BAB 2

Drama Completed 412

"Apa cium? Jangan harap dia dapat apa-apakan Izz. Cuba tengok kalau dia berani nak pegang Izz! Silap hari bulan ada yang mati kena cincang sampai lumat dengan Izz. Cuba dia datang dekat kalau berani..." Serius benar ugutan daripada gadis itu. Izzah masih mengingati pertemuan pertama dengan lelaki yang digelar anak setan itu iaitu semasa sesi perkenalan antara pelajar baru dengan pelajar lama dalam minggu orientasi. Lelaki itu merupakan mentornya sepanjang minggu orientasi tersebut. Sungguh ironi, di saat ramai yang mengatakan dia bertuah mendapat lelaki itu namun sebaliknya hanya dia yang tahu betapa kejam dan zalimnya lelaki tersebut yang hanya memakai topeng malaikat semata di hadapan orang. Malangnya tiada siapa yang mempercayai cerita Izzah . Disangkanya cukuplah seminggu itu sahaja dia menjadi mangsa buli lelaki tersebut tetapi sehingga kini dia masih lagi terus diseksa, dibuli, disakat dan dijadikan bahan senda. Sudah hampir du tahun lamanya dia dijadikan seperti khadam kepada lelaki itu. Dan tahap kesabarannya sudah melebihi tahap maksimum hari ini.
" Dia ingat Izz ni kuli batak dia ke?! Sesuka hati je dia suruh Izz buat macam-macam. Izz tahu mesti dia sengaja letak kereta mewah dia tu jauh-jauh daripada library. Memang sengaja dia nak kenakan Izz. Panas-panas terik tu mamat tu suruh Izz bawak buku yang dia pinjam dari library sampai kereta dia. Lepas tu, boleh pulak dia suruh Izz pulangkan buku-buku yang dia dah pinjam kat library balik. Selamba dia je Izz bawak buku-buku tu. Bukan sikit kak, menimbun-nimbun. Macam nak semput nafas berulang-alik dari kereta dia pergi library. Berpeluh-peluh Izz dibuatnya. Dah la Izz tengah sibuk buat rujukan untuk assignment yang nak kena hanta minggu depan. Sampai hilang mood Izz nak sambung balik kerja tu. Macam nak juling mata budak-budak perempuan yang tengok Izz jalan dengan anak setan tu. Macam Izz nak sangat dengan mamat mereng tu. Bagi free pun tak hingin Izz nak tengok dia lagi!"
Fauziana yang sedari tadi menjadi pendengar setia hanya mampu mengusap-usap belakang badan Izzah . Perkara biasa yang akan dilakukan ketika gadis itu sedang marah.
" Izz tension tau, kak...Balik-balik nak mengadap muka dia. Lepas tu kena pandang serong dengan kakak-kakak senior yng lain. Izz malu tau, kak..." Suara Izzah mulai kendur. Bergenang air matanya. Lantas Fauziana mendakap erat tubuh genit itu untuk mententeramkan hatinya. Dia tahu mengapa Mirza memperlakukan Izzah sedemikian rupa. Tapi kalau sampai menyebabkan gadis yang sudah dianggap sebagai adik kandungnya itu menangis, Mirza memang sudah melampau. Fauziana tidak boleh berdiam diri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience