ADUN BARU

Other Series 1500

Semangat baru
Jiwa baru.
Orang baru.
Parti baru.
Wakil baru.
Wawasan baru.
Muka baru.

Suasana di perkarangan rumah agam milik Tan Sri Hasan Zuber Al Ghally serta Datin Seri Saadiah Mahmood begitu berseri sekali.Kelihatan para tetamu serta def def jemputan saling berkenal kenalan di antara satu sama lain.Tidak kurang juga sedara mara kemanakan dan orang ramai turut hadir untuk meraikan majlis jamuan di atas kemenangan Datuk Hisyam Ali Al Ghally dalam PRU14 baru baru ini.Akhirnya masyarakat penduduk di Bandar Baros Tinggalan telah membuktikan yang muka baru telah berjaya menawan hati penduduk di kawasan ini dengan memilih Presiden Parti Pertubuhan Gabungan Anak Watan Kebangsaan (Parti Anak) Datuk Hisyam Ali sebagai Adun baru bagi mewakili masyarakat di sini.Hisyam yang berpakaian sepasang Baju Melayu bewarna biru tidak putus putus menerima ucapan tahniah sejurus menerima kunjungan hormat daripada def def jemputan yang baru tiba.Kedengaran pengacara majlis sedang mengumumkan aturcara seterusnya dengan menjemput Presiden Parti Anak Datuk Hisyam Ali Al Ghally memberi ucapan.Hisyam sejurus mendengarnya lalu berjalan sambil menuju ke pentas utama ada disediakan di situ.Dia membetulkan sedikit corong suara di depannya.Sebentar Hisyam pun memulakan ucapan.

"Assalaa Mualaikumm Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.Salam sihat sejahtera.Hadirin hadirat serta def def kenamaan sekelian.Saudara serta saudari yang saya kasihi.Izinkan saya Hisyam Ali Al Ghally bin Tan Sri Hasan Zuber Al Ghally mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah serta terima kasih tidak terhingga di atas kesudian tuan tuan dan puan puan semua untuk giliran saya pula menjadi wakil bagi pihak sedara sedari semua di Bandar Baros Tinggalan kita cintai ini.Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t akan inaiyah serta hidayahNya yang telah melangsungkan saya telah berjaya mencapai satu kejayaan yang sungguh bererti serta amat bermakna di dalam karier saya sebagai ahli pilitik tanah air tercinta kita ini dan di samping itu pula bagi tuan tuan dan puan puan serta sedara sedari sekelian yang telah beruasaha bersusah payah selama kempen PRU14 kita baru baru ini.Saya percaya serta cukup yakin yang kita sedang mengorak langkah ke arah satu dimensi baru yang lebih baik lagi seterusnya lebih diyakini di masa masa akan datang InsyaAllah.Dengan jelas saya telah menterjemahkan hasrat serta inspirasi ahl ahli di kalangan Parti Anak yang selama ini mungkin barangkali sedikit terpinggir dengan sekian lama oleh kerana dek ibarat seorang anak yang masih hingusan lagi konon kononnya.Ini merupakan satu petanda baik bagi Parti Anak di mana walau pun baru setahun jagung ditubuhkan.Kita pada hari ini telah pun mampu membuktikan keupayaan jemaah jentera parti kita yang cukup berkesan sehingga diterima baik oleh para pengundi di dalam masyarakat penduduk di Bandar Baros Tinggalan kita ini.Saya sekali lagi merakamkan ucapan jutaan terima kasih saya bagi mewakili Parti Anak yang sejak sekian lama berjuang demi untuk melihat masyarakat kita juga mampu mengorak langkah yang lebih lagi demi masa depan anak anak watan kita semua.
Tuan tuan dan puan puan serta hadirin dan hadirat sekelian yang hadir pada malam ini.Izinkanlah saya jika sekiranya ada terkasar samada bahasa atau juga perlakuan selama tempoh berkempen di dalam PRU14 baru baru ini serta juga jika anak anak watan parti kami ini saya bagi mewakili anggota Parti Anak Watan ini menyusun sepuluh jari serta ampun dan maaf dari kami jika ada.Namun begitu apalah salah kiranya jika saya menyatakan di sini bahawa tiada sesuatu itu dilakukan hanya sekadar untuk memperolehi hasil yang sia sia dan apalagi untuk pembaziran semata mata.Dengan itu saya dengan penuh sukacita serta berbesar hati mengumumkan bajet daripada peruntukan sebagai seorang ADUN N5 bagi Dun Bandar Baros Tinggalan ini diisytiharkan diurus pelunasan secara berkala serta sepenuhnya tanpa sebarang keraguan.Oleh itu saya mencadangkan di sini di hadapan tuan tuan dan puan puan bahawa saya sebenarnya ingin melihat satu mercu sejarah baru dalam membentuk satu sinopsis dan senario politik tanah air tercinta kita ini berlangsung dalam kadar lebih memberansangkan lagi bagi manfaat kita keseluruhannya dan juga anggota Parti Anak Watan disayangi ini mencapai seperti mana yang dihasratkan kita semua.Saya tidak mahu mengambil masa saudara dengan lebih lama lagi dan izinkanlah saya mengakhiri ucapan saya dengan menjemput hadirin dan hadirat sekelian menjamu selera sempena meraikan hari kemenangan Parti Anak Watan ini di tanah bertuah Bandar Baros Tinggalan ini dengan seikhlas serta sejujur jujurnya.Silakan tuan tuan sekelian.Sekian.Wabillah Hi Taufiq Wal Hidayah Wa Salaa Mualaikum Wa Rahmatullah Hi Wa Baarakaatuh.Terima kasih."

Hisyam mengakhiri ucapan kata alu aluannya sebentar tadi serta turut mengumumkan serba sedikit hasrat serta aspirasi wawasan parti Anak sebagai permulaannya selaku seorang wakil rakyat Dun N5 Bandar Baros Tinggalan.Hisyam serta teman rapatnya selaku orang paling kanan parti Anak Siti Zuraina Sherry binti Syed Ahmad Syawaluddin Al Qalby kelihatan sedang menjamu selera bersama para def def kehormat sambil beramah mesra dengan begitu gembira sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience