BAB 8

Romance Completed 1044

Petang itu sengaja aku hendak balik lambat, masih banyak kerja yang
perlu aku habiskan lagipun... ehem. Aku renung keluar tingkap bilikku
melalui birai langsir, Saliha masih di mejanya, menyiapkan kerja dengan
khusyuk tanpa berpaling dari menghadap komputer walau sepicing pun. Ada
beberapa orang lagi staff yang sibuk menyiapkan kerja masing-masing.
“Izwan , are you okay?” Nurfa tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilikku.
“Eh Yana....” aku terpempan.
“I’m sorry. Pasal kejadian semalam, Yana tak sangka semua ni akan
berlaku, Yana tak sangka Nasran akan bertindak sampai macam tu sekali.”
Air mata Nurfa sudah bertakung di tubir mata.
“Maksud Yana?” aku mengangkat kening, tanda tidak mengerti.
“Maafkan Yana. Yana gunakan Izwan untuk kepentingan Yana, Yana bawa
Izwan ke majlis untuk cemburukan Nasran yang turut ada dalam majlis tu.”
“Yana buat apa!” aku membentak.
“Yana minta maaf. Yana tak sangka Nasran sanggup cederakan Izwan .
Maafkan Yana, maafkan Yana...” Nurfa dengan tiba-tiba memelukku erat.
“Eh eh, tak apa Yana. Tak apa...” aku cuba meloloskan diri dari pelukannya.
“Err, saya rasa saya tak patut mengganggu sekarang,” Saliha yang baru
tersembul di hadapan pintu segera keluar semula.
“Eh Saliha tunggu!” aku menjerit namun Saliha tidak mengendahkannya.
“Izwan , biarkan jelah dia tu, sekarang tolong maafkan Yana. Please?”
Aku menolak tubuh Nurfa dariku.
“Izwan dah pun maafkan Yana walaupun Yana cuma gunakan Izwan untuk
dapatkan Nasran . Sekarang Yana pergilah pada Nasran , jangan kacau Izwan
lagi.”
“Tapi, Yana rasa... Yana takut nak bersama Nasran dah. Lepas dia belasah
Izwan , Yana rasa dia tu kejam orangnya. Yana tak sanggup! Yana lebih
rela serahkan hati Yana pada Izwan .”
Aku mendengus.
“Nasran ialah pilihan utama Yana dari awal lagi, Izwan bukan
siapa-siapa. Kalau Yana betul-betul cintakan Nasran , Yana pasti boleh
terima baik buruknya. Izwan rasa Yana cuma dalam keadaan terkejut pasal
kejadian semalam. Nasran buat macam tu sebab dikuasai cemburu, dan itu
membuktikan yang dia memang cintakan Yana. So, just go for it!”
“Jadi Izwan tolak Yana lah ni?”
“Selama ni hati Izwan memang ada pada Yana seorang, tapi Yana tak pernah
terima, kan? Sekarang izinkan Izwan ambil semula hati Izwan sebab Izwan
dah ada pilihan yang lain.”
“Maksud Izwan , gadis tadi?”
“Yup!”
“Kalau macam tu, goodluck. Maaafkan Yana atas segalanya, go and get your
true love!” Nurfa tersenyum manis padaku.
“Terima kasih Yana. Yana pun sama, Nasran memang tercipta untuk Yana,
cuma dia saja belum mahu mengaku. Berusaha lagi ya!”
“Thanks!”
Aku terus meluru keluar dari bilik dan menuju ke tempat Saliha namun
meja itu sudah kosong, Saliha sudah pulang.
Aku berlari ke pintu lif pula sebelum memboloskan diri ke dalam untuk
turun ke tingkat bawah. Mataku meliar mencari Saliha hingga ke luar
bangunan pejabat.
“Ish mana nak cari ni!”
Aku berlari ke hulu ke hilir mencari Saliha namun masih tak ketemu.
“Pukul berapa sekarang nak?”
“Pukul enam setengah makcik...” suara itu menjawab mesra.
“Lambat bas hari ni ye nak..”
“Aah...”
Saliha ! Saliha kat perhentian bas! Macam mana aku boleh lupa yang
jantung hatiku itu pengguna bas awam yang tegar? Tepuk dahi sendiri!
“Saliha !” aku terus menjerit sekuat hati tanpa peduli kanan kiri, main
redah mana aci.
Saliha yang sedang duduk di perhentian bas itu segera bangun dengan
wajah terpinga-pinga, aku pantas menghampirinya.
“Ada apa Encik Izwan ? Ada benda yang saya tak siapkan lagi ke?” Saliha
segera menyoal saat aku berdiri di hadapannya.
“Stop talking about work Saliha . Sekarang ini semua pasal kita...”
“Hah pasal kita?”
“Ya Saliha . Saya cintakan awak.”
Saliha terdiam. Oh please say something Saliha !
“Aaa... apa maksud encik ni?”
“Saya dah terus terang Saliha . Bahagian mana lagi awak tak faham, saya
cintakan awak! i love you, wo ai ni!”
“Err, tapi... tapi... bukan Encik Izwan suka Nurfa ke?” Saliha
terpisat-pisat.
“Tidak lagi, sekarang saya cintakan awak. Eh bukan setakat sekarang,
sampai akhir hayat, eh bukan, sampai ke syurga.”
Saliha tergelak mendengar aku memperbetulkan kata-kataku itu.
“Encik Izwan kan tahu yang saya tak mahu bercinta. Jadi saya tak boleh
cintakan Encik Izwan , saya cuma boleh cintakan bakal suami saya saja.”
“Jadi kahwin dengan saya!”
“Apa?” Saliha terkedu.
“Saya tahu awak cuma nak bercinta lepas kahwin aje kan. Jadi kita
kahwinlah supaya boleh bercinta lepas kahwin.”
“Tapi...”
“Apa lagi Saliha ? Awak pun macam orang lain ke, yang tak mampu terima
saya? Awak nak buat saya jadi hero kedua semula ke?”
“Awak bukan hero kedua...” Saliha menegaskan seraya tersenyum.
“Jadi... apa masalahnya sekarang Saliha ? Terimalah saya, kahwinlah
dengan saya..”
“Tapi... masuklah meminang dulu.”
Aku tergamam. Betul jugak! Kenapa aku main redah aje ni? Tak ada adab
lansung!
“Ok, esok jugak saya bawak rombongan! Terima kasih Saliha ! Saya cintakan
awak!” aku menjerit sekuat hati.
“Eh syyh! Jangan kuat-kuat sangat encik, malu saya nanti.”
Aku renung wajahnya tajam.
“Bukan encik lagi. Izwan je.. tak pun abang Izwan , nak panggil abang
sayang pun boleh...” aku tersenyum nakal.
Saliha tersenyum manis, manis sekali!
“Baik abang Izwan ...”
Yes! Aku bukan hero kedua lagi! aku bukan hero kedua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience