BAB 7

Romance Completed 1044

Aku membuka mata perlahan, lantas terus dapat mengecam yang aku sudah
berada di hospital kerana aku sudah terbaring di atas katil rawatan.
Saliha ! Mana Saliha ? Mataku mencari-cari kelibat setiausahaku itu.
“Saliha ...” aku memanggil perlahan.
“Encik dah sedar?” Saliha menjenguk dari belakang langsir berwarna biru
yang menutupi sebahagian pandanganku.
“Saya kat hospital ke ni Saliha ?”
“Aah encik. Tapi encik jangan risau, encik tak ditahan di wad, tadi
mereka jalani pemeriksaan ke atas encik dan encik tak apa-apa. Saya
tunggu encik sedar je supaya boleh bawa encik balik.”
“Maaf menyusahkan awak Saliha .”
“Tak ada apalah encik.”
“Macam mana awak boleh ada di sana Saliha ?” aku menyoal sebaik kami
berada di dalam perut kereta.
“Sebenarnya saya ada kat pasaraya sebelah hotel tu, masa saya nak jalan
balik, saya nampak ada orang terbaring di atas jalan kat tempat parking
tu, sebab tu saya datang tengok.”
“Bahaya tu Saliha , nasib baik saya, kalau perompak yang terbaring tu,
kan naya awak?”
“Saya tawakal je encik, serah pada Allah. Yang penting niat saya nak
menolong.”
Aku terdiam sambil memandang Saliha yang tersenyum. Ya Allah, kau
temukan aku dengan seorang gadis seumpama malaikat tapi aku tidak sedar
selama ni Ya Allah! Mungkin ini petunjuk dariMu kerana pertemukan aku
dengan penyelamatku ini.
Aku membalas senyuman Saliha dengan hati yang berbunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience