BAB 1

Other Completed 1881

Pemergian Umairah ke Petaling Jaya ternyata menjadi berita gembira buat saudaranya di kampung. Pada peringkat permulaannya Umairah cukup kaget apabila menerima surat tawaran daripada pihak universiti.

Siapa sangka dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara. Lebih-lebih lagi Umairah ditawarkan dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Alhamdulilah berkat daripada doa kedua ibu dan bapanya, Umairah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut.

Nasihat daripada saudara mara dikampung turut menaikkan semangat Umairah untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk menaikkan prestasinya di sini dan membuktikan pada generasi bawah agar mereka turut sama menjejak langkah ke menara gading.

Setibanya di Kuala Lumpur, Umairah dan ibunya dijemput oleh Kak Lisa. Kak Lisa adalah anak kepada kakak sulung ibu Umairah. Dia baru saja menyelesaikan sarjana muda kepujiannya. Melihat kak Lisa, Umairah turut membayangkan masa depannya.

Gadis didepannya ini bakal menjadi pensyarah muda di salah satu institusi pengajian di Selangor. Sepanjang perjalanan, Puan Amirah dan Kak Lisa berbual. Sementara itu, Umairah menyaksikan Kuala Lumpur. Ya Bandar ini terlalu cantik. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Kuala Lumpur!

Benar aku telah menjejaki kaki di Kuala Lumpur. Aku sudah berada di Ibu Kota! Umairah tersenyum bahagia. Fikirannya mula menerawang, Umairah sudah mula membayangkan kehidupan yang bakal dia lalui di Institusi Pengajian tinggi.

Kak Lisa terus membawa mereka ke kampus cawangan UiTM di jalan Othman. Disitu Umairah melihat para pelajar mula mendaftar. Umairah turut sama mendaftar, sejurus itu juga Umairah dimaklumkan tentang sesi orientasi yang bakal dia lalui. Saat perpisahan bersama ibu semakin hampir. Puan Amirah mencium dahi .

“Belajar rajin-rajin along…umi nak tengok along berjaya..solat jangan tinggal nak” ujar Puan Amirah lembut. Air mata Umairah mula menitis.

Buat pertama kalinya Umairah berpisah dengan Puan Amirah. Hati Umairah pedih, namun dia hanya mampu melihat kenderaan kak lisa meninggalkan dirinya dari belakang. Bahu Umairah ditepuk dari belakang.

“ Hai saya Rebecca , dari Serian Sarawak” gadis itu menghulurkan tangan kepada Umairah. Umairah menyambutnya dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience