BAB 6

Other Completed 1881

Bilik kuliah mula gempar dengan perubahan Farah yang tiba-tiba itu. Mana tidaknya dahulu gadis itu adalah salah seorang daripada gadis tercantik dan termoden. Hari ini gadis itu muncul dengan penampilan barunya. Jubah menjadi pilihan pemakaian Farah.

Walaubagaimanapun, mereka nampak senang dengan perubahannya. Setiap daripada mereka mendatangi Farah. Dari jauh Umairah melihat mata Farah berkaca-kaca.

Umairah melihat senyuman dan doa tulus yang keluar dari bibir mereka. Namun ada juga segelintir dari mereka yang menyangsikan perubahan Farah. Mereka mengatakan,

“Seminggu lagi dia bukalah tudung tu..aku rasa tak lama”. Banyak juga kata sinis yang mendarat di telinga mereka.

“Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat dan iman rakanku ini” doa Umairah di dalam hati.

Mereka berdua mulai mengikut ceramah di Masjid. Umairah tidak henti-henti berdoa kepada-Nya untuk sentiasa menuju-Nya. Dimulai dengan tudung, sedikit demi sedikit Farah memahami ayat-ayat Al-Quran. Lebih mengembirakan hati Umairah, Rebecca rakannya itu turut tertarik untuk mempelajari agama Allah. Dia turut menghadiri ceramah di masjid.

Rebecca semakin rajin membaca buku dan mengikuti pengajian. Umairah turut juga menjadi begitu semangat untuk terus memperbaikikan dirinya. Saudari-saudari seiman yang tak segan menasihati dan mengingatkan mereka turut banyak membantu.

Bermula dari rasa tertekan dan keinsafan, perlahan Umairah ditemukan dengan pertemuan, betapa damai dan indahnya hidup Umairah dalam cahaya Islam.

Tiga tahun berlalu, kini Umairah telah tamat belajar. Alhamdulilah setelah tiga tahunbelajar di negeri orang. Umairah selamat pulang ke kampung halaman dengan segulung ijazah.

“Anak abah dah balik” itulah kata-kata yang terkeluar dari lelaki yang terbaring di atas katil itu. Lelaki tua yang berkain pelekat itu cuba untuk bangun. Namun keadaannya tidak mengizinkan.

“Ya, abah..along dan ibu dah balik”, airmata Umairah mengalir. Dia agak terkilan kerana ayahnya tidak berpeluang melihatnya naik di atas pentas semalam. Kesihatan ayahnya tidak mengizinkan untuk beliau bergerak.

“Baru semalam..abah rasa, abah hantar along dan ibu ke KL”, ujar Encik Omar. Umairah teringgat pesan ayah dahulu sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur bersama ibunya.

“Belajar rajin-rajin along..solat jangan tinggal..ingat sebarkan dakhwah islam dimana pun kita berada..kalau rasa tidak mampu untuk menegur mereka , berdoalah dalam hati agar mereka berubah..” Umairah mendakap tubuh ayahnya. Diploma transkripnya dihulurkan pada En. Omar.

“Hadiah untuk ayah..”ujar Umairah.

Umairah bersyukur mempunyai ibubapa seperti Encik Omar dan Puan Amirah yang sentiasa menitik beratkan akhlak dan adab anak-anak meraka. Bagi mereka didikan anak bermula dari umur dua tahun hingga lima tahun, anak –anak perlulah diberikan asas akidah dan adab-adab.

Didikan bermula dari taat dan beradap kepada kedua ibubapa juga mengajar adab-adab yang lain untuk menjadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah.

Disini tempat lahir Umairah, di saat itu Umairah terasa sangat bahagia kerana akhirnya dia kembali pulang ke kampung halamannya. Umairah rindukan ibu dan ayahnya. Rindukan keluarganya. Dia kemudian merenung ke jendela melihat anak muda bermain di perkarangan rumah. Dia mula membayangkan wajah-wajah meraka menjadi para mahasiswa. Umairah berdoa dengan tulus di dalam hatinya.

“Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari dukacita dan kesusahan. Dan kami berlidung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan. Kuatkanlah semangat kami untuk menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah islam dimuka bumi ini Ya Allah,” doa Umairah di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience