KERAJAAN ANAK

Other Series 1500

Tan Sri Zuber Hasan serta isteri kelihatan begitu bersungguh benar setelah melihat kejayaan anak sulungnya itu.Tan Sri dilihat seolah olah sedikit terpengaruh pula dengan sebarang dakyah yang sedang dan cuba dilemparkan oleh segelintir pihak yang tidak berapa bertanggungjawab.Hisyam menyedari akan kebangkitan semula tokoh tokoh daripada parti lama yang dijangkakan akan mencuba mengimbangi kehebatan serta populariti Hisyam Ali itu sendiri.Dia tidak menafikan penglibatan kembali golongan muka muka lama sedikit membawa rahmat kapada senario politik yang sedia ada sekarang.Hisyam lebih bijak mengintai peluang serta kesempatan dari sudut kaca mata yang lebih berbeda.Dalam kerancakan golongan muka muka lama sedang bertungkus lumus berusaha ke arah matlamat asal dengan prinsip berjuang yang masih lagi tegar berbekas di kalangan mereka semua, Hisyam seakan bersikap sambil lewa pula sambil memerhatikannya dari jarak sepi seorang pemimpin.Memanglah ianya sedikit mampu mempengaruhi senario persekitaran politik sedia ada, namun jauh di luar jangkaan ramai dia telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal mendatang.Setelah sejauh ini dia melangkah sudah pasti dia tidak lagi mudah goyah dengan sebarang andaian semata.Sementelah lagi kuasa dan pangkat sudah berada di tangannya.Kerusi panas yang selama ini menjadi taruhan ramai sudah pun jatuh ke tangan Parti Anak.Kerajaan yang tidak berintegriti selama ini telah berkubur bersama mimpi mimpi ngeri hasil adunan dan garapan daripada golongan tidak berperikemanusiaan yang telah berjaya dilenyapkan oleh sebuah parti yang sama sekali tidak dapat dijangkakan sebelum ini.Hisyam sedikit menarik nafas lega seketika.Dia yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tempatan selama ini terus terusan diperkatakan orang ramai mengenai pencapaian peribadinya baru baru ini.Apa tidaknya, lihat saja jumlah bilangan keanggotaan ahli parti baru itu sudah cukup menggerunkan parti lawan yang sedia ada sekarang.Belum lagi diambil kira pencapaian yang diperolehi oleh para ahli ahli anggota parti itu sendiri.Ini memberi sebarang kemungkinan di waktu akan datang.Jalan yang telah tersedia itu cukup memberi ruang bagi Hisyam untuk merealisasikan hasrat serta wawasan kerajaan yang diterajuinya sekarang.
Keadaan iklim yang tidak menentu serta pergolakan yang sedang berlaku di dalam parti Pertubuhan Barisan Gerak Kebangsaan sedikit memberi advantage kepada Hisyam untuk menggerakkan serta mengatur strateji yang lebih berkesan lagi bagi memenangi hati di kalangan rakyat penduduk di Bandar Baros Tinggalan ini. Sementelah pula ada ura ura mengatakan yang Pak Andak Zahim telah berjaya dipujuk menyertai kembali parti pertubuhan itu baru baru ini.Pak Andak Zahim merupakan sekutu kuatnya ketika dia sedang memegang kerusi Naib Presiden Pertama pertubuhan itu.Pada ketika itu Pak Andak Zahim menjadi Timbalan Presiden parti sebelum dia dipecat keluar oleh ahli anggota majlis tertinggi parti itu setelah Pak Andak Zahim tidak bersebulu dengan resolusi yang dicadangkan oleh beberapa pihak di kalangan ahli parti itu sendiri.Mereka menyarankan agar anggota parti harus menerima kehadiran keanggotaan dari bangsa lain yang ada terdapat di dalam tanah air.Bantahan daripada puak yang berpihak kepada Hisyam Ali dalam perkara itu telah menemui jalan penamat dan ditunjukkan pula jalan keluar oleh beberapa golongan puak yang sentiasa merasa iri hati serta tidak senang dengan pemilihan pucuk pimpinan yang sedia ada.Pada ketika itu Pak Long Manlah yang sedang mengetuai selaku Presiden parti Pertubuhan Barisan Gerak Kebangsaan.Di dalam pilihanraya pemilihan pucuk pimpinan parti pada ketika itu telah sebulat suara memilih Ketua Pergerakan Pemuda parti iaitu Hisyam Ali menjadi Naib Presiden Pertama parti yang secara langsung mengalahkan penyandang pada ketika itu Dato' Patinggi Awang bin Tan Seri Dr Mamat.Pak Andak Zahim yang dilihat sedikit berpihak kepada Hisyam telah turut diiring jalan keluar oleh segelintir puak yang telah menafikan kewibawaan Hisyam Ali sebagai orang ketiga parti.Dari rentetan titik tolak itu maka bermulalah satu penghijrahan beramai ramai oleh Hisyam Ali beserta pengikut pengikutnya.Dengan semangat berbaki yang masih berbekas di sekujur tubuh, Hisyam memulakan satu langkahan baru dengan satu pakatan harapan baru beserta wawasan baru membina sebuah mercu tanda tersergam megah di tengah tengah Bandar Baros Tinggalan.Setelah membuat satu perancangan rapi serta disokong pula oleh seluruh warga bandar. yang ada, Hisyam akhirnya mampu membina Kompleks HAAG ANAK WATAN , sebuah bangunan setinggi dua puluh tingkat.Ianya bukan lagi retorik atau pun suatu hipokrasi semata mata tetapi ianya satu realiti yang jelas diterjemahkan oleh seorang anak watan sejati di daerah itu.Dengan terbinanya kompleks tersebut Hisyam dilihat seolah olah telah berjaya memiliki sebuah Negeri Warisan Tanah Pusaka Negara yang menjadi perhatian dan rebutan ramai pihak selama ini.Ternyata Datuk Hisyam Ali Al Ghally kini telah mampu tersenyum megah dengan kejayaan peribadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience