.Mereka rata rata memuji kerajaan yang ada sekarang serta betapa negara begitu sungguh beruntung memiliki seorang pemimpin seperti Datuk Hisyam Ali.
Mesyuarat yang disertai oleh para anggota tetap serta ahli anggota majlis tertinggi parti Anak Watan yang telah dipengerusikan Hisyam sendiri cukup membuahkan satu resolusi yang bersifat ada pembaharuannya jika diambil kira pada kadar semasa di ketika ini.Di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang Aina ada menunjukkan responnya terhadap cadangan Hisyam memperkenalkan satu cara serta delivery order yang cuba diserapkan bosnya itu ke dalam sistem pentadbiran yang sedang diterajuinya sekarang ini.Aina juga turut menyarankan agar bosnya itu menerapkan nilai nilai estetika berunsur kemurnian serta ditambahbaikkan lagi dengan sistem yang sedia ada secara berkala untuk di masa akan datang.Hisyam sentiasa meminta buah pendapat serta idea idea baru daripada anak buahnya itu dari semasa ke semasa dan sering kali juga memberi tunjuk ajar kepada gadis berkulit gebu itu demi melihat suatu ketelusan kepimpinan ada terbentuk di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan parti dengan memasang satu jaringan rangkaian jentera parti yang lebih memberi kesan atau lebih siknifikannya terhadap perjalanan pergerakan di kalangan anggota parti itu sendiri.Aina yang dilihatnya berpotensi besar selaku orang kuat parti sering juga mencelah serta menunjukkan sikap positifnya terhadap prinsip kepimpinan bosnya itu setelah mereka berdua semenjak sekian lama berada di landasan perjuangan politik tempatan yang sama.Hisyam ada juga sekali sekala cuba mengusik teman gadisnya itu tentang sikap serta kelemahan yang ada terdapat di kalangan golongan hawa di dalam perjuangan parti.Dia cuba menunjukkan signal awal kepada Aina setelah menyedari terdapat kelemahan yang begitu ketara sekali di pihak anggota pergerakan wanita atau sayap kiri parti Pertubuhan Gabungan Anak Watan Melayu Kebangsaan itu.Walau pun mereka tidak pernah goyah dengan pendirian sedia ada, namun Hisyam melihatnya sebagai satu kecacatan dari suatu kelebihan yang masih berpotensi besar demi untuk waktu yang akan datang.Demi kebaikan masa depan parti dia mencadangkan serta ada menyarankan kepada Aina supaya lebih menitikberatkan seterusnya menggerakkan aktiviti aktiviti pergerakan wanita ke arah lebih proaktif mengikut kadar semasa seperti mana termaktub di dalam deklarasi pertubuhan Fasa 9 perlembagaan parti yang sedia ada.Aina tersenyum di sepanjang perjalanan itu.Dia tidak mungkin membiarkan dirinya sekadar memenuhi skim subsidi semata mata di dalam pertubuhan itu.Dia juga telah lama menyedari sebarang yang ada di sebalik hakikat sebenar penubuhan sebuah parti politik yang baru oleh bosnya itu.Jauh di dalam hatinya tersimpan sedikit perasaan hormat serta segan dengan perwatakan dan juga gaya penampilan Hisyam sejak kebelakangan ini.Aina hanya mampu bersyukur kepada Tuhan atas kurniaan Nya selama ini.Dia kini telah pun berkampung serta bernaung di bawah sebuah parti politik yang memperjuangkan nasib rakyat serta bangsanya setelah menghadapi satu pengalaman pahit bersama bosnya itu.Dia sedar tidak mungkin Hisyam berpaling dari paksi kebenaran ini setelah apa yang telah dilaluinya selama berjuang di dalam karier politiknya.Hisyam menunjukkan komitmennya sebenar pada hari ini setelah sudi mengiringi Aina hingga ke muka pintu rumah orang tuanya.Sungguh begitu mahal nilai suatu pengorbanan yang telah ditunjukkan Siti Zuraina bt Syed Ahmad Syawaluddin Al Qalby selama bosnya itu memperjuangkan nasib bangsa sejak sekian lama.Hari ini telah berjejaklah sudah satu sandiwara yang selama ini cuba berselindung di sebalik prinsip perjuangan sebuah pertubuhan parti politik tanah air tercinta kita ini.Hisyam terus menuju pulang selepas itu setelah merasakan tiada apa apa lagi yang dia perlukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience