SST - 30

Romance Completed 72474

Hariz hilang fokus. Segala kenangannya bersama sama sang isteri terbayang bayang difikirannya. Sungguh dia sudah mula gila bayang dengan gadis yang diberi nama Najemie itu.

"Hariz? Are you okey? Mia tengok Hariz dari tadi macam takde dekat sini. Seolah olah Hariz dalam dunia Hariz je" Tegur Mia mematikan lamunan Hariz.

"Hariz okey Mia. Hariz just teringat dekat kucing Hariz dekat rumah." Tersungging senyumannya bila teringat akan 'kucing' yang dimaksudkan.

"Haih sejak bila Hariz suka kucing pulak ni? Bukan Hariz alergik dengan kucing ke?"

"Hah?" Ya, dia hampir lupa akan hal itu. Kenapa lah mulut ni menggatal sangat menjawab macam tu.

"Er umi yang bela. Dah lama macam tu mungkin Hariz dah boleh terima" Pandai pandailah asalkan tak terlampau ketara.

Mia mula memandang pelik tapi dia hanya mengangguk tanda setuju. "Hariz teman Mia lunch okey harini. Mia tadi tak sempat nak breakfast."

Bila melihat wajah simpati itu, terus dia bersetuju.

Ting.

Notification whatsapp masuk.
'Kita makan sama harini boleh?' -Najemie

Mata memandang sekilas wanita dihadapan. Perlu ke dia tolak tapi dia sudah bersetuju tadi.

Mia mengangkat kening ingin mengetahui apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu.

'I'm sorry sayang. Abang ada meeting lepas ni. Takut tak sempat nak lunch sama' -Hariz

'Oh it's okey. Jangan lupa makan, abang' -Najemie

.

Pemuda itu tersentak hebat. Hatinya seperti dihunus belati. Hancur hatinya apabila dihiasi dengan pemandangan yang menyakitkan. Dia seperti dikhianati. Dia mendekati figura yang amat dia kenali itu.

Meja diketuk beberapa kali bagi menyedarkan orang itu akan kehadirannya disitu.

Gadis itu mendongak. "Eh Hariz."

"What are you doing, Najmi?"

"Hm tak buat apa apa pon. Naj teng..." Dia tersedar apabila mata tertuju pada lelaki yang sedang duduk dihadapannya. "Eh tak.. hm ni Haziq, Hariz. Hariz ni Haziq. Abang kenal kan?"

Haziq menghulurkan salam. Tapi dibalas dingin oleh Hariz.

"Tak sekarang ni, apa yang Najmi buat dekat sini berdua dengan dia ni?" Soal Hariz mendatar.

"Tuan Hariz. Nak minum sama?" Haziq sedia maklum akan hubungan Najemie dan Hariz. Dia akui memang dia ada menyimpan perasaan pada Najemie. Tapi apakan daya, setelah diberitahu oleh Najemie ketika mereka melawat gallery Najemie sepulang Najemie dari luar negara, dia harus mengundurkan diri. Mungkin itu satu permulaan bagi hidupnya untuk cuba menerima keadaan seadanya. Fikirnya, mungkin ada sebab mengapa Najemie merahsiakan status dirinya ketika itu.

"No. It's okey. Tapi boleh saya ambik isteri saya yang awak bawak keluar tanpa pengetahuan saya ni semula?"

Najemie memandang Hariz dan Haziq silih berganti. Dia cuba memahami ayat yang keluar dari bibir lelaki itu. "Eh abang. Bukan macam tu.. Naj yang mintak Haziq temankan Naj. Lagipun kitorang ada nak bincang. Tu yang makan sekali. Abang nak join?"

"Najmi ada inform abang?"

"Ada. Naj ada whatsapp abang lepas abang bagitahu abang ada meeting tadi." Sambil sambil itu, Najemie mengeluarkan phonenya dari handbag. Aplikasi whatsapp dibuka. Lalu nama Hariz ditekan lalu dihulurkan pada Hariz sebagai bukti. "Oh abang off data ke?" Soal Najemie apabila mendapati chat yang dihantar hanya satu tick.

Hariz turut mengeluarkan handphonenya. Dia cuba menghidupkan phonenya. "Owh. Habis bateri."

Najemie menghela nafas ringan. "Abang dah makan?"

"Dah. Tadi dengan client" Balas Hariz.

"Oh. Abang buat apa dekat sini? Jumpa orang?"

Hampir sahaja dia terlupa. Belum sempat dia meminta diri, seseorang menegurnya dari belakang.

"Hariz. Pergi mana je Hariz ni? Mia carik dari tadi tau. Hariz tinggalkan Mia macam tu je."

Najemie memandang datar wajah Hariz. Oh dengan client..

Pandangan tertuju pada wanita yang sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki. "Eh Najmi kan? I guess"

Najemie menoleh. Senyuman manis dihadiahi. "Betul tu. Baru lepas shopping ke?" Tanya Najemie apabila terpandangkan beg kertas yang dibawa gadis bernama Mia itu.

"Haah. You know, biasalah. Perempuan kan. Kalau tak tukar tukar baju, tak sah."

"No I tak macam tu pon" pintas Najemie.

Mia terdiam seketika. "Er.. Dari haritu lagi I perasan Hariz asik tegur you je. You dengan Hariz memang saling kenal ke? Dah berapa lama kenal?" Dia segera menukar topik perbualan agar tak terlihat canggung.

"You ada masalah kalaupun I kenalan Hariz?"

"Najmi.. No need to answer with a sarcastic answer like that. You make people uncomfortable with your conversation." Tegas Hariz mengingatkan.

Najemie tersenyum psiko. Pandangan terus dituju pada menu dihadapannya.

Haziq dihadapan mengulum senyum. Kepala digeleng geleng melihat Najemie seperti itu.

"Anything else?" Soal Najemie apabila mendapati tiada tanda tanda Hariz dan Mia untuk beredar dari situ.
"Lapar lagi ke? Perlu saya hidangkan 'kaki dan tangan' dihadapan awak?"

Mendengarkan itu, terus Hariz bergerak laju keluar dari restoren itu. Hatinya membara. Dia betul betul kecewa dengan sikap isterinya itu. Baru sahaja mereka memupuk kasih mereka beberapa hari lepas, masalah sudah muncul lagi.

"Hariz ada apa apa ke dengan Najmi tu?" Tanya Mia ingin tahu.

"Mia takpayah masuk campur boleh? Urusan Hariz, biar Hariz yang uruskan sendiri." Kata Hariz.

"Tapi Mia nak tahu je. Kalau ada apa apa antara Hariz dengan Najmi tu, bagitahu Mia okey. Mia taknak lah kacau Hariz dengan dia. Mia taknak jadi pengganggu hubungan Hariz. Mia taknak jadi orang jahat."

"Okey Mia. Mia jangan risau. Macam mana sekali pon, Hariz akan tetap bersama Mia okey. Mia tak perlu risau" Ucap Hariz mengusap lembut pipi wanita itu.

Mia mengangguk setuju. Senyuman terukir dibibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience