BAB 3

Romance Completed 1044

Aku menarik nafas perlahan, fikiranku jauh melayang walaupun aku
sepatutnya fokus pada kerjaku sekarang. Kertas kerja yang berlambak di
atas meja, aku rasakan macam kertas kosong yang tiada sebarang catitan.
Fikiran aku kusut memikirkan cintaku yang belum kesampaian.
Tanpa fikir panjang, kunci kereta dalam laci segera ku ambil, dari tak
boleh buat kerja, baik aku jalan-jalan dulu. Apa susah, syarikat bapak
aku jugak. Haha.
Nak kemana ya untuk tenangkan fikiran? Hilangkan kekusutan, longgarkan
jiwa yang merengkam, haish!
Aku tertinjau-tinjau di dalam kereta, sambil berkira-kira nak ke mana
arah kereta BMW aku ni. Waktu kusut macam ni, memang apa pun tak boleh
nak fikir, ah redah jelah. Aku tekan minyak kereta kuat-kuat tanpa ada
arah tujuan yang pasti.
Skrett! Terkejut aku bila terlihat gadis itu terduduk di atas jalan.
Fuh! Mujur aku tak sempat terlanggar dia tadi, kalau tak, alamat mati
kataklah dia.
“Awak ok ke?” aku meluru ke arahnya dengan perasaan risau. Manalah tahu,
dia ada lemah jantung kang, tak pasal aku dah terbunuh orang. Eii seram!
“Err, saya ok.” Gadis yang kelihatan terpinga-pinga itu membetulkan
tudungnya yang senget-benget sebelum bangun dan menepuk-nepuk debu di
bajunya.
“Maafkan saya saudari, saya tak sengaja.”
“Eh tak apa. Bukan salah encik, saya yang tak sedar encik tengah laju.”
“Tak payahlah berencik dengan saya, saya Izwan .” Aku hulur tangan dengan
senyuman sebaris.
“Saya Saliha .” Gadis itu tidak membalas huluran salamku sebaliknya cuma
tersenyum. Mak aih, comelnya dia, mata bulat bukan main lagi, macam
Heliza. Eh tapi Nurfa cun lagi, Nurfa paling cantik di hatiku!
“Eh awak luka.” Aku tergamam bila melihat baju kurung di bahagian
lengannya sudah terkoyak, menampakkan luka, mungkin tercedera saat gadis
itu terjatuh di atas jalan.
“Eh sikit aje ni, tak apa kot.” Gadis itu cuba menenangkan aku. Relaks
aje dia padahal aku yang menggelabah. Ye la, macam mana tak menggelabah,
aku dah cederakan anak dara orang, kang aku kena serang dengan mak ayah
dia, siapa nak jawab?
“Tak boleh macam ni, jom ikut saya ke klinik.”
“Tapi encik..”
“Dah, tak ada tapi-tapi.. naik...”
Gadis itu cuma mendiamkan diri saat di dalam kereta. Takutlah tu, macam
la aku makan orang. Haha.
“Awak nak ke mana tadi?” aku cuba memecah kesunyian.
“Err, temuduga kerja.”
“Hah! Saya dah buat awak terlepas temuduga tulah ye. Saya minta maaf!”
“Tak apalah. Tak ada rezeki,” dia senyum lagi seolah tiada yang buruk
telah berlaku.
Aku menunggu Saliha keluar dari bilik rawatan dengan perasaan gundah.
Risau jugak lukanya itu teruk sebab darah keluar boleh tahan banyak
jugak. Mundar mandir aku berjalan macam orang tak tentu arah. Kalau
orang luar nampak aku ni, mesti ingat bini aku nak bersalin.
“Encik Izwan ...” Saliha yang entah bila masa keluar dari bilik itu
segera memanggil aku.
“Izwan ...” aku menegurnya.
“Doktor cakap luka biasa je. Mereka dah balutkan luka tu.”
“Alhamdulillah. Nanti semua yuran rawatan, saya bayar, awak tak perlu
risau.”
“Eh tak perlulah encik..”
“No, I insist.”
Saliha tersenyum lagi. Kuat senyum betul perempuan ni. Senyum, tak perlu
kata apa-apa. Eh kan dah ternyanyi dah aku.
“Kalau ada apa-apa hal, just contact me ok. Ini kad saya.”
Saliha menyambut kad yang kuhulurkan seraya mengucapkan terima kasih.
“And one more, awak tengah cari kerja kan? Bila awak dah sembuh dari
luka tu, datang pejabat saya ok, saya akan conduct an interview untuk
awak. Datang saja bila-bila masa yang sesuai.”
“Eh tak perlulah encik, encik dah banyak tolong saya dah.”
“That’s ok. Saya cuma akan ambil awak kalau temuduga awak tu berjaya dan
kelayakan awak sesuai dengan jawatan yang kami tawar.”
“Kalau macam tu, terima kasih encik. Saya gembira sangat.”
Aku cuma tersenyum melihat Saliha yang gembira, walaupun baru saja
hampir dilanggar aku tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience