BANGSAKU ***(BASAKO)***

Other Series 1500

Tika ini
Aku mungkin barangkali
Tidak bisa
Beserta kalian semua
Dan
Di tika ini juga
Aku tidak mungkin
Mampu menjanjikan
Apa apa
Aku
Kini
Tidak lagi sebagaimana
Kalian pernah kenali
Dari suatu rentetan
Keakraban
Dan kemesraan perhubungan
Yang pernah
Kita jalinkan bersama
Jika
Suatu ketika dahulu
Kita pernah bersenda gurau
Dan berjenaka
Namun hari ini
Aku sunyi
Dan hanya berselimutkan
Kesepian
Sendirian
Kadang waktu
Aku pernah terfikir
Lantaran lambaian
Tangan tangan longlai
Yang tidak pernah tahu
Erti pendustaan sesama mereka
Aku terdetik tergerak
Untuk kembali
Bersama kalian semula
Aku juga sedar
Betapa
Perjuangan ini
Sudah hampir bersisa
Yang hanya
Berbekas di pinggiran
Kepingan hati
Keras membatu
Yang saban waktu
Membulatkan
Kata kata keramat
Sebagai Mitos Agong
Tatkala anak anak
Di gelandangan pula
Hampir jatuh
Menyembam
Ke lubuk kehancuran
Hanya kerana
Dek kerakusan
Dan kejahilan
Yang hanya
Mampu menjanjikan
Dahaga dan kebuluran
Sesama mereka
Yang telah menjalar
Ke seluruh pelusuk ceruk
Rantau dan desa
Jika
Di suatu ketika dahulu
Mereka semua
Begitu gah
Sebagai lambang kedamaian
Permai jiwa bangsa
MERDEKA!!!!!
Ketika itu
Aku sempat lagi
Menyaksikan segalanya
Tatkala
Lewat usia muda belia
Yang ketika itu
Aku sedang asyik
Bergelumang Dengan angan angan
Dan impian usang
Yang masih lagi berbekas
Tertinggal di setiap
Lorong lorong kenangan
Yang penah
Aku lalui
Di suatu ketika dahulu
Aku
Bila mana kini
Tidak lagi memandang
Segala taburan janji
Cuba membuai lena
Diulit mimpi ngeri semalam
Telah mengejutkan
Aku dari lamunan panjang
Dan akhirnya
Aku mulai sedar
Yang lautan tak bertepi itu
Belum cukup menjanjikan
Kemewahan segala
Setelah Aku kini
Berdiri kaku
Di pinggiran rumpun
BangsaKu
Yang amat dahagakan
Ketaatan
Dan Kesetiaan
Memungkinkan
Aku barangkali
Kan
Kembali
Pulang ke pangkuan
BangsaKu nan sejati
Lagi kekal abadi
Selama lama.

@Qalby.

***KEMBALILAH KETAATAN TATKALA ANAK ANAK BANGSA MEMBOTOHKAN KALIAN***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience