BAB 5

Drama Completed 412

" Betul apa yang abang cakap pada Kak Yan masa kat kafe dulu?" Mirza menoleh ke arah Izzah . Tidak disangka pertanyaan itu yang akan keluar dari mulutnya. Sangkanya pasti teruk Mirza dimaki hamun oleh Izzah yang memang sedia maklim dengan sifat panas barannya itu.
" Cakap pasal apa?" Mirza berpura-pura tidak mengerti. Namun apabila tidak mendapat respon daripada Izzah , Mirza tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
" Ya. Abang mengaku segala apa yang abang buat pada Izz bukan sebab abang dengki atau benci pada Izz tapi sebab abang sayang pada Izz. Abang nak sentiasa dekat dengan Izz..." Mirza mengeluh.
" ...walaupun abang tahu cara abang salah..." Perlahan saja Mirza menuturkan ayat itu menandakan kekesalan kerana perbuatannya dulu.
" Apa yang Izz dapat kalau Izz maafkan abang?" Izzah sengaja menguji Mirza . Sebenarnya sudah lama dia memaafkan lelaki itu. Tiada gunanya kalau dia menyimpan dendam. Kak Fauziana sendiri yang berusaha memujuk dan menyakinkannya bahawa niat lelaki itu memang ikhlas. Dan Izzah rasa tidak salah sekiranya dia ingin merasai keikhlasan lelaki itu dengan cara yang betul.
" Izz akan dapat kasih sayang dan cinta yang tak terhingga daripada abang. Kalaulah itu benar-benar berlaku, abang dah bernazar nak botakkan kepala abang..."
Sejurus mendengar pengakuan itu, Izzah terus berpaling memandang muka lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya untuk mendapatkan kepastian namun Mirza hanya berwajah tenang memandang pemandangan tasik di hadapan mereka. Dia terkejut sebenarnya. Sehingga begitu sekali nazar Mirza ?
" Kenapa sampai macam tu sekali abang bernazar?"
" Kenapa? Izz nak tinggalkan abang ke sebab abang dah tak handsome nanti? Takpe, jangan risau. Muka abang lepas botak pun masih segak dan tampan sama macam abang ada rambut..."
Izzah merasakan seperti dirinya dikenakan lagi. Lantas dia bangun untuk menampar lelaki tersebut. Namun Mirza yang memang sedia maklum akan keperitan tamparan Izzah itu terlebih dahulu menangkap kedua-dua belah tangan Izzah . Gadis itu cuba melepaskan diri namun apalah sangat kekuatannya berbanding Mirza . Pipi Izzah mulai merah. Masakan tidak, selama hari ini dia cuba mengelak daripada menyentuh lelaki bukan muhrimnya.
" Abang, lepaslah...Tak elok pegang orang bukan muhrim..." Kata Izzah sambil menundukkan wajahnya yang sudah dirasakan sudah merah kerana menahan malu. Mirza yang maklum keadaan itu mengambil kesempatan untuk untuk mengenakan gadis kesayangannya itu sekali lagi.
" Abang akan lepaskan tangan Izz dengan syarat Izz kena terima abang dulu."
" Nak paksa-paksa pulak. Suka hati oaranglah..."
" Oh, berlagak eh? Ok, abang tak lepaskan tangan Izz."
" Yela, yela... Izz terima. Dah la, lepaskan tangan Izz..."
" Terima apa?"
" Mengada-ngadalah abang ni...Lepaslah..." Tiada respon daripada Mirza . Pautannya terasa kejap. Akhirnya Izzah mengalah.
" Ainul Izzah binti Zahim sedia menerima Hadeed Mirza bin Dato' Muhamad sebagai lelaki yang istimewa yang akan disayangi dan dicintai selagi ada jodoh antara kita dan selagi Yang Maha Pencipta merahmati perasaan antara kita ini. Sekarang, boleh saya mintak balik tangan saya?" Izzah menguntumkan senyuman yang paling manis untuk lelaki yang mula bertahta di hatinya itu. Mirza melepaskan tangan Izzah sambil tersenyum nakal.
" Dah lama hafal skrip yang Izz cakap tadi?" Mirza tersenyum sinis.
" Abang!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience