BAB 3

Other Completed 1881

Hari ini dia bersendirian lagi, Farah dan Aqila pasti tidak akan pulang. Rakan sebiliknya itu jarang tidur di dalam bilik pada hujung minggu. Mereka kerap menghabiskan malam mereka di kelab-kelab dan pusat hiburan yang berada berdekatan dengan asrama mereka.

Sehinggalah pada suatu hari. Umairah mula menyedari bahawa dia tidak bersendirian.Allah S.W.T sentiasa menemani hambanya. Umairah teringgat ayat Al-Quran yang menyebutkan:

“Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dialah juaYang Maha Penyayang daripada para penyayang” (Surah Yusuf [12]: ayat 16) Umairah yakin bahawa Allah disisinya, dia mula tekad untuk berjuang dan cuba untuk berdakwah kepada rakannya.

Dia tidak akan membiarkan dirinya terus menangis bersendirian lagi. Umairah sedar dia harus tekad pada tujuan dia berada di kota ini. Lagipun dia sendiri yang bercita-cita untuk menjadi orang yang berjaya. Seperti biasa rutin harian apabila selesai kuliah hariannya, Umairah akan pulang ke asrama. Berlainan dari selalu, hari ini Rebecca menemaninya pulang.

“Can I ask you something?” soal gadis iban itu. Umairah hanya mengukirkan senyuman manis kepada rakan baiknya.

“Kenapa you pakai tudung? I tengok kawan serumah kita semua tak pakai tudung…you je, why?”soalnya.

“Awak kalau ada diamond yang mahal awak tunjuk dekat orang tak?” soal Umairah kembali

“Tak sebab saya takut orang curi” jawab Rebecca pantas dengan penjelasan tanpa diminta.

“Macamtulah, saya tutup aurat sebab ianya diamond saya”,ujar Umairah. Lantaran itu dia teringat ayat Al-Quran dari surah Al-Ahzab.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmim: Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana mereka itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab:59)

“Menarik, criteria macam mana untuk pemakaian wanita islam yang baik ?” soal Rebecca lagi.

“ Em..pakaian tak ketat sehingga nampak bentuk tubuh yang diselindung dan pakaian tak nipis hingga nampak bayang-bayang tubuh dari luar.

Sabda Rasullulah S.A.W :“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang,yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat…mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya” (Muslim)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience