BAB 1

Drama Completed 412

Izzah menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Mahu bergegar satu dorm asrama dibuatnya. Namun kemarahan yang terbuku di hati masih belum puas dilepaskan. Semuanya gara-gara jejaka idaman kebanyakan gadis di kampusnya yang sentiasa dianggap gentleman dan tampan. Dia memang pelik bagaimana lelaki sedemekian rupa yang sentiasa menyakiti hatinya begitu disanjung-sanjung. Malahan ada di antara teman-temannya yang sanggup memarahinya kerana menggelarkan lelaki itu 'anak setan'.
" Memang dasar anak setan!! Harap muka je lawa tapi perangai...Selalu menyusahkan orang. Eeeii...geramnya aku!!!" Izzah mengetap bibir dan mengenggam tangannya menahan geram. Silap hari bulan boleh meletup dadanya kerana memendam kemarahan yang amat meluap-luap itu.
Kedengaran pintu dibuka dari luar. Fauziana memerhatikan keadaan Izzah . Berombak-ombak dadanya menahan marah. Dia menggelengkan kepala sambil menutup pintu biliknya perlahan-lahan lalu duduk di belakang gadis yang dikenalinya 2 tahun yang lalu. Dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke asrama semasa terserempak dengan Syana , rakan sekuliahnya yang mengatakan Izzah kelihatan seperti sedang mengamuk. Apalagi, Fauziana terus memenjangkan langkahnya untuk mengetahui hal yang sebenar.
" Kenapa ni, Izz? Mirza buat hal lagi ek?" Fauziana menyoal gadis yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Sedikit masa berlalu dan pertanyaannya dibiarkan tanpa jawapan. Hanya kedengaran hembusan nafas Izzah yang masih kasar menandakan gadis bertudung litup itu masih marah.
" Apa yang...anak setan tu buat pada Izz lagi?" Sengaja Fauziana menggunakan gelaran itu untuk satu-satunya manusia di kampus UiTM Shah Alam ini yang mampu membuatkan Izzah naik hantu seperti sekarang untuk menarik perhatian Izzah . Siapa lagi kalau bukan Hadeed Mirza anak Dato' Muhamad merangkap salah seorang daripada teman baiknya.
Sejurus selepas itu kedengaran Izzah tertawa kecil mendengarkan teman sebiliknya itu menggunakan gelaran itu. Umpan Fauziana mengena. Izzah berpaling dan mengubah posisi duduknya mengadap Fauziana .
" Akak kalau tak sanggup nak sebut gelaran tu, baik tak payah sebut. Buat menambah dosa je. Akak tu baik, tak macam Izz ni panas baran..." Ujar Izzah sambil tersenyum sumbing. Kebaikan gadis yang berambut pendek paras bahu yang berusia 2 tahun lagi tua daripadanya itu sepanjang tempoh perkenalan mereka cukup membuatkan Izzah tidak senang hati untuk bermasam muka dengan Fauziana . Selama ini, Fauziana lah tempatdia mengadu semua masalahnya terutamanya anak setan yang selalu membuatkan hidupnya kacau-bilau.
" Adapun suara. Ingatkan putera bunian mana yang dah curi suara berlemak bak buluh perindu adik akak sorang ni..." Fauziana manjawab sinis.
" Aww!! Sakitlah bertuah!" Fauziana menggosok-gosok peha kanannya yang menjadi mangsa tamparan Izzah . Kalau kena dengan tangan perempuan sorang ni, memang perit berbisa. Hajatnya untuk membalas balik tamparan tiu terbantut apabila dilihatnya Izzah kembali murung.
" Apalagi Mirza buat pada Izz? Dia cium Izz ke?" Fauziana mengusik, cuba menceriakan suasana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience