BAB 4

Drama Completed 412

Izzah merenung tasik di hadapannya. Tempat yang sentiasa menantikan kehadirannya tika dia dalam kedukaan. Namun hari ini, ada perhitungan yang harus diselesaikan di situ. Bersaksikan semua ciptaan Pencipta sekalian alam ini.
" Assalamualaikum..." Kedengaran suara lelaki yang memang ditunggu sejam yang lalu. Memang sengaja dia datang awal untuk menenangkan fikirannya di tasik itu.
" Waalaikumsalam..." Perlahan Izzah menjawab salam itu. Sedikitpun dia tidak berpaling kerana dia yakin itu suara lelaki yang pernah mengharu-birukan hidupnya satu masa dahulu. Namun sejak sebulan yang lalu, lelaki itu sudah tidak menganggunya lagi. Mereka hanya berbalas pandangan dari kejauhan dan setiap kali pandangan mereka bertemu dapat dirasai ada harapan yang cuba disampaikan padanya. Tanpa disedari ada rindu bermukim dalam hatinya terhadap gelagat lelaki itu.
" Terima kasih sebab sudi jumpa abang." Mirza memulakan bicara. Dia sekadar berdiri di sisi bangku yang diduduki oleh Izzah . Inilah saat yang ditunggu-tunggunya. Penjelasan terhadap semua salah faham yang berlaku.
" Kenapa? Tak puas nak buli Izz lagi ke?" Sinis kedengaran jawapan daripada Izzah .
Mirza tersenyum mendengar suara yang sekian lama dirinduinya itu. Masih dalam nada yang sama. Tapi dia tidak kisah asalkan dia dapat menghiburkan hatinya yang semakin rawan.
" Abang masih belum jelaskan keadaan yang sebenarnya pada Izz."
" Izz dah tahu semuanya. Izz cuma nak tahu satu perkara saja daripada abang."
" Apa dia?"
" Kenapa abang sanggup nak buli Izz daripada berterus-terang hal yang sebenar?"
" Sebab Kak Yan beritahu abang yang Izz dah macam-macam nama kat abang." Izzah mengerutkan dahi lalu berpaling ke arah Mirza .
" Pasal tu je?"
" Yupp! Abang lelaki, Izz. Tak lepas daripada perasaan ego. Hati abang makin suka nak menyakat Izz bila dapat tahu Izz gelar abang macam-macam." Mirza jujur mengakui keegoan dirinya. Izzah mengetap bibirnya.
" Abang tak marah Izz gelar abang bukan-bukan?"
" Bukan abang yang dapat dosa.." Dengan selamba Mirza menjawab. Izzah menjeling tajam.
' Macam ni pun ada hati nak kenakan aku lagi...Kurang asam betul'
Mirza sengaja ingin membakar peraasan gadis kesayangannya itu. Dia rindu mendengar suara Izzah yang sentiasa lantang membantah setiap arahannya dulu namun setiap kali itu jugalah Mirza akan menang bertikam lidah dengan Izzah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience