BAB 4

Other Completed 1881

“Awak saya nak solat asar kejap dah masuk waktu ni”, Umairah meminta diri untuk ke biliknya untuk menunaikan solat fardu maghrib. Tidur Umairah terganggu, bunyi telefon bimbit Umairah menganggu tidurnya. Dari luar bilik kedengaran bilik Umairah diketuk kuat.

“Mai, Mai! buka pintu ni” teriak satu suara dari luar. Umairah kenal suara tersebut. Itu suara Rebecca. Rakan serumah mereka. Umairah membuka pintu biliknya. Dia mengosok-gosok matanya tanda baru bangun dari tidurnya.

“Mai! kenapa tak angkat telefon? Farah dengan Aqila kemalangan.. Dorang kat PPUM sekarang!” Rebecca kelihatan resah.

Melalui penampilan gadis dihadapannya itu Umairah tahu Rebecca sudah bersiap untuk ke PPUM. Mujur Fatin salah seorang teman serumah mereka mempunyai kenderaan. Mereka bertiga terus sahaja ke hospital tersebut.

Sepanjang perjalanan Umairah berdoa semoga agar kedua sahabatnya selamat. Sampai di perkarangan hospital. Mereka bergegas ke wad yang didiami oleh Farah dan Aqilah dari jauh tubuh mereka kelihatan lesu, wayar melingkari tubuh mereka. Umairah bersalaman dengan kedua ibubapa Fatin dan ibubapa Aqilah.

Pegawai dari pihak Universiti Teknologi Mara turut bersama ibubapa kedua pelajar tersebut. Mereka dimaklumkan keadaan Fatin dan Aqilah agak kritikal. Umairah mengambil tempat disebelah Fatin. Tangan Farah dipegangnya erat.

Lantaran itu, Umairah membacakan surah Yasin di telinga kawannya. Rebecca menepuk bahunya perlahan, untuk mengajaknya pulang.

“Awak balik dululah, awak ada kelas esok pagi…pagi esok saya tiada kelas.. jangan risau..insyallah nanti saya balik dengan teksi” terang Umairah. Rebecca mengangguk tanda mengerti.Usai membaca ayat suci Al-Quran. Umairah menunaikan solat hajat untuk mendoakan agar kedua orang sahabatnya sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience