BAB 5

Romance Completed 1044

“Saliha , masuk bilik saya kejap,” aku bersuara sebaik interkom itu kutekan.
Saliha , yang kini sudah bergelar setiausahaku, masuk dengan segera. Aku
bersandar di kerusiku sambil kepala mendongak ke siling. Seketika
kemudian kupandang wajah Saliha sambil menghela nafas panjang.
“Ada apa Encik Izwan ?”
“Saya nak tanya suatu perkara pada awak Saliha .”
Saliha tenang memandang wajahku seraya tersenyum.
“Ada apa Encik Izwan ?”
“Kenapa selalu orang yang kita suka, tak suka kat kita?”
Saliha yang serius dari tadi, tergelak kecil bila mendengar soalan aku itu.
“Opps maaf encik.”
“Tak apa, boleh jawab tak soalan saya tu?” aku cuba serius, padahal aku
dah malu dah ni. Rasa macam nak nyorok bawah meja.
“Memang itu lumrah hidup encik, tapi itu bukanlah pengakhiran segalanya.
Itu cuma bermakna, encik belum jumpa cinta yang sepatutnya.”
“Dah banyak kali saya cari cinta saya Saliha . Tapi semuanya tak menjadi,
yang ini pun sama. Nurfa tak pernah mahu menerima cinta saya walaupun
banyak kali saya luahkan. Kadang-kadang saya rasa macam saya ni hero
kedua macam dalam drama-drama televisyen tu. Hero kedua yang selalu saja
kecewa sebab tak dapat cinta, padahal saya rasa saya dah cukup mencuba.”
“Tak ada istilah hero kedua dalam hidup kita ni Encik Izwan . Setiap
insan berhak memiliki cinta biarpun cinta itu bukan datang dari orang
yang kita cintai. Beri peluang pada hati untuk menerima cinta lain andai
insan yang kita cintai tak sudi terima kita.”
“Kalau awak, sudi ke terima cinta orang macam saya ni Saliha ?”
Saliha tersentak.
“Err apa maksud encik?”
“Eh tak ada apa-apa. Awak pernah bercinta Saliha ?”
“Tak pernah, dan tak akan kot, selagi saya belum kahwin. Saya cuma akan
bercinta selepas kahwin. Percintaan yang halal.”
Aku tersenyum. Ya, Saliha memang punya ciri-ciri muslimah sejati,
kenapalah aku tak jatuh cinta pada dia saja, habis cerita. Masalahnya,
hatiku sudah kutitip buat Nurfa ... haish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience