BAB 3

Drama Completed 412

Matanya meliar mencari seseorang di dalam kafeteria itu. Kalau mengikut andaiannya, lelaki itu berada di sini kerana sekarang waktu makan tengahari dan kuliah juga sudah tamat. Pencariannya berakhir tatkala terpandangkan lelaki itu sedang duduk bersendirian di satu sudut kafeteria.Pantas dia mengatur langkah menuju ke situ.
" Assalamualaikum. Aku ada hal nak cakap dengan kau." Tanpa menunggu salamnya dijawab, Fauziana terus menarik kerusi kosong di hadapan Mirza lalu duduk dengan raut wajah yang serius. Mirza terpaku dengan aksi spontan perempuan yang sudahpun duduk di hadapannya. Dia seakan dapat meneka tujuan Fauziana menemuinya di situ.
" Kau dah makan belum? Kalau belum, pergilah order. Aku belanja." Mirza memulakan mukadimah.
" Tak payah. Aku datang nak bincang pasal Izzah , bukan nak melantak." Tegas kedengaran suara Fauziana .
" Aku dah agak dah. So, apa buah hati aku mengadu pada kau?" Mendengarkan soalan Mirza yang selamba itu membuatkan Fauziana mengeluh.
" Sampai bila kau nak buat Izz macam tu, Kim? Kenapa kau tak berterus-terang je dengan dia? Kan lagi senang. Ni sampai menangis budak tu kau buat. Dah dekat 2 tahun, Mirza . Apa faedah kau nak menyakat dia terus-terusan macam ni? Boleh tekanan perasaan, kau tau tak?"
Mirza terdiam tatkala Fauziana mengatakan Izzah menangis. Namun disembunyikan perasaan itu.
" Kau tahukan kenapa aku buat macam tu? Aku rasa bahagia berada dekat dengan dia, Yan. Aku suka tengok muka dia merajuk, masam, marah-marah. Aku suka dengar dia membebel. Tapi aku takde niat nak buat dia menangis." Jujur dia membuat pengakuan itu. Memang benar, setiap kali dia menyuruh Izzah melakukan sesuatu untuknya seperti menyanyi di depannya dan menemaninya ke library dirasakan seolah-olah ketika itu gadis itu miliknya seorang.
" Kau ni memang lelaki yang paling pelik pernah aku jumpa. Setahu aku, kalau kita sayangkan seseorang tu, kita akan bahagiakan dia. Ni tak, kau sakat dia, kau suruh Izz buat macam-macam sampai dia gelar kau anak setanlah, mamat merenglah...Sakit telinga aku ni mendengarnya, tau! Kau ni betul ke sayangkan Izzah ni?" Untuk sekian ke berapa kalinya Fauziana bertanyakan soalan yang sama kepada Mirza . Kalau orang lain pun, mesti tidak mempercayai apa yang sedang berlaku ini.
Mirza merenung Fauziana yang sudah bertahun menjadi temannya. Dia faham keadaan sahabatnya itu umpama ditelan mati mak diluah mati bapak.
" Kau tahu jawapan aku kan? Biarlah beribu kali atau berjuta kali kau tanya soalan yang sama, jawapan aku tetap tak berubah dan aku takkan jemu menjwabnya, Yan. Ya, aku memang sayangkan Izzah . Lebih daripada seorang kawan. Aku tak kisah kalau orang nak cakap aku gila sebab buat orang yang aku sayang macam apa yang aku buat pada Izz sebab diaorang takkan faham apa yang aku rasa. Bila aku tengok wajah dia tengah marah or whatever akulah orang paling bahagia sebab aku rasa dekat dengan dia. Aku tahu dia gelar aku macam-macam. Aku tak kisah sebab asalkan aku dapat tatap wajah dia. Aku ikhlas cintakan dia, Fauziana . Belum ada perempuan dalam hidup aku yang buat aku rasa macam ni melainkan gadis kesayangan aku yang bernama Ainul Izzah binti Zahim." Mirza menundukkan wajahnya. Seolah-olah dia dapat melihat wajah gadis yang dicintainya itu menyanyi di tubir matanya semasa pertemuan pertama mereka dalam minggu orientasi. Ketika itu dia menyuruh Izzah menyanyikan satu lagu yang jarang didengari olehnya. Muka gadis itu hanya masam mencuka semasa mendendangkan lagu kumpulan Element yang bertajuk Cinta Tak Bersyarat. Sejak itulah hatinya terpaut pada gadis itu dan mula membulinya dengan menyuruh melakukan macam-macam kerja.
" Tapi Mirza , jangan sampai Izz dah tak boleh tengok muka kau lagi baru kau nak terhegeh-hegeh nak beritahu tentang peraaan kau. Izz tu suka memendam rasa. Aku takut lain jadinya nanti. Terus-teranglah dengan dia." Pujuk Fauziana . Rasa simpatinya melimpah-ruah.
Mirza meraup mukanya beberapa kali dengan kedua-dua belah tangannya. Tabiat yang biasa dilakukan apabila dia dalam dilema. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sambil mencari jawapan yang sesuai untuk dikatakan. Dia menoleh ke sebelah kirinya lalu menoleh ke arah lain. Namun pandangannya terhenti. Mirza menoleh semula ke kirinya dan dia terkedu seribu bahasa. Jantungnya seolah berhenti berdegup. Nafasnya seolah berhenti menderu. Fauziana yang menyedari perubahan itu turut menoleh ke arah yang sama. Fauziana turut trpaku.
Ainul Izzah kaku berdiri di hadapan mereka berdua. Air matanya berlinang. Pandangannya menikam ke kalbu Mirza . Mirza dapat merasakan ada sendu di sebalik renungan mata bundar milik Izzah itu.
" Izzah ..." Mirza cuba memanggil nama itu namun seolah-olah tersekat di halkumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience