BAB 5

Other Completed 1881

Keesokan paginya Umairah dimaklumkan oleh ibu Farah bahawa gadis tersebut telah mula sedarkan diri. Umairah mengambil langkahnya ke kamar Farah. Sebelum tiba ke kamar Farah, dia melalui kamar Aqilah yang masih tidak sedar kan diri. Umairah melihat kemurungan wajah ibu Aqilah.

Umairah turut mendengar suara tangisan adik Aqilah yang berada di luar. Setibanya di katil Farah, Umairah melihat ibu Farah mandakap anaknya itu. Melihat ketibaan Umairah, ibu Farah membiarkan mereka berbual. Giliran Farah mendakap tubuhUmairah.

“Umairah, aku nak menjadi anak solehah, aku menyesal…aku tak patut keluar malam tu…ibu aku dah pesan jangan keluar..tapi aku keluar jugak…aku drive waktu tu..aqilah tak sedar diri sebab aku..”, Farah mula menangis. Umairah cuba menenangkan sahabatnya itu.

Sebulan berlalu, Farah banyak mendiamkan diri. Dia tidak lagi keluar malam seperti selalu. Umairah dan Rebecca banyak menemani Farah. Mereka tidak mahu gadis itu bersendiri.Seperti biasa selesai solat maghrib Umairah akan membaca Al-Quran.

Selesai dia membaca ayat suci Al-Quran. Farah muncul disisinya. Gadis itu menarik tangannya perlahan. Umairah mengukirkan senyuman cuba untuk mengembirakan hati Farah. Dia tahu fikiran gadis itu masih terganggu.

“Boleh Mai ajar Farah baca ayat suci Al-Quran, setiap malam Mai mengaji ..ayat suci Al-Quran ni yang tenangkan hati Farah” Tatkala itu mata Umairah berkaca-kaca dia tersentuh dengan ucapan tulus dari rakannya.

“Boleh, tapi sebelum tu..” Umairah mengambil sesuatu dari almari bajunya. Bismillah.. umairah menghulurkan tudung kepada rakannya itu.

“ Semoga dengan tudung ini Farah akan menjadi anak solehah, dan doamu di dengari oleh Allah S.W.T untuk member kesembuhan kepada Aqilah sahabat baikmu, Umairah tahu Farah masih dihantui rasa bersalah pada Aqilah… Insyallah banyakkan berdoa sahabatku” ujar Umairah ikhlas. Farah memeluk sahabatnya itu.

“Do I get one” sampuk Rebecca, dari tadi dia mencuri dengar di sebalik pintu.

“Boleh je, kalau awak nak” balas Umairah.

“Mestilah saya nak..but I will wear when I be a muslim” ujar Rebecca yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience