ANGIN SENJA BERTIUP KENCANG

Other Series 1500

Kelihatan cawan serta gelas berselerakan di atas meja.Pak Mail tersenyum sambil melihat bermacam macam gelagat dari teman temannya yang sedang berkumpul sambil bersembang di warung kopi miliknya.Pak Long Man juga ada turut sama di dalam mesyuarat agung tahunan pertubuhan parti tidak rasmi yang masih belum didaftarkan lagi itu.Melihat daripada angin perubahan serta keadaan cuaca yang sedang melanda suasana iklim politik tempatan ketika ini, amat memeranjatkan ramai pihak.Terutama di kalangan anggota politik veteran yang masih kekal keahlian mereka bersama Parti Pertubuhan Barisan Gerak Kebangsaan beserta ahli ahli anggota dari Parti Golbar yang dilihat pemerhati sebagai 'ada udang di sebalik batu' di ketika ini.Ianya seakan satu pakatan sulit di antara kedua buah parti pembangkang di dalam senario politik tempatan lewat hari ini.Ternyata mereka telah benar benar tidak ubah seperti 'cacing sedang kepanasan'.Jelas dapat dilihat satu kepincangan dari suatu ketidakwibawaan kepimpinan yang sedia ada sekarang telah meruncingkan lagi keadaan politik yang sedia ada di dalam kedua dua buah parti yang begitu berpengaruh di suatu ketika dahulu.
Pak Long Man setahunya bukanlah jenis seorang suka kepada perkara perkara yang malampaui batas.Dia dikenali di kalangan kemanakannya seorang yang kuat beramal ibadah serta kaya pula dengan ilmu agama.Hisyam setelah menerima laporan daripada pihak ahli ahli anggota parti terus menjejakkan satu tanda sepertimana siknifikannya cara dia menangani segala macam perkara sebelum ini.Hisyam sedar yang jika sedikit tersilap bakal memberi aib besar kepadanya, sementelah lagi sejak kebelakangan ini angin sedang bertiup kencang menghala ke arah kedua dua buah parti pembangkang yang menyatakan Hisyam Ali mulai merasa goyah dengan kehadiran kembali muka muka lama ke dalam kancah senario politik tempatan.Hisyam tidak mudah melatah tanpa sebarang sebab meski pun dia cukup menyedari terdapat satu pakatan besar yang sedang cuba dibentuk oleh segelintir puak yang begitu radikal dalam menangani sebarang permasalahan dan segala gejala politik di Bandar Baros Tingggalan sebelum ini.Hisyam merupakan salah seorang musuh utama mereka selama lama ini sebelum dia berjaya mencapai kemenangan besar di dalam PRU14.Dia pernah hidup bersekongkol bersama mereka semua di suatu ketika dahulu sebelum dia mengubah haluannya menjadi musuh di dalam selimut serta ranjau di danau kota dalam senario politik tempatan serta tanah air.Setelah jenuh mengharungi segala liku liku perjalanan hidup berkarier politik di dalam sebuah pertubuhan parti lama dan usang itu, Hisyam telah berjaya mengubah persepsi masyarakat di bandar tersebut dengan satu kejutan.Daripada dikenali sebagai seorang yang dinafikan haknya kini dia cukup diterima serta terkenal dengan satu daya kepimpinan politik yang sungguh di luar dugaan ramai pihak sama sekali.Hisyam membuktikan kejayaan politiknya sekali lagi, dan sekali gus melenyapkan segala sangkaan serta tohmahan negatif terhadapnya, setelah dia telah memenangi hati para ahli anggota Persatuan Gabungan Peguam Peguam Melayu Islam BERSATU di dalam mesyuarat agung tahunan persatuan tersebut baru baru ini.Dia dilihat semakin berkewibawaan dalam kepimpinan walau pun di dalam usianya yang begitu muda serta siang dalam perhitungan.Ini sedikit mempengaruhi inviremen politik tempatan di mana dalam ramai pihak dari parti parti pembangkang yang jenuh diperkatakan sedang menuju pulang ke pangkuan pertubuhan yang cukup dikenali sebagai sebuah parti keramat pimpinan mereka sendiri di satu ketika dahulu.Sementara sejumlah besar ahli ahli anggota daripada parti Anak Watan pula dilihat seolah olah sedang menunjukkan satu kebijaksanaan di dalam mengurus tadbir kerajaan yang dipimpinnya lewat PRU14 baru baru ini.Satu gerakan besar besaran seolah olah sedang Hisyam cuba jalankan dalam merialisasikan wawasan penubuhan kerajaan pemerintah yang baru dari sebuah parti pimpinannya kini.Walau pun terdapat sesetengah pihak yang sedang mencuba hendak melaga lagakan dirinya dengan individu individu tertentu secara inprofiledge management tetapi Hisyam tidak melihat ianya begitu mengancam kedudukan atau pun sebarang kepentingannya di dalam jentera pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.Dia ternyata lebih berani serta mempunyai daya keyakinan yang tinggi beserta satu iltizam cukup mendalam untuk menterjemahkan sebuah sistem pemerintahan yang seolah olah suatu kaedah atau cara yang baru dewasa ini di tanah air tercintanya ini.Dari sehari ke sehari Datuk Hisyam Ali Al Ghally merasa semakin selesa serta terus bersemangat untuk meneruskan legasi kepimpinannya yang diwarisi daripada ayahandanya sendiri, Tan Sri Hasan Zuber Al Ghally, selaku bekas Adun di Bandar Baros Tinggalan di suatu ketika dahulu.Walau pun Hisyam sedang berkedudukan penuh selesa di kerusi panas yang berjaya dirampasnya itu, namun dia tetap bersedia untuk mengharungi setiap badai kota bakal melanda yang seolah olah telah menjanjikan jutaan kemaafan bagi dirinya yang sekian lama dianggap penderhaka kehormat oleh mereka di pihak pembangkang yang ada sekarang.Namun begitu, Hisyam tetap akur dan bersujud di Bumi Tuhan ini di atas apa yang telah dia ikrarkan.Kemenangan dan kejayaan pastinya berpihak pada kenyataan.Dan kenyataannya adalah pada sebuah kebenaran yang jitu berpadu dari sekeping hati yang penuh ikhlas lagi jujur serta suci di laman nurani hati insani.Hisyam tersenyum sambil memacu kenderaan milik peribadinya itu menuju pulang petang setelah penat seharian di Dewan Parlimen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience