BAB 1

Romance Completed 1044

Hidup ini macam sebuah drama, bila kita nakkan seseorang, mesti orang tu
tak nak kat kita, walaupun kita bukan main romantis lagi, sedangkan
lelaki yang dia gilakan tu pulak ego tinggi melangit. Orang selalu
anggap lelaki yang kecewa ini hero kedua dan aku salah seorang dari mereka.
“Saya, saya tak boleh terima awak Izwan . Ya awak memang baik tapi saya
dah jatuh cinta pada Husam . Dia selalu bagi saya gula-gula, bukan macam
awak.”
Ya, itulah ayat penolakan pertama yang aku terima semasa berusia tujuh
tahun. Aku masih boleh ingat detik itu dan betapa aku meraung di dalam
kelas sebab ditolak gadis kecil yang ku anggap paling comel dalam kelas.
“Saya, saya tak boleh terima awak Izwan . Ya awak memang baik tapi saya
dah jatuh cinta pada Andy. Dia otai, awak skema sangat.”
Ok, itu pula penolakan kedua yang aku terima semasa aku di sekolah
menengah, aku tak sangka, dengan menjadi skema, aku ditolak bulat-bulat
padahal aku rasa akulah yang paling smart dalam kelas. Sedangkan lelaki
yang budak perempuan tu minat bukan main selekeh lagi. Haish! Frust aku
masa tu, sampaikan aku menangis sambil berkaraoke lagu-lagu jiwang leleh
sebab frust menonggeng.
“Saya, saya tak boleh terima awak Izwan . Ya awak memang baik tapi saya
dah jatuh cinta pada Haris. Dia lebih bergaya dari awak.”
Ini pula penolakan ketiga, masa zaman universiti aku. Cinta ditolak kali ketiga
ini telah membuatkan hati aku sudah tawar dan benci untuk bercinta. Aku
betul-betul tak mengerti, semua gadis yang aku tangkap cintan dulu cakap aku
baik, boyfriend material, tapi tak seorang pun sudi terima aku untuk dijadikan kekasih mereka. Apakah menjadi baik itu suatu yang buruk di sisi para gadis? Aku keliru. Apa benar ‘bad boy’ adalah idaman setiap wanita?
Hati aku memang tertutup rapat sejak itu, sampailah Nurfa muncul dalam
hidup aku. Nurfa .... ah macam mana aku nak cakap ya? dia adalah gadis
yang sempurna. Dia ialah gadis yang aku idam-idamkan selama ni. Ok
walaupun dah banyak kali aku idamkan orang lain, tapi bagi aku Nurfa lah
yang terbaik!
Nurfa ... haish! Bagi aku dia ni memang perempuan melayu terakhir,
kelembutan dia, ayunya dia. Kalahlah Ayu Raudhah. Haha. Dia telah sekali
lagi membuka pintu hatiku untuk mengejar cinta. Tapi masalah timbul
sekali lagi bila Nurfa juga sama macam perempuan-perempuan lain tu.
Semua tak nampak permata depan mereka ni, ces! Yang dia nampak depan
mata dia cumalah Nasran , sepupu aku tu.
Nurfa dan Nasran tu memang nak dijodohkan oleh keluarga masing-masing,
tapi aku dah terjatuh hati pada Nurfa masa terjumpa dia dalam sebuah
majlis di rumah Nasran , Nasran pulak aku tengok macam tak ada hati pun
pada Nurfa , jadi baik aku aje rembat. Malangnya Nurfa pula bersungguh
mahu memenangi hati Nasran , macam cinta segi tiga gitu. Ah kali ini aku
tekad, walaupun terpaksa bersaing, aku akan tetap berusaha untuk
mendapatkan Nurfa . Apa nak jadi, jadilah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience